Thursday, April 14, 2011

MENGESAN KEROSAKAN LITAR ELEKTRIK DI RUMAH

db
Elektrik merupakan bekalan asas untuk melengkapkan hidup. Memang orang di zaman dahulu tidak kenal akan kipas, tv mahupun rice cooker kerana tiada kemudahan ini. Berbeza dengan hari ini, lahir sahaja telah celik melihat lampu yang terang benderang. Senang betul kita sekarang. Yang susahnya sistem elektrik di rumah kita gagal berfungsi.


Ada beberapa peringkat pengetahuan mengenai sistem pendawaian elektrik domestik. Tidak kira samada single or three phase yang kita perolehi tetapi ianya tetap mempunyai masalah jika kita tidak tau basic nya. Jom kita cuba troubleshooting sendiri.


MT kali ini ingin berkongsi masalah yang senang tetapi rumit. Kes yang sering berlaku adalah ELCB( peranti arus bocor ke bumi) atau MS( suis utama) yang "trip". Kebiasaannya setiap kali kilat ianya trip tetapi dapat di selesaikan dengan mengubah kedudukan suis ke posisi ON kembali. Tapi bagaimana jika secara tiba-tiba proses tadi gagal di laksanakan? Okay, jangan bimbang, cuba perhatikan betul-betul peranti-peranti perlindungan yang terdapat dalam DB(kotak fius agihan) di pintu utama masuk rumah kita(lokasi biasa). Jom...


  1. Pastikan anda dalam keadaan selamat dari tangan yang basah dan sebagainya
  2. Perhatikan mana-mana peranti tadi yang trip(kaedaan dimana suis peranti terpelantik ke posisi OFF. Kebaisaanya kebawah). Cuba angkat ke atas. Jangan takut tau !
  3. Jika yang trip tadi melibat ELCB mahupun MS, cuba OFF kan peranti yang kecil MCB ( peranti litar kenit ). Turun kan suis ke posisi OFF kesemuanya dan cuba ON kan MS. Jika boleh dan tiada sebarang trip MS yang berlaku, anda telah berjaya sebahagiannya dan ikut langkah seterusnya.
  4. ON kan pula ELCB dan tunggu seketika untuk memastikan tiada tripping berlaku. Jika trip, ini menandakan ada litar yang telah tersentuh dengan body ( earth ) . 
  • Caranya begini, cari terminal Neutral pada DB. Terminal ini biasanya di tamatkan padanya kabel berwarna Hitam. OFF kan MS dan buka kesemua kabel yang terdapat padanya dan asingkan di antara satu sama lain.
  • ON kan MS dan ELCB. Pada ketika ini ELCB pasti akan dapat di ON kan. Jika tidak boleh, ini bermakna ELCB tadi telah rosak dan gantikan yang baru mengikut kadar AMPERE yang sama.
  • Kita anggap tiada kerosakan pada ELCB dimana ianya dapat di ON kan. Sekarang, cuba sentuhkan satu per satu kabel Neutral yang di asingkan tadi pada terminal Neutral sehingga berlaku tripping.
mcb
P/S : Pastikan suis lampu dan peralatan pada soket(plug) berada dalam keadaan ON
  • Sekarang, pasangkan semula mana-mana kabel yang tidak melibat tripping yaitu hanya yang tidak bermasalah sahaja di tamatkan kabel pada terminal Neutral. 
  • Kabel yang bermasalah tadi diasingkan dan sebaiknya di balut kuprum nya dengan pelekat PVC untuk mengelakkan touching 
  • ON kan semua MCB dan sekarang sistem elektrik telah pulih. Perhatikan lampu atau mana2 alat elektrik anda berfungsi atau tidak. Jika tidak berfungsi, litar ini lah yang rosak(boleh jadi juga peralatan elektrik yang rosak) Cuba cabutkan peralatan tadi dari sistem pendawaian dan pergi ke DB dan sentuhkan kabel Neutral yang di asingkan tadi(yang bermasalah mula2 tadi) ke terminal neutral. Jika tiada tripping berlaku. Ini tandanya peralatan tadi yang rosak. Jika masih tripping juga, memang confirm litar yang rosak dan memerlukan pendawaian semula litar ini sahaja.
Ini sambungan, JIKA ELCB dan MS dapat di ON kan tetapi MCB masih dalam keadaan OFF

elcb
P/S : Pada ketika ini tiada sebarang kabel Neutral yang terlibat. Jangan keliru kerana ini sambungan dengan cara di mana ELCB gagal di ON kan.
  • Cuba naikkan( ON kan ) MCB satu persatu sehingga tripping berlaku. Jika kesemuanya MCB berjaya di ON kan tanpa masalah. Selesailah tugas hehe...Bukan main susah payah tetiba terus berjaya. Ingat, kekadang sistem elektrik tidak sama dengan teori. So jangan salahkan elektrik tau. Banyakkan baca Basmallah
  • Jika salah satu atau lebih MCB yang gagal di ON kan, Biarkan dan ON kan sahaja mana yang boleh
  • Perhatikan lampu atau mana2 peralatan elektrik berfungsi dan jika terdapat ada yang degil tidak berfungsi, ini lah punca kerosakan litar yang mana MCB tadi tidak dapat di ON kan.
  • Alihkan peralatan/cabut soket/mana2 alat yang terlibat dengan litar yang rosak ini dari sisteme eletrik dan ON kan semula MCB. Sudah tentu boleh kan? Ops... tidak berjaya juga walaupun peralatan elektrik telah diasingkan, ini tandanya litar yang rosak dan memerlukan pendawaian semula hanya untuk litar ini sahaja
Selamat mencuba dan jadilah pengguna yang bijak dizaman yang segalanya memerlukan duit.





Monday, April 11, 2011

PENDUDUK MALAYSIA HAMPIR 28 JUTA

Jumlah keseluruhan penduduk warganegara Malaysia adalah 27.6 juta orang atau lebih tepat lagi 27 565 821 orang. Angka ini merupakan data penduduk terbaru diambil dari Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang telah dijalankan dari 6 julai hingga 22 ogos 2010 yang lalu. Berdasarkan kepada kadar pertumbuhan sekarang iaitu 2.1 peratus setahun, penduduk Malaysia dijangka akan mencapai 33 juta orang menjelang 2020 dan 70 juta menjelang 2100.
Manakala penduduk dunia pula bakal mencapai 7 billion orang pada oktober 2011 berdasarkan kiraan pakar. Pada februari lepas sahaja penduduk dunia telah mencapai 6.9 billion. Dijangkakan penduduk dunia akan mencapai 9 billion pada 2050 nanti.


Negara manakah paling ramai penduduknya?

  1. China - 1.4 billion
  2. India - 1.2 billion
  3. Amerika Syarikat - 305 juta
  4. Indonesia - 240 juta
  5. Brazil - 200 juta
Negara manakah paling padat penduduknya?

  1. Monaco - berhampiran Itali merupakan negara merdeka kedua terkecil didunia tetapi mempunyai penduduk yang paling padat didunia. Dengan keluasan 1.96 km persegi(485 hektar) sahaja mempunyai 32 410 orang
  2. Singapura - negara kepulauan ini berkeluasan 710.2 km persegi menampung penduduknya berjumlah 5 juta orang. Dimana setiap 1 km persegi dihuni 7022 orang.
  3. Vatican City - negara yang terletak di dalam Itali ini berkeluasan 44 km persegi dan merupakan negara terkecil di dunia. Kota negaranya menampung 821 orang.
  4. Bahrain - terletak di teluk parsi, bahrain yang mempunyai keluasan 987 km persegi dihuni 2.8 juta orang
  5. Bangladesh - berkeluasan 144 000 km persegi
Negara manakah mengalami kebuluran?


Kebanyak negara yang mengalami kebuluran terletak di benua Afrika Selatan. Paling teruk adalah Kenya, Nigeria, Ethopia, Somalia dan Sudan Selatan


Kesan pertambahan penduduk

  • Pemusnahan alam sekitar akibat penerokaan hutan untuk tujuan membina penempatan dan kawasan industri.
  • Lebih banyak sampah akan dihasilkan dan pencemaran boleh berlaku andai tiada pengurusan dan sikap yang bijak.
  • Memerlukan lebih banyak bekalan tenaga untuk menampung kediaman dan industri. Lebih banyak janakuasa perlu di bina dan bahanapi minyak dan gas menghampiri untuk habis.
  • Lebih banyak pencemaran
  • Kekurangan air bersih dan makanan
  • Bertambahnya penyakit sosial seperti jenayah kerana kepadatan penduduk dan persaingan diantara penduduk untuk meneruskan hidup masing-masing.

Sunday, April 10, 2011

GAYA HIDUP AKTIF DENGAN BERSENAM


Aktiviti fizikal secara teratur memberikan manfaat kesihatan yang sangat besar. Ini membantu mengurangkan penyakit jantung, kanser, diabetes jenis 2 dan banyak penyakit lain. Latihan kecergasan secara teratur juga bermanfaat untuk mengurangkan berat badan dan penyelenggaraan berat badan, selain boleh meningkatkan kimia otak untuk mengurangkan kemurungan. Kajian menunjukkan, amalan bersenam secara aktif dan konsistan dapat mencerdaskan otak, fizikal dan batin seseorang.


Manfaat Latihan Kesihatan.
Kajian menunjukkan bahawa aktiviti fizikal secara teratur dapat:
- Meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama
- Meningkatkan kualiti hidup
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Membantu menurunkan tekanan darah tinggi (hipertensi) dan kolesterol tinggi
- Membantu melindungi anda daripada mengembangkan kanser tertentu
- Membantu mencegah atau mengawal diabetes jenis 2 (dewasa-onset diabetes)
- Mengurangkan risiko radang sendi dan mengurangkan gejala berkaitan
- Membantu mencegah osteoporosis
- Meningkatkan mobiliti dan kekuatan di kemudian hari
- Mengurangkan gejala depresi dan kecemasan
- Manfaat penurunan berat badan dan pengurusan berat badan



Latihan Kardiovaskular
-Jika anda menjalani hidup yang cukup aktif, setiap peningkatan aktiviti aerobik baik untuk anda. Kajian menunjukkan bahawa jalan cepat bahkan untuk satu atau dua jam seminggu (15 hingga 20 minit sehari) mengurangkan risiko anda terkena serangan jantung atau stroke, diabetes, atau kematian awal.
-latihan aerobik Berat beban juga boleh menguatkan sendi, dan meningkatkan kekuatan tulang.


Berapa Banyak Latihan Diperlukan?
The US Surgeon General, (1) bersama-sama dengan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit dan American College of Sports Medicine, mengesyorkan:


Minimum 30 minit aktiviti fizikal secara intensif dalam seminggu. Anda boleh melakukan semua 30 minit sekali gus atau berehat sekejap dalam 10-15-minit. Latihan begini bersifat sederhana yang menyebabkan sedikit peningkatan tapi nyata dalam tahap pernafasan dan jantung. Salah satu cara untuk mengukur aktiviti sederhana adalah dengan "ujian bercakap" - Aktiviti yg meningkatakan motabolisme akan membuatkan percakapan menjadi kurang selesa.

Berjalan adalah kegiatan senam yg ideal. Kebanyakan orang mempraktikan teknik berjalan cepat,ia tidak terbatas di padang jogging malah di pejabat juga boleh. Sejam berjalan cepat boleh membakar 400 kalori.


Tips berguna sebelum senaman
Sebelum bersenam, ambik dulu makanan dan minuman untuk tenaga awal tetapi jangan terlalu kenyang. Memang ramai yg ingin menurunkan berat badan dengan mengabaikan pengambilan tenaga awal. Amalan sebegini boleh menyebabkan perkara yg tidak diingini berlaku seperti pitam. Aktiviti pemanas badan melibatkan pergerakan otot-otot secara keseluruhan. Contoh alat terbaik aktiviti ini adalah ''cross Trainer''. Lakukan selama 5-10 minit.

Semasa bersenam:
Semasa melakukan aktiviti senaman, banyakkan mengambil minuman untuk membolehkan kita berpeluh dan memastikan kita mempunyai oksigen yang cukup untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Jika kita tidak mengambil air yang secukupnya, kebarangkalian kita akan mengalami dehidration adalah tinggi.

Pastikan kita melakukan senaman kita mengikut aturan yang betul. Jika senaman itu melibatkan kita perlu mengangkat sebarang berat, pastikan ianya adalah bersesuaian dengan kemampuan kita. Elakkan mengangkat berat yang lebih hanya kerana inginkan keputusan yang cepat, kita akan lebih mudah mengalamai kecederaan dalaman dengan cara ini.

Selepas bersenam:
Perkara yang paling penting selepas bersenam adalah melakukan aktiviti regangan. Ini adalah penting terutama selepas kita melakukan aktiviti angkat berat. Aktiviti regangan ini akan mengelakkan otot-otot kita daripada memendek dan kekal memendek hanya kerana kita melakukan aktiviti regangan ini. Kalau kita perasan, ramai yang melakukan kegiatan angkat berat dan berjalan seperti robot, dengan tangan yang kembang semacam jer tu.

Itu adalah kerana ototnya yang telah memendek kerana tidak mengambil berat kegiatan regangan selepas melakukan senaman. dalam entri seterusnya kita akan bercerita pasal aktiviti regangan yang sesuai….

Friday, April 8, 2011

MENGUJI REMOTE TV

Pasti kita tau alat kawalan jauh( remote control) yg direka banyak membantu kita hidup lebih mudah. Tapi byk di antara kita sangat geram kepada remote control. Mesti penahkan kita hempuk2 remote tv kerana tidak berfungsi? Hempuk2 berulang kali hingga menjadi. Kalau tak jadi gak, kita kan replace bateri baru? Ok jom kita belajar cara mudah mengesan kerosakan pada remote control korang. Tak kira lah remote control untuk tv ke, kipas ke, aircond ke, set audio ke cuma queen control je tidak suitable dengan method nie hehe.

  • Teknik Cahaya - Tala( tuju) kan remote anda ke kamera handphone anda. Pastikan fungsi kamera h/p anda di ON kan dulu. Lensa kamera anda akan mengesan kilauan cahaya setiap kali button pada remote di tekan. Sekiranya ada kilauan cahaya, maka button yg di tekan tadi masih berfungsi. Terang atau malap kilauan cahaya pula menunjukkan kuasa bateri remote tersebut.


  • Teknik Bunyi - Teknik jenis ini agak leceh kerana kita menggunakan frekuansi radio AM. Caranya begini, tekan mana2 button remote mengarahkan remote hampir kepada antenna radio. Laraskan frekuasi radio tadi sehingga menimbulkan bunyi nyaring( mcm gangguan gitu). Biasanya berlaku sekitar 500 Hz. Ini bermakna remote masih berfungsi. Teknik jenis ini sesuai di gunakan bagi remote kereta control.
Cuba dula ya. Moga bermanfaat. Cara yg mudah dan no cost allowed. Jika ada kecacatan pada remote yg berlaku, ganti je remote baru..Murah dari kita hantar repair kat kedai.

Thursday, April 7, 2011

ELEKTRIK DI MALAYSIA

Dalam penghasilan elektrik, penjana elektrik merupakan satu peranti yang menukar tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik, dan biasanya menggunakan induksi elektromagnetik. Penukaran terbalik tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal dilakukan melalui motor elektrik, dan motor dan generator mempunyai banyak persamaan. Sumber penggerak utama bagi kuasa mekanikal mungkin reciprocating atau enjin wap turbin, air yang jatuh melalui kuasa hidro (turbin atau kincir air, enjin pembakaran dalam, turbin angin, mesin jana tangan (hand crank), udara mampat atau sebarang sumber tenaga mekanikal yang lain.



Penjana elektrik
Keupayaan jana elektrik yang dihubungkan ke Grid Nasional berjumlah 18,391 MW. Kadar simpanan adalah dilaporkan 40% yang merupakan stesen kuasa lama yang tidak aktif pada Disember 2006. Keupayaan jana mengikut jenis adalah 18% berupa loji hidro dan 82% berupa loji bakar. Pecahan bahan api adalah 46% gas asli, 43% arang batu, 10% hidro dan 1% minyak bakar.


Disenaraikan adalah syarikat jana elektrik dan keupayaan jana kuasa mereka:

  • Tenaga Nasional Berhad – 11,296MW 
  • Malakoff Berhad – 4,393MW 
  • Powertek Berhad – 1,490MW 
  • YTL Power Berhad – 1,212MW 


Dimasa hadapan, mungkin selepas 2012, syarikat jana kuasa di Borneo akan dihubung masuk ke Grid Nasional:




  • Syarikat SESCO Berhad – 750MW 
  • Sabah Electricity Sdn Bhd – 785MW,
  • 5 penjana bebas(IPP) - 318MW.



Talian penghantar
Talian penghantar adalah talian arus ulang-alik voltan tinggi (HVAC) pada 50Hz.

  • HVAC 132kV
  • HVAC 275kV
  • HVAC 500kV

Sistem penghantaran 500kV adalah sistem penghantaran tunggal terbesar pernah dibangunkan di Malaysia. Transmission Technology Sdn Bhd (TTSB) adalah kontraktor tempatan pertama yang diberi kontrak projek ini. Dengan nilai RM1.6 bilion, sistem ini membentuk "tulang belakang" baru bagi Grid Nasional.

Dimulakan pada tahun 1995, Fasa 1 melibatkan reka bentuk serta pembinaan talian penghantaran atas tiang 500kV dari Gurun, Kedah di utara sepanjang pantai barat ke Kapar, di kawasan tengah dan dari Pasir Gudang ke Yong Peng di sebelah selatan Semenanjung Malaysia. Sebagai sebahagian projek pembangunan, TTSB juga membina 6 pencawang iaitu Pencawang Gurun Timur, Junjung, Bukit Tarek, Kapar, Yong Peng Timur dan Bukit Batu.

Jumlah jarak yang diliputi talian penghantaran 500kV tersebut ialah 522km serta bahagian 275kV sejauh 73km. Daripada talian yang dibina, hanya bahagian Bukit Tarek ke Kapar sahaja yang ditenagai pada 500kV. Talian selebihnya buat masa sekarang ditenagai pada voltan 275kV. Lama kemudian, untuk memenuhi keperluan penghantaran kuasa tambahan dari Stesen Kuasa Manjung 2100MW, sistem 500kV dipanjangkan dari Bukit Tarek ke Air Tawar dan dari Air Tawar ke Stesen Kuasa Manjung (dikendalikan oleh TNB Janamanjung Sdn Bhd). Pada tahun 2006, talian 500kV antara Bukit Batu dan Tanjung Bin telah diwartakan untuk mengangkut kuasa yang dijana oleh Stesen Kuasa Tanjung Bin 2100MW.

Bekalan ke luarnegeri
  • Negara Thai - Pada 1981 sambungan 132kV HVAC dengan keupayaan 80MW telah disiapkan dari Bukit Ketri di Perlis ke Sadao di Thailand. Sambungan kedua pula adalah talian arus terus 300kV (HVDC) dengan keupayaan 300MW.


  • Singapura - Sambungan ke Singapura adalah melalui 2 x 230kV HVAC dengan keupayaan 200 MW.

Voltan Talian pembahagian di Malaysia adalah pada voltan 33kV, 22kV, 11kV, 6.6kV dan 415/240V.

Sunday, April 3, 2011

LEMBUTKAN HATI YANG KERAS

Mereka yg menziarahi orang sakit di anjurkan mendoakan untuk kesembuhan orang yang dilawati. Begitu juga orang sedang sakit itu hendaklah memohon doa kepada Allah SWT untuk kesembuhan diri nya. Hendaklah bertawakal kepada Allah SWT yang mendatangkan pelbagai ubat ke dunia ini, untuk penawar menyembuhkan penyakit. Nabi s.a.w memberitahu ''setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati''.


Antara hak sesama muslim ialah apabila di kalangan mereka mati, hendaklah iringi jenazah ke kubur bagi persemadian. Setelah sembahyang maiyit(jenazah) hendaklah bersama iring jenazah ke makam. Selain dari tanggungjawab kemasyarakatan islam, ia juga banyak pengajaran yang diperolehi jiwa, terutama ketika jenazah dimasukkan ke liang lahad dan dikambus tanah, untuk bersemadi bersendirian buat selamanya. Akan tercetus rasa pilu dan insaf di hati melihat linangan airmata kaum keluarganya, sedih mengiringi perjalanan terakhir seorang hamba Allah. 


Pengalaman tersebut akan menginsafkan hati, mengingatkan diri kepada kekuasaan Tuhan serta ingat akan hari akhirat. Menyaksikan mayat orang baik atau sebaliknya, semuanya akan dikambus dalam tanah, akan mengingatkan kita akan cepat atau lambat pasti akan kesana jua.
Islam mengajarkan kita agar berdoa setiap kali lalu berhampiran tanah perkuburan  dengan mnegucapkan ''Salam sejahtera terhadap ahli kubur sekalian, sesungguhnya kami insyaallah bakal mengikuti jejak kalian juga.''


Ucapan doa terhadap penghuni kubur serta mengingati bagaimana jenazah disemadikan di liang lahad, banyak manfaat yang diperolehi jika kita iringi jenazah. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: ''Sesiapa yang iringi jenazah ke tanah perkuburan, baginya pahala satu qirot, jika tunggu sejenak hingga mayat selesai hingga mayat selesai disemadikan, untuknya akan diberi pahala dua qirot. Adapun qirot itu ukuran pahala yang sama besar dengan bukit uhud."
Hadis Nabi s.a.w. itu sebagai perangsang kepada kita agar mengiringi jenazah ke perkuburan setiap kali ada kematian. Sekecil mana sekalipun pahala amat berharga di akhirat kelak. Apatah lagi pahala itu sebesar bukit uhud. Jika kita tidak berselera maka habislah ikhtiar dari sudut agama. 


Sebahagian daripada tanggungjawab orang islam ialah ziarah kubur orang yang dikenali atau tidak asalkan dia orang islam. Ada 3 tujuan ziarah kubur


  1. Untuk mendoakan kesejahteraan, kerana setiap ahli kubur amat mengharapkan bantuan doa orang yang masih hidup, sebagaimana orang yang lemas di lautan memerlukan pertolongan orang di daratan.
  2. Mengambil iktibar daripada kematiannya samada insan salih atau sebaliknya, ketika hidup dapat bertemu dengannya. Setiap manusia mati tidak tahu akan nasibnya di akhirat, sekiranya tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT.
  3. Untuk melembutkan hati dengan mengingati mati(zikrul maut), tidak menyerap nasihat agama ke hati yang keras. Amat malang jika ditimpa bala dalam hati yang keras. Kerana hati yang keras itu lebih keras dari batu pejal, sedangkan batu boleh lekuk dengan titisan air yang berterusan.
Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud,''Aku tidak pernah melihat satu pandangan yang mencemaskan kecuali kubur yang amat menginsafkan.'' Permukaannya dikenali dengan kubur tempat jenazah disemadikan, tetapi alam persemadian itu dikenali dengan ''alam barzakh'' Terlalu banyak peristiwa dan tragedi mengerikan di dalam kubur, hanya dapat dilihat dan difahami dengan pandangan mata hati yang beriman.


Kubur meskipun kelihatan damai dan hening dipermukaannya, namun alam barzakh penuh pelbagai situasi nikmat bagai halaman syurga, atau azab sengsara bagai terowong daripada neraka. Nabi s.a.w. melihat kubur sebagai alam barzakh yang nyata, penuh pelbagai peristiwa cemas menginsafkan, dengan rintihan jiwa sengsara, balasan di atas segala kemaksiatan yang dilakukan. 


Panorama itu daripada pandangan seorang utusan Allah SWT, yang jarang ada pada manusia lain, kecuali insan beriman dan berilmu.
Hatim al-ashom berkata yang bermaksud, ''Sesiapa yang lalu di pinggir kuburan, dalam situasi yang tidak terdetik suatupun dalam fikirannya serta tidak mendoakan ahli kubur, orang itu telah khianat terhadap seluruh ahli kubur tersebut dan khianat terhadap diri sendiri." Ertinya, apabila terlihat kubur, hendaklah hati terasa sesuatu mengenai nasib yang bakal dihadapi setelah mati kelak. Adakah seperti di halaman syurga atau bagaikan terowong neraka yang dahsyat.


Sekurangnya dapat mendatangkan keinsafan dengan mengingati mati. Berdoalah sebagai jasa kita yang hidup kepada yang mati. Doa yang afdal ketika menziarahi kubur, ialah mohon agar Allah SWT mengampuni dosanya. Minta diganti dosa maksiatnya dengan pahala kebajikan, mohon di hindari daripada api neraka dan memasukkannya dalam syurga. Penziarah mampu melakukan doa tetapi mengabaikannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...