db |
Ada beberapa peringkat pengetahuan mengenai sistem pendawaian elektrik domestik. Tidak kira samada single or three phase yang kita perolehi tetapi ianya tetap mempunyai masalah jika kita tidak tau basic nya. Jom kita cuba troubleshooting sendiri.
MT kali ini ingin berkongsi masalah yang senang tetapi rumit. Kes yang sering berlaku adalah ELCB( peranti arus bocor ke bumi) atau MS( suis utama) yang "trip". Kebiasaannya setiap kali kilat ianya trip tetapi dapat di selesaikan dengan mengubah kedudukan suis ke posisi ON kembali. Tapi bagaimana jika secara tiba-tiba proses tadi gagal di laksanakan? Okay, jangan bimbang, cuba perhatikan betul-betul peranti-peranti perlindungan yang terdapat dalam DB(kotak fius agihan) di pintu utama masuk rumah kita(lokasi biasa). Jom...
- Pastikan anda dalam keadaan selamat dari tangan yang basah dan sebagainya
- Perhatikan mana-mana peranti tadi yang trip(kaedaan dimana suis peranti terpelantik ke posisi OFF. Kebaisaanya kebawah). Cuba angkat ke atas. Jangan takut tau !
- Jika yang trip tadi melibat ELCB mahupun MS, cuba OFF kan peranti yang kecil MCB ( peranti litar kenit ). Turun kan suis ke posisi OFF kesemuanya dan cuba ON kan MS. Jika boleh dan tiada sebarang trip MS yang berlaku, anda telah berjaya sebahagiannya dan ikut langkah seterusnya.
- ON kan pula ELCB dan tunggu seketika untuk memastikan tiada tripping berlaku. Jika trip, ini menandakan ada litar yang telah tersentuh dengan body ( earth ) .
- Caranya begini, cari terminal Neutral pada DB. Terminal ini biasanya di tamatkan padanya kabel berwarna Hitam. OFF kan MS dan buka kesemua kabel yang terdapat padanya dan asingkan di antara satu sama lain.
- ON kan MS dan ELCB. Pada ketika ini ELCB pasti akan dapat di ON kan. Jika tidak boleh, ini bermakna ELCB tadi telah rosak dan gantikan yang baru mengikut kadar AMPERE yang sama.
- Kita anggap tiada kerosakan pada ELCB dimana ianya dapat di ON kan. Sekarang, cuba sentuhkan satu per satu kabel Neutral yang di asingkan tadi pada terminal Neutral sehingga berlaku tripping.
mcb |
- Sekarang, pasangkan semula mana-mana kabel yang tidak melibat tripping yaitu hanya yang tidak bermasalah sahaja di tamatkan kabel pada terminal Neutral.
- Kabel yang bermasalah tadi diasingkan dan sebaiknya di balut kuprum nya dengan pelekat PVC untuk mengelakkan touching
- ON kan semua MCB dan sekarang sistem elektrik telah pulih. Perhatikan lampu atau mana2 alat elektrik anda berfungsi atau tidak. Jika tidak berfungsi, litar ini lah yang rosak(boleh jadi juga peralatan elektrik yang rosak) Cuba cabutkan peralatan tadi dari sistem pendawaian dan pergi ke DB dan sentuhkan kabel Neutral yang di asingkan tadi(yang bermasalah mula2 tadi) ke terminal neutral. Jika tiada tripping berlaku. Ini tandanya peralatan tadi yang rosak. Jika masih tripping juga, memang confirm litar yang rosak dan memerlukan pendawaian semula litar ini sahaja.
elcb |
- Cuba naikkan( ON kan ) MCB satu persatu sehingga tripping berlaku. Jika kesemuanya MCB berjaya di ON kan tanpa masalah. Selesailah tugas hehe...Bukan main susah payah tetiba terus berjaya. Ingat, kekadang sistem elektrik tidak sama dengan teori. So jangan salahkan elektrik tau. Banyakkan baca Basmallah
- Jika salah satu atau lebih MCB yang gagal di ON kan, Biarkan dan ON kan sahaja mana yang boleh
- Perhatikan lampu atau mana2 peralatan elektrik berfungsi dan jika terdapat ada yang degil tidak berfungsi, ini lah punca kerosakan litar yang mana MCB tadi tidak dapat di ON kan.
- Alihkan peralatan/cabut soket/mana2 alat yang terlibat dengan litar yang rosak ini dari sisteme eletrik dan ON kan semula MCB. Sudah tentu boleh kan? Ops... tidak berjaya juga walaupun peralatan elektrik telah diasingkan, ini tandanya litar yang rosak dan memerlukan pendawaian semula hanya untuk litar ini sahaja