Tentu ada pembaca terlintas di kepala, " kenapa nak susahkan diri, hantar je ke hospital ". Tanggapan anda salah! Orang yang rebah, tak kira kerana tercekik nugget McD atau mendapat serangan jantung boleh mati kerana kandungan Oksigen dalam otaknya hanya mampu bertahan selama 4 minit. Mustahilkan untuk kita memecut ke hospital berdekatan. Jadi, bantuan awal (First Aid) boleh membantu mangsa untuk hidup. Perlu kita tahu, mangsa yang tidak sedarkan diri sebenarnya telah " mati ".
Kenapa orang mati perlu di bantu untuk hidup?
Dalam dunia perubatan, mati terbahagi kepada dua:
- Kematian klinikal ( clinical death ) - kematian ini besifat sementara ( reversible)
- Kematian biologikal ( bioligical death ) - kematian kekal atau mati otak ( irreversible )
Bagaimana jika mangsa hanya mati klinikal dan kita yang berada disisinya gagal menbantu memang akan mematikan otaknya (brain death/bioligical death). Dan jika mangsa mati sementara tadi betul-betul mati setelah mendapat rawatan kita sekalipun kita tidak disabitkan menyebabkan kematian kerana kematian klinikal juga dikira mati disegi undang-undang. Mana ada orang boleh bunuh orang yang dah matikan? So, jangan risau. Berilah bantuan dengan curahan ilmu disini.
Kaedah rawatan awal juga dikenali sebagai CPR ( cardio pulmonary resuscitation ) atau pemulihan pernafasan dan jantung. Pernah dengarkan CPR ni? Konsepnya pada D.R.A.B.C
- D - danger ( Bahaya )
- R - response ( tindakbalas )
- A - airway ( saluran pernafasan )
Nota : Kaedah " Jaw thrust " digunakan untuk membuka saluran pernafasan keatas mangsa yang leher tercedera. Lagi info di bawah.
- B - breathing ( pernafasan )
Berikan hembusan mulut ke mulut. Tapi kena tutup hidung tau. Anda tak sanggup? Lakukan mulut ke hidung pun boleh tapi tutuplah mulutnya. Berikan M2M sebanyak 2 kali dalam 5 hingga 10 saat. Pastikan tiada kebocoran udara berlaku semasa proses ini dan dada mangsa akan mengembang sebagai tanda ada udara masuk. Jangan terlalu banyak bagi udara, kembung perut mangsa nanti muntah pulak dia. Tiada pernafasan gak?
Nota : Pelikkan, setahu kita. Udara hembusan hanya ada karbon dioksida tetapi boleh ke membantu mangsa. Sebenarnya, kita sedut 21% dan peparu resap dalam 5% je. Baki ada lagi 16% kan? Dah cukup untuk bantu mangsa kalau tiada tangki oksigen.
- C - circulation ( pengaliran darah )
Berikan tekanan dada sebanyak 30 kali dan berikan hembusan udara ( mouth to mouth ) sebanyak 2 kali seperti di seksyen Airway di atas. Ulangi 30 kali tekanan dada dan 2 hembusan lagi. Kenapa perlu tekanan dada? Tak lain dan tak bukan, untuk start jantung yang berhenti secara manual bagi membantu mengepam darah beroksigen. Oksigen dari 2 hembusan yang kita bagi tadi la. Ulang tekan dada dan hembusan sehingga bantuan tiba ( ambulan ).
Tindakan kita ini boleh membekalkan darah beroksigen ke otak. Kalau otak tiada oksigen mesti dia kan mati otak. So, walaupun penat, mungkin kita dapat menyelamatkannya.
Nota : bayi dan kanak-kanak - tekan 1/3 hingga 1/2 inci tekanan dada. Dewasa ( 8 tahun ke atas ) 1 setengah inci hingga 2 inci.
Semasa kita mengepam dada mangsa, di dapati mangsa telah bernafas. Kita telah berjaya membantunya. Ganjaran pahala yang besar kita kan dapat. Hentikan dari menekan dada dan berilah semangat kepadanya jika dia response. Wujudkan udara yang segar dengan mengawal penonton-penonton yang hadir.
Rehatkan mangsa dan pantau nadi setiap lima minit walaupun mangsa koma. Jika mangsa tiba-tiba nadinya terhenti balik. Ulangi langkah di seksyen C dengan penuh sabar. Bantuan pasti tiba jika maklumat terperinci yang di kendaki di berikan dengan betul. Senang je kalau kita tahu konsep ni. Ingat DR. ABC atau doktor abc. Pasti kita dapat panduan nanti.
Basic telah kita pelajari. Sudah cukup dan untuk maklumat tambahan jika pembaca masih berminat nak tambah ilmu, teruskan membaca ya.
iklan, " adalah lebih baik mengetahui ilmu pertolongan cemas tetapi tidak perlu menggunakannya daripada bila di perlukan tiada ilmu pula "
D.R.A.B.C.D pulak. Jangan keliru kerana ada yang gantikan D dengan s ( D.R.A.B.C.s). Sama je la.
- D - defibrillaton (defib - renjatan untuk kembalikan denyutan jantung kepada denyutan normal)
- s - shock ( renjatan )
Ini kerana kita tidak tau keadaan semasa mangsa jadi pertolongan awal untuk kes sebegini berlainan dengan yang pitam kerana overdose, lemas atau jantung terhenti. Kebanyakkan mangsa kemalangan, terus orang ramai bawa ke hospital tanpa tunggu ambulan. Bagus kerana prihatin tetapi, Majoriti mangsa menjadi lebih parah kerana cara kita angkat mangsa tak kena. Yang retak terus patah tulang. Yang lemas tak leh bernafas jadi mati sesak nafas sebab tiada yang bantu buka airway nya.
Sekarang kita tambah nilai CPR. So, tindakan kita kena hati-hati tanpa menjejaskan kecederaan kepada yang lebih teruk. Tindakan sama tetapi berbeza cara je...
- D - danger ( bahaya )
- R - response ( tindakbalas )
- A - airway ( saluran pernafasan )
- B - breathing ( pernafasan )
- C - circulation ( pengaliran darah )
- s - shock ( renjatan )
- Luaran - kita boleh nampak darah yang keluar.
- Dalaman - dah tentu tak nampak dan mugkin ada kesan lebam.
Hentikan pendarahan dengan menekan tempat luka dengan kain yang bersih. Tekap dan balut. Jika ada benda yang tercucuk, jangan cabut untuk elak jangkitan kuman dan masuk angin. Kalau boleh potong di bolehkan tapi jangan di cabut tau. Kesan secara menyeluruh ke atas badan mangsa tempat-tempat yang mungkin kita tak nampak ada pendarahan, Hentikan pendarahan ya! Ini bertujuan untuk mengelakkan kekurangan cecair badan. Darah tu mengandungi cecair badan la kawan. Tinggikan kaki mangsa dalam 12 inci.
Berilah sokongan moral untuk mengurangkan trauma mangsa. Jangan pula duk bercakap dia cedera teruk. Ini dapat membantu mangsa menguruskan kesakitannya. Biasanya, mangsa akan berasa sejuk dan haus kerana cecair badannya ( darah ) telah berkurangan. Selimutkanlah mangsa. Jangan selimut seluruh tubuk, nanti polis datang ingat mangsa dah meninggal. Jangan bagi air walaupun kita kesian padanya. Kenapa?
Mana kita tahu, di hospital nanti doktor kena bedah. Pembedahan segera mesti dalam keadaan puasa. Dah korang bagi air fresh orange, tak pasal-pasal pula doktor kena buangkan iar dulu. Sakit tau nak buang air guna tiub kecik nie. Mangsa juga boleh pengsan dan muntah.
Berikan sokongan fizikal. Jika nampak tulang yang patah, tuaskan dengan sokongan benda yang lurus dan anduhkan. Kena ikat mangsa untuk mengurangkan pergerakan mangsa. Cara nak ikat ni
kita ikat di leher , badan dan kaki mangsa.
Kaedah ringkas pemeriksaan mangsa :
- periksa seluruh badan jika ada pendarahan. Sikat rambut mangsa dengan jari, tengok muka, periksa leher, tulang selangka, tulang belakang, tulang pingul dan kaki.
- Dedahkan mangsa jika perlu. Buka topi keledar, tali pinggang di longgarkan
- kenalpasti kecederaan yang boleh mengancam nyawanya
Tunggu Bantuan dengan sabar... tammat
4 comments:
Alhamdulillah, saya dapat ilmu di sini.. Thanks yer.. Harap2 berguna untuk membantu menyelamatkan org lain..
moga ilmu dpt dimanfaat bersama ya..
maceh...sy gune utk jwb s0alan pbsm~
insyaallah lulus..hehe
Post a Comment