|
Friday, February 25, 2011
NASIHAT KEPADA PENGEMAR MINUMAN AIS
Tuesday, February 22, 2011
CARA BAIKI KIPAS SILING
Kipas merupakan suatu keperluan di setiap rumah. Ia berfungsi menggerakan udara. Terdapat pelbagai jenis kipas siling di pasaran. Di zaman sekarang sudah ada kipas siling yang di kawal secara jauh(remote control). Malah terdapat juga gabungan lampu hiasan padanya. Terpulang kepada keperluan mahupun kemampuan individu dalam memilih kipas siling. Sila ke kedai untuk mendapatkan yang terkini kerana MT kali ini ingin berkongsi cara membaikinya sahaja. Jom kita troublrshooting bersama.
Oleh kerana banyak aduan tentang kipas siling jenis kawalan jauh, maka MT paparkan contoh kedudukan kapasitor yg membuatkan kipas sering bermasalah.
- Kipas tidak berfungsi - Berkemungkinan alat perlindungan( Main suis, MCB, ELCB ) terpelantik(Trip). Sila ON kan semula. Jika tiada bekalan juga. Sila semak bil TNB kot tak bayar lagi. Hehe gurau je, kes begini dah tak boleh di ubati lagi kerana motor telah rosak. Di nasihatkan tukar baru.
- Kipas berpusing tetapi slow - Kebiasaanya kapasitor kipas tersebut telah rosak. Sila gantikan yang baru mengikut kadaran yang sesuai. Bawa sampel ke kedai untuk lebih mudah. Tak kenal kapasitor? Dekat kipas tu ada tersembunyi dalam tudung bawah berwarna hitam mempunyai dua terminal.
- Kipas berpusing lawan arah jam - Ni kes kapasitor di pasang secara terbalik terminalnya. Just ubah je cara masuk kabel.
- Kipas berbunyi bising - Mana leh tahan kan, cuba tengok bilah kipas takut ia bengkok. Kalau leh perbetulkan, bunyi bising mungkin boleh di kurangkan. Ada juga disebabkan rod penyangkuk telah longgar. Ketatkan bahagian ini. Lambat bertindak, kipas akan menghempap kepala tuannya.
- Kelajuan tidak boleh dikawal - Ini disebabkan alat control( regulator) telah bypass ataupun rosak sebahagian. Gantikan dengan yang elok. Jika regulator panas pun sama. Sila tukar baru.
Oleh kerana banyak aduan tentang kipas siling jenis kawalan jauh, maka MT paparkan contoh kedudukan kapasitor yg membuatkan kipas sering bermasalah.
Monday, February 21, 2011
BANDINGAN ORANG DIUJI
Takutkan Allah itu lebih baik daripada takut kepada sesuatu makhluk selain dari-Nya. Mari kita lihat suatu perbandingan. Katalah suatu ketika seorang guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yg melanggar disiplin sekolah. Apakah reaksi murid yg dirotan itu?
Jikalau dia seorang yg insaf dan tahu diri, ia segera terfikir kesalahan yg dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yg cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yg tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu menaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yg merotannya.
Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yg bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yg dia tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yg bersalah itu layaklah dirotan.
Begitulah halnya dengan Allah Yg Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita. Diberikannya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yg mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yg ditimpakan. Malahan ujian membuat kita bertambah jauh daripada Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah.
Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah segala ujian yg besar mahupun yg kecil sebagai satu didikan terus daripada Allah. Dan ingatlah, andai kata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yg Allah kurniakan kepada kita.
Tatkala diuji kita mudah buruk sangka dengan Allah, dan berdendam dengan orang yg mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yg hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah bertujuan menguji kita... Tuhan sedang mengajarmu erti ikhlas dan sabar!

Tuesday, February 15, 2011
BIAR MUKA BURUK ASAL HATI CANTIK
Saya kerap merasa rendah diri kerana wajah yg tidak cantik. Oleh itu saya sering menyendiri dan jarang bergaul dengan orang lain. Saya sedar bahawa tindakan saya ini tidak wajar, tapi apakah tindakan terbaik perlu saya lakukan?
Jawapan: Walaupun raut wajah kita tidak cantik tetapi ini tidaklah bermakna kita harus merasa malu. Ini kerana kita mesti punya kelebihan tersendiri yg boleh menarik hati orang lain kepada kita. Apa kelebihan itu?
Ya, kita sendiri mesti mengetahuinya dan itulah nanti yg kita perlu manfaatkan untuk membuang rasa malu tidak bertempat yg singgah di hati kita sekarang. Untuk mendapat kasih sayang, kita tidak perlu cantik. Kita tidak boleh mengubah wajah kita, tetapi kita boleh mengubah kelakuan kita.
Ini bukan soal pembedahan plastik, suntikan botox atau sebagainya, tetapi "pembedahan hati" dan "muhasabah jiwa". Dari buruk kepada baik, dari baik kepada yg lebih baik...
Telah banyak pengalaman kita, orang cantik pada mulanya, tetapi apabila kita mula bercakap dan bergaul dengannya kita sudah tidak mengagumi lagi kecantikannya. Sudah ditenggelamkan oleh mulutnya yg celupar, sikapnya yg kasar.
Tetapi berapa ramai orang yg wajahnya tidak secantik mana, malah yg buruk dan sederhana sahaja tetapi apabila kita dekati dan gauli, semakin hari semakin menawan pula gayanya. Sudah terlindung hidungnya yg pesek dek akhlaknya yg baik menawan hati.
Kita boleh menjadi orang itu... Dan percayalah kita akan disayangi bukan sahaja oleh keluarga kita bahkan oleh orang lain juga.
Jawapan: Walaupun raut wajah kita tidak cantik tetapi ini tidaklah bermakna kita harus merasa malu. Ini kerana kita mesti punya kelebihan tersendiri yg boleh menarik hati orang lain kepada kita. Apa kelebihan itu?
Ya, kita sendiri mesti mengetahuinya dan itulah nanti yg kita perlu manfaatkan untuk membuang rasa malu tidak bertempat yg singgah di hati kita sekarang. Untuk mendapat kasih sayang, kita tidak perlu cantik. Kita tidak boleh mengubah wajah kita, tetapi kita boleh mengubah kelakuan kita.
Ini bukan soal pembedahan plastik, suntikan botox atau sebagainya, tetapi "pembedahan hati" dan "muhasabah jiwa". Dari buruk kepada baik, dari baik kepada yg lebih baik...
Tetapi berapa ramai orang yg wajahnya tidak secantik mana, malah yg buruk dan sederhana sahaja tetapi apabila kita dekati dan gauli, semakin hari semakin menawan pula gayanya. Sudah terlindung hidungnya yg pesek dek akhlaknya yg baik menawan hati.
Kita boleh menjadi orang itu... Dan percayalah kita akan disayangi bukan sahaja oleh keluarga kita bahkan oleh orang lain juga.
Monday, February 14, 2011
RAIKAN MAULIDUR RASUL
Sesungguhnya Maulidur Rasul adalah salah satu komponen daripada Sirah Nabi Muhammad s.a.w., begitu juga dengan persoalan Hijrah baginda Rasulullah dari kota Makkah ke kota Madinah, Israk Mikraj dan lain-lain. Apa yang perlu kita tahu, Sirah Nabi seperti yang dijelaskan oleh para ulama’ sirah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal. Matlamat mempraktikkan Islam secara menyeluruh tidak akan tercapai melainkan kita merujuk kepada sirah baginda Rasulullah s.a.w. dalam segenap aspek.
Orang yang paling ketara menyatakan kegembiraan dengan kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. ialah bapa saudaranya iaitu Abu Lahab. Pembesar Quraisy itu sanggup memerdekakan hamba sahayanya kerana ingin menyatakan kepada umum bahawa dialah manusia yang paling gembira.
Tidak cukup sekadar itu, Abu Lahab bertawaf mengeliling Kaabah sebanyak tujuh kali.
Apa sebenarnya telah terjadi pada Abu Lahab setelah anak saudaranya itu membawa satu ajaran serta pendekatan yang lain dari apa yang dilakukan oleh masyarakat Makkah ketika itu? Dialah manusia yang mula menunjukkan sikap penentangan secara terbuka kerana mendakwa apa yang dibawa oleh Muhammad itu adalah karut belaka, menyalahi amalan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka sejak bertahun lamanya.
Persoalannya di sini, adakah Allah SWT menerima pengorbanan Abu Lahab dengan hanya menyambut kelahiran baginda Rasulullah s.a.w.? Jawabnya sudah tentu tidak. Allah tidak melihat kepada aspek sambutan itu, tetapi Dia melihat kepada amalan, cara hidup, pegangan serta akidah umat ini yang selari dengan ajaran yang dibawa oleh baginda, walaupun baginda sudah lama meninggalkan kita.
Sehubungan itu Nabi bersabda yang bermaksud: “Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali).”
Pentingkan aspek luaran
Apa yang dapat kita saksikan masyarakat umat Islam hari ini, lebih mementingkan aspek luaran sahaja dalam bab agama seperti sambutan Maulidur Rasul (tidak salah menyambutnya selagi menepati selera agama), tetapi pengisian rohaninya dari apa yang baginda ajarkan kepada kita tidak dilakukan dengan sebaik-baiknya, malah kosong dengan roh penghayatan.
Justeru, ingatlah kepada pesanan baginda yang menjadi inspirasi kejayaan kita di dunia dan akhirat: “Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, maka hendaklah dia berilmu, jika dia mahukan kejayaan di akhirat, maka dia hendaklah juga berilmu, dan jika dia mahukan kejayaan (dunia dan akhirat), maka hendaklah dia berilmu.”
Renungkanlah kata-kata hikmat baginda Rasulullah s.a.w seperti yang dijelaskan di atas, yang akan memacu kita semua ke jalan kejayaan sebenar, tidak ada jalan lain, melainkan kitalah yang menjadi pelapis kepada Islam pada masa akan datang, Insya Allah.
Sambutan Maulidur Rasul dan persoalannya
Para ulama’ kontemporari tidak menolak keharusan menyambut Maulidur Rasul, kerana mungkin sahaja itu boleh dianggap sebahagian dari kecintaan kita kepada baginda, dan kita jadikan kecintaan itu juga adalah kecintaan kepada Allah SWT.
Walaupun pada zaman kehidupan baginda sendiri tidak pernah menyambutnya, begitulah pada zaman para sahabat, tabi’in dan generasi selepas mereka yang berada pada zaman keemasan Islam.
Mereka berpendapat, bahawa selagi mana sambutan Maulidur Rasul itu boleh menyedarkan manusia dengan pengajaran agama serta menghayati keperibadaan baginda s.a.w., maka selagi itulah ia diterima sebagai salah satu pendekatan yang baik menurut Islam.
Apa yang penting, dalam sambutan itu melalui penyampaian kuliah, ceramah atau forum, mengajak kaum muslimin untuk mencintai baginda dalam segenap apa yang dibawa walaupun hati kecil kita kadang-kadang sukar untuk menerimanya.
Kita juga adalah disaran untuk mengetahui cara-cara untuk mentaati perintah Rasul, mengikut segala arahan dan meninggalkan segala tegahannya, melaksanakan hukum-hakam yang diajarkannya, memperjuang dan memperkasa syariatnya, menyeru orang ramai ke jalan dakwahnya, memperbanyak selawat ke atasnya dan mencintai ahli keluarganya.
Kesemua aspek di atas tidak akan sampai kepada matlamatnya melainkan dengan adanya penjelasan melalui kuliah dan ceramah agama. Maka sambutan seumpama itu amat digalakkan oleh Islam kerana membawa manusia membesarkan keperibadian Rasulullah s.a.w., manusia yang agung di sisi Allah SWT.
Apatah lagi di zaman mutakhir ini, di mana ramai di kalangan umat Islam sudah tidak lagi berbangga dengan akhlak-akhlak yang pernah ditonjolkan oleh para generasi awal di kalangan para sahabat, tabi’in dan tokoh-tokoh ilmuwan Islam, akhirnya tidak memandu mereka ke jalan kebenaran, seolah-olah mereka masih mahu berada dalam kegelapan dan kejahilan, maka berlakulah kegencutan dalam masyarakat.
perancangan hebat Allah SWT
Sesungguhnya Maulidur Rasul dengan lahirnya Muhammad bin Abdullah bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah perancangan hebat daripada Allah Yang Maha Hebat. Ini kerana bayi yang bernama Muhammad ialah dari kedua-dua ibu bapa yang salih, kenapa tidak?
Allah SWT telah memilih ibunya Aminah dari seorang anak gadis yang suci bersih dari sebarang sifat negatif; ketika ramai di kalangan anak-anak gadis ketika itu terlibat dalam tindakan songsang umpama GRO pada hari ini. Begitulah ayahandanya Abdullah; seorang remaja lelaki yang tidak pernah walau sekalipun menyembah berhala, berjudi, minum arak, berfoya-foya. Ini menunjukkan bahawa pasangan Aminah dan Abdullah adalah pilihan Allah bagi mendapatkan zuriat yang salih.
Contoh teladan baik lagi positif yang ada pada diri baginda Rasulullah telah bermula sejak pemilihan perkahwinan kedua-dua ibu dan bapanya yang dirancang khusus oleh Allah SWT. Allah mahukan apa yang terbit dari diri baginda adalah contoh teladan yang baik lagi mulia.
Justeru, sambutan Maulidur Rasul perlu disambut dengan penyampaian kefahaman Sirah Nabi agar masyarakat dipandu ke arah kesempurnaan hidup. Dalam erti kata, apa yang mereka lakukan adalah berdasarkan kefahaman yang betul dan bukannya atas dasar ikut-ikutan. Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini lebih sebagai amalan adat dan bukan ibadat.
Apabila peranan ini dapat dilaksanakan lebih dua atau tiga puluh tahun dahulu, maka generasi yang ada pada hari ini adalah generasi khaira ummah yang mampu melaksanakan segala hukum al-Quran dengan semangat sejarah kelahiran Rasulullah atau lebih tepat lagi dengan Maulidur Rasul.
Kenapa perlu kita sambut ?
Jom hayati klip di bawah, karya hamba allah yang menarik. Semoga usahanya diberkati Allah S.W.T. Begitu kasih baginda kepada kita umatnya. Adakah kita kasihkannya.
Kenapa perlu kita sambut ?
Jom hayati klip di bawah, karya hamba allah yang menarik. Semoga usahanya diberkati Allah S.W.T. Begitu kasih baginda kepada kita umatnya. Adakah kita kasihkannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)