Tuesday, February 15, 2011

BIAR MUKA BURUK ASAL HATI CANTIK

Saya kerap merasa rendah diri kerana wajah yg tidak cantik. Oleh itu saya sering menyendiri dan jarang bergaul dengan orang lain. Saya sedar bahawa tindakan saya ini tidak wajar, tapi apakah tindakan terbaik perlu saya lakukan?


Jawapan: Walaupun raut wajah kita tidak cantik tetapi ini tidaklah bermakna kita harus merasa malu. Ini kerana kita mesti punya kelebihan tersendiri yg boleh menarik hati orang lain kepada kita. Apa kelebihan itu?


Ya, kita sendiri mesti mengetahuinya dan itulah nanti yg kita perlu manfaatkan untuk membuang rasa malu tidak bertempat yg singgah di hati kita sekarang. Untuk mendapat kasih sayang, kita tidak perlu cantik. Kita tidak boleh mengubah wajah kita, tetapi kita boleh mengubah kelakuan kita.
Ini bukan soal pembedahan plastik, suntikan botox atau sebagainya, tetapi "pembedahan hati" dan "muhasabah jiwa". Dari buruk kepada baik, dari baik kepada yg lebih baik... 



Telah banyak pengalaman kita, orang cantik pada mulanya, tetapi apabila kita mula bercakap dan bergaul dengannya kita sudah tidak mengagumi lagi kecantikannya. Sudah ditenggelamkan oleh mulutnya yg celupar, sikapnya yg kasar. 


Tetapi berapa ramai orang yg wajahnya tidak secantik mana, malah yg buruk dan sederhana sahaja tetapi apabila kita dekati dan gauli, semakin hari semakin menawan pula gayanya. Sudah terlindung hidungnya yg pesek dek akhlaknya yg baik menawan hati.

Kita boleh menjadi orang itu... Dan percayalah kita akan disayangi bukan sahaja oleh keluarga kita bahkan oleh orang lain juga. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...