Monday, February 21, 2011

BANDINGAN ORANG DIUJI

Takutkan Allah itu lebih baik daripada takut kepada sesuatu makhluk selain dari-Nya. Mari kita lihat suatu perbandingan. Katalah suatu ketika seorang guru besar  mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yg melanggar disiplin sekolah. Apakah reaksi murid yg dirotan itu?


Jikalau dia seorang yg insaf dan tahu diri, ia segera terfikir kesalahan yg dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yg cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yg tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu menaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yg merotannya. 


Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yg bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yg dia tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yg bersalah itu layaklah dirotan. 


Begitulah halnya dengan Allah Yg Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita. Diberikannya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yg mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yg ditimpakan. Malahan ujian membuat kita bertambah jauh daripada Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah.



Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah segala ujian yg besar mahupun yg kecil sebagai satu didikan terus daripada Allah. Dan ingatlah, andai kata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yg Allah kurniakan kepada kita. 


Tatkala diuji kita mudah buruk sangka dengan Allah, dan berdendam dengan orang yg mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yg hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah bertujuan menguji kita... Tuhan sedang mengajarmu erti ikhlas dan sabar! 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...