Monday, February 7, 2011

SELAMATKAN SUMBER LAUT KITA

Tahukah anda dalam masa 40 tahun lagi, kita mungkin kehilangan sumber makanan laut, jika kita meneruskan corak pemakanan sekarang. Pengambilan makanan laut oleh rakyat Malaysia merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Stok ikan dasar laut di Malaysia telah merosot sebanyak 90% akibat amalan perikanan yang tidak lestari, untuk memenuhi permintaan yang tinggi. Kita boleh mengubah keadaan ini dengan menggunakan panduan ini untuk memilih makanan laut untuk di makan.


DISYORKAN 
   Pilihan yang baik  untuk pemakanan.
  • Lala 
  • Ikan Bilis 
  • Selar Kuning 
  • Sotong 
  • Belanak 
  • Tongkol 
  • Kembong/Pelaling 
  • Tenggiri 
  • Cencaru 
  • Siakap Merah 
  • Kerapu Tikus 
  • Kerapu Kertang 
  • Bawal Emas 
  • Kerang 
  • Siput Sudu/Kupang 
  • Tiram 
  • Ketam Bakau/Batu 

KURANGKAN
   Hanya makan spesies ini sekali-sekala, jika pilihan yang disyorkan tidak boleh didapati.
  • Terubok 
  • Siput Retak Seribu 
  • Timun Laut 
  • Jenahak 
  • Senangin
  • Ketam Bunga 
  • Ikan Merah 
  • Udang Putih 
  • Kerapu Sunoh 
  • Siakap 
  • Udang Harimau 
  • Udang Putih Pasifik
  • Kerapu Harimau 
ELAKKAN 
   Elakkan  memakan spesies ini sekarang. Boleh tak?
  • Bawal Putih 
  • Bawal Hitam 
  • Pari 
  • Kerisi 
  • Parang  
  • Ikan Sebelah
  • Bulus 
  • Sotong Biasa 
  • Sotong Katak 
  • Udang Karang 
  • Udang Lobok
  • Mameng
  • Udang Lipan 
  • Kerepoh
  • Kunyit-kunyit
  • Kerapu Bara 
  • Kerapu Ekor Gelap  
  • Kerapu Bintik 
  • Jingga 

Kebanyakan penangkapan ikan yu tidak terkawal dan ditangkap secara berlebihan. Elakkan semua produk ikan yu kerana spesies ikan yu sukar dibezakan
sumber : WWF Malaysia

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...