Waah sekarang tiba musim di mana golongan yg dikiurniakan rezeki oleh Allah berjaya melaksanakan rukun haji yg kelima. MT mengjangkakn pasti ramai dalam kalangan sanak saudara anda sekarang ini bergelar haji dan hajjah.. Alhamdulillah.
Anda semua masih ingat lagi tak sewaktu keberangkatan mereka dari rumah ke lapangan terbang? Berpakaian ihram dan diiringi sanak saudara dan rakan taulan dengan penuh kesyukuran dan keshahduan serta penuh keinsafan. Ini diibaratkan juga seperti kita lengkap dikafankan dan diiringi oleh saudara mara ke tempat persemadian di muka bumi ini. Semuanya mengharapkan haji yg mabrur, bukan?
Alkisahnya, MT ke rumah saudara yg baru pulang dari tanah suci. Seronok benar mendengar slot pengalaman mereka ketika mengerjakan haji di sana. Bermacam peristiwa dan bermacam jenis manusia dapat diperhatikan di sana. Yg pastinya kita ke sana adalah dengan tujuan yg sama. Satu ummat, satu syahadah, satu kiblat, satu syariat.
Selepas bermalam di Meena dan melontar di ketiga-tiga jamrah, mereka ke Mekkah untuk menyempurnakan rukun tawaf di Masjidilharam dan sai'e di Safa dan Marwah. Dengan keadaan bersesak-sesak oleh ribuan umat manusia, pasti kita perlu ada sikap tawaduk dan toleransi. Walaupun ada yg tidak puas hati sedikit-sedikit usahlah diungkit-ungkit atau dipanjangkan cerita.
Nak dijadikan cerita, adalah beberapa orang hamba Allah ini datang ke tanah suci dengan pakej tajaan agensi yg tersohor di tanah air kita ini. Bayaran pakejnya jauh lebih mahal berbanding pakej-pakej lain, apa lagi yg pergi bersama muassasah. Penginapan lima bintang dan makanan yg sungguh lazat, high class gitu...siap boleh order mengikut citarasa.
Dan akibat tidak puas hati, mereka bergegas mencari ustaz yg membimbing perjalanan mereka dan dengan suara yg lantang, mereka membentak di khalayak ramai, "Apa ni ustaz? Kami bayar punya la mahal tapi tak dapat juga solat betul-betul depan kaabah? Kalau sama macam orang lain lebih baik kami tak payah datang dengan pakej macam ini. Buat rugi saja!"
MT yg dengar cerita dari orang lain pun dah panas telinga, apa lagi ustaz yg mengadap muka diorang tu kan. Betapa hilangnya perasaan malu dalam keadaan yg sangat tidak puas hati itu. Aduhai kalau kita ni orang yg benar-benar mahukan kelebihan, rebutlah peluang dengan cara yg benar jua. Jikalau mahu bersolat betul-betul di hadapan Baitullah, datanglah awal ke Masjidilharam. Bukannya lagi 5 minit akan masuk waktu solat fardhu, baru melangkah turun dari bilik hotel, walaupun hanya besebelahan dengan rumah Allah itu. Budak kecil pun tau, siapa cepat dia dapat!
Nauuzubillaahiminzaalik... Di tanah haram sememangnya banyak perkara yg tidak disangka boleh berlaku. Hanya Allah Yg Maha Mengetahui. Hayatilah apa yg diungkapkan oleh Ibn Ataillah dalam kalam hikmahnya: "Dosa yg menyebabkan engkau menangis lebih baik daripada kebaikan yg menimbulkan rasa takabbur!"
No comments:
Post a Comment