Monday, December 27, 2010

WANT TO BE A RICH

   Wah entry ni paling ramai yang baca.Tu tandanya ramai yang nak jadi kaya.MT saja je pilih tajuk nie sebab nak test market hehe ( jg marah ye..) MT sendiri tak kaya macamana nak bagi marvellous tips untk tetamu sekalian.?Tak layak la kan.Jual produk kecantikan tetapi muka pengasas putih macam tepung gomak !! Cuma rajin rajin lah berdoa then usaha dengan besungguh serta jangan putus asa dari bertawalkal kepada Allah s.w.t
   Tetamu MT sekalian , jika benar kita ingin kaya sanggupkah kita untuk memikul ujian Allah ini . Boleh kah kita menjadi seorang yang dermawan ? Beranikah kita melawan ego seorang yang kaya ? Jangan nanti kerana kekayaan yang kita miliki tu akan memudaratkan matlamat akhirat kita yang sebenar ? Jikalau sanggup...
Amalkan amalan ini :

Mula sekali , jangan runtuh kan tiang agama. Bergoyang pun taknak then baru lah yang di bawah ni...
  • Berkahwin - dengan berkahwin , Allah ada menyediakan rezeki khusus untuk pasangan dan anak anak kita ( kalau kaya mesti tambah cawangan nie..) Kebanyakkan jutawan dunia terdiri dari orang yang berkahwin.Bujang lapok jgn harap la
  • 1000 dinar - ayat ini sangat mujarat , jadikan nyanyian di kala senang dan susah
  • Sunat dhuha - amalkan sunat ini setiap hari dan Allah maha penunai janji Nya .
  • Sedekah - sedekah membawa berkat .terutama pada hari jumaat. iklaskan sedekah kepada yang memerlukan . Jangan nak tunggu kaya baru nak buat ( tu pu kalau tak lalai la..) kerana matematik Allah nie tak sama dengan algebra kita .Setiap amalan tu akan membuahkan 10 cabang dan setiap cabang akan memcambahkan lagi 10 cabang..cuba kita guna kaedah janjang !!
  • istifar - kena pi jumpa ustaz nnt ye . Tanya dia istifar tu aper
  • tunai hajat - ops.. kena tunai kan hajat orng lain dulu baru hajat kita di perkenankan . So ringankan tulang membantu sesama insan
  • selawat - jangan time maulidur rasul je . every time tau
  • semua yang baik di sisi Allah - sebenar banyak , cuma baiki lah niat tu dulu . Jangan amalkan perkara tadi semata  kerana nak jadi kaya . Terlepas plak dapat pahala . Kalau kaya takpe lepas tu..ni kaya pun tak , pahala pun zero
Tetamu MT sekalian , jangan lah dikira rezeki itu sekadar wang berjuta , emas perhiasan bergantang gantan , saham amanah yang maksimam ..Ingatlah , rezeki kesihatan , anak bini dan kelapangan hidup juga merupakan rezeki . Kalau Allah makbulkan doa kita dengan memberikan wang yang banyak dan menarik rezeki kesihatan..camane ?? So bersyukurlah dengan apa yang kita ada..selamat beramal

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...