Friday, December 31, 2010

TAMBAH NILAI SOLAT TAHAJUD

Alhamdulillah kerana kita semua masih berminat kepada entry berunsurkan islam. MT berharap sangat blog ini menjadi panduan kita bersama. Syukur kerana kita semua tahu akan kelebihan tahajud ni kan? so tak payahlah MT berceloteh panjang kerana MT yakin kita semua pernah melakukan solat ni. Cuma ada tambah nilai agar ibadat kita bertambah bernilai di sisi Nya. Berikut adalah etika dalam melakukan solat tahajud :

  • Berniatlah sebelum tidur untuk bangun menunaikan solat tahajud sesuai dengan penjelasan Nabi Muhammad s.a.w " Sesiapa yang mahu tidur dan berniat akan bangun bagi menunaikan solat malam, lalu dia tertidur sampai pagi, maka ditulis apa yang diniatkan itu merupakan sedekah untuk tuhan " ( Hadis riwayat Ibnu Majah dan Nasaie )
  • Membersihkan bekas tidur di muka nya kemudian bersugi dan memandang langit sambil berdoa kepada Allah s.w.t dalam akhir surah Ali Imran
  • Membuka tahajud dengan doa iftitah.
  • Hendaklah membangunkan ahli keluarga untuk sama-sama solat tahajud.
  • Jangan memaksa diri dan hendaklah solat tahajud dijalankan sesuai dengan kesanggupan. Oleh kerana, penyesuaian diri adalah cara yang baik, kerana apabila sudah biasa bangun di tengah malam, maka rasa berat dan mengantuk itu tidak akan ada lagi.
Nabi Muhammad s.a.w Mengqadar Solat Tahajud
   " Dari Aisyah r.a bahawa Baginda jika terlambat mengerjakan solat malam oleh kerana sakit atau lainnya, baginda akan solat di siang hari sebanyak 12 rakaat " ( Hadis Riwayat Jamaah, kecuali Al-Bukhari )
   Dari Umar r.a , Baginda berkata yang bermaksud " Sesiapa yang tertidur daripada wirid nya atau sesuai yang biasa diamalkannya waktu malam, lalu dibacanya antara solat fajar dengan solat Zuhur, maka dicatatlah bagaikan dikerjakan di waktu malam "
Hadis di atas menunjukkan sebuah pesanan moral yang sangat mendalam supaya umat Nabi Muhammad s.a.w mempunyai semangat yang tidak pernah padam dalam menjalankan solat tahajud, mengingatkan hikmah yang boleh di perolehi daripada solat tahajud itu amat besar sekali.
   " Orang yang solat tahajud akan memperolehi bermacam-macam nikmat yang menyejukkan pandangan mata, tutur kata yang berkesan, mantap dan berkualiti "

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...