Friday, December 24, 2010

SELAMATKAN BLOG ANDA

Sebenarnya MT takde idea nak tulis nie..Baru je lepas memerah otak untuk selamatkan blog lama yang nazak kerana banyak kali tukar template dan URL.Rupa-rupanya google ni tak updated secara automatik kalu kita tukar.Nak pulak kita duk tukar template yang tak sebulu dengannya.Dah puas menjelajah ke blog otai-otai mencari penawar,nasib baik tak sempat pi jumpa bomoh,kalu tak dah tentu bomoh tu cakap blog MT tu kena jangkitan cacing kerawet haha..Sebenarnya malas nak cerita sebab takut tak kena nanti ilmu salah plak.Tetapi MT rasa masih ramai lagi blogger yang mengalami masalah yang sama tetapi tiada ubat.Kejadian nie berlaku masa MT mula-mula berjinak-jinak dalam dunia blogger ni.Taksub nak cantikkan blog MT dah beberapa kali tukar.Entah la byk mana sebab tak kira tapi banyak kali
la.Masa tu memang nak challenge blog lain agar nampak cantik.Pakai je seminggu tukar lagi..Huuuuuu memang tak penah puasati.Tu la best nya ada blog sendiri biar pun traffic tak penah naik hehe(syok sendiri nie..)
Belum pun berakhir gila template MT ketagih pasang widget plak.Nak yang berkelip-kelip la.Kuar gambar la.Tampal calender la...Rupa-rupanya banyak betol menda yang blum di explore.Bab entry yang menarik memang tak pikir pun masa tu.Betul la pepatah orang lama "setiap yang bermula pasti ada akhiranya" Tiba suatu masa jadi boring plak.MT berpantang sekejap dari memblog ( macam bersalin plak..).Tetapi MT tumpukan plak pada usaha-uasha mempromosikan blog di YM,FB dan ruangan iklan percuma dan forum terkenal..Huh dasyat kan !! Orang kata dengan blog bley menjanakan pendapatan so join la jugak.Bila dah nak cari untung dengan blog,MT lupa bahawasa nya iklan per click ni memerlukan ramai orang yang kelip.Alahai problem lagi MT masa tu..Tido pun duk pikir macam mana la nak bagi popular macam artis ni.Kaedah yang MT guna mirip program realiti TV..






Popular dikalangan rakan dan keluarga je tetapi global tak dapat tembusi..Tak world !! Dengan bantuan widgets percuma,Mt pantau setiap pelawat blog.Hampir putus asa kerana memang populariti naik bila hebat mempromosi dengan gigih tetapi stop je promosi trafic mulai susut.Ertinya tiada repeat visitor.OOO...plzzzzzz bingung gue
Stategi MT sekarang berpakat dengan pasangan MT.TQ kepadanya kerana banyak menyokong MT.Pelan-pelan kami penuhkan entry dan traffic naik secara consistan.Lega kejap tetapi terbaca plak masalah blogger lain yang risau kenapa blog depa gagal di kesan kat search engine.Aik...terkena gak rupanya!! MT pun cuba la tip-tip yang ulama blog bagi.Ada yang suruh beli domain,edit HTML supaya google mudah kesan.Tukar template yang mesra SEO dan bermacam-macam termasuk mandi bungakan PC haha ( nakal tol entry tuuu...).Hampir kesemuanya MT cuba tetapi hasilnya masih di takuk lama.Nasib baik la tak call team blogger ?? Pada masa tu memang tension tahap dinasour tau.Alih-alih buat blog baru dengan cara baru mengikut pengalaman ngeri hee..
Bukan MT tawar hati pasal blog tu.Blog tersebut merupakan blog kajian dan masih beropersi.Mana tergamak nak meninggalkannya.Budi dan jasa baik blog itu lah yang mendewasakan MT pada hari nie.Memang MT sengaja taknak letak link ke blog lama kerana google search memang dah dapat detach tetapi bila klik je






Pesanan kepada blogger sekalian
  • kalu nak jd blogger jangan niatkan nak jana duit kalu tiada ilmu yang cukup..nnt kena titik !!
  • Pilih la alamat URL yang sesuai.Istikharah dulu lagi bagus.Bukan tak bley nak tukar lagi tetapi merumitkan enjin carian nanti
  • Usah la dengki dengan blog yang menjadi idola kita kerana cantik tetapi loading speed macam siput balik kerja lebih masa.Pilihlah template basis yang disediakan.Edit sket cukup !! Rumah yang cantik diluar tetapi pemilik tak tido malam nak uruskan takde guna jugak !! Orang tak tau tapi kita yang tanggung nya.Apa yang penting ?? kerjasama..ops isi lagi penting !!
  • Jadilah blogger yang majmuk yaitu selalu menjenguk ke laman yang lain.Jadi follower tak rugi pun.Rajin-rajin la tinggal kan comment yang membina.Amalkan tips ini pasti ada yang kan melawat blog anda nnt..Joint Venture 
  • Jadilah blogger yang creatif.Ketahuilah,search enjin akan detect URL kita berdasarkan siapa cepat dia dapat.So simpan dulu post dalam draf dan try search dulu apa tajuk yang bakal di publish di google.Tengok list kat situ dan jangan pilih tajuk yang seangkatan dengan tajuk tadi kerana kita tak akan duduk di no 1..Ubah sedikit dari yang tadi dengan ayat yang unik !!
Masih banyak lagi yang perlu MT pelajari.Dalam masa yang sama kena gak kongsi ilmu dan pengalaman demi kebaikan komuniti blogger.Jangan mudah putus asa tau.Try godek-godek dulu blog tu.Jangan fobia kerana setiap yang kita try pasti kita akan dapat tau fungsinya..tatitu !!!

    1 comment:

    sweetheart said...

    berakit ke hulu, berenang ke tepian, haa lepas tu kita luncur ngan jet-ski gitu..all the best!!

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...