Friday, December 24, 2010

AIR MATA IBU?

Mengapa ibu menangis? Seorang anak tidak mengerti mengapa ibunya menangis. Baginya air mata seorang ibu boleh ditafsirkan bermacam-macam. Ibu menangis kerana gembira, ibu juga menangis kerana sedih. Pendek kata, tidak kira sama ada situasi itu gembira atau duka, ibu pasti menangis. Inilah yg sering menjadi persoalan kepada anak.
Namun bagi ibu pula, jawapannya mudah. Ibu menangis sebab...
ibu wanita. Jawapan yg mengundang tanda tanya, membuatkan anak tidak mengerti walaupun ibunya menjawab dengan senyuman malah memeluknya dengan erat sekali.
Soalan sama ditanyakan juga pada ayah : mengapa ibu menangis? Jawapan ayah lebih memeningkan kepala anak. "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan.." Hanya itu jawapan yg diberikan oleh ayahnya.
Lama kemudian, si anak menjadi remaja dan tetap tertanya-tanya mengapa wanita menangis. Sesungguhnya Allah ada sebab mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuatnya menjadi begitu penting. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yg sedang tidur.
Maha Suci Allah memberikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat daripada rahimnya. Dan seringkali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri. Allah berikan ketabahan yg membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.
Wanita dikurniakan Allah kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit, lelah dan tanpa keluh-kesah. Allah berikan wanita perasaan peka dan kasih-sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam apa jua situasi. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.
Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yg ingin tidur. Sentuhan lembut itu memberi keselesaan dan ketenangan. Allah juga anugerahkan wanita ketabahan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yg melindungi setiap hati dan jantung wanita?
Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yg diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.
Dan akhirnya, Allah berikannya air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yg khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila-bila masa sahaja dia inginkan. Usah rasa bersalah jika perlu menangis. Hanya inilah kelemahan yg dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...