Mengapa mesti merungut apabila perlu berjalan jauh sedangkan berjalan kaki juga merupakan salah satu daripada cara untuk lebih cergas dan sihat bukan? Menurut hasil kajian terbaru, berjalan kaki selama...
30 minit sahaja setiap hari dapat menghindarkan anda dari beberapa penyakit serius seperti nyanyuk dan kanser?
30 minit sahaja setiap hari dapat menghindarkan anda dari beberapa penyakit serius seperti nyanyuk dan kanser?
Dementia atau nyanyuk merupakan istilah yg digunakan untuk menjelaskan penurunan fungsi yg disebabkan oleh perubahan kelainan yg terjadi pada otak. Orang yg mengidap dementia biasanya sukar berfikir dengan baik sehingga menyebabkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti harian mereka dengan terurus.
Lambat laun, mereka kehilangan kemampuan untuk menyelesaikan masalah, semakin emosional dan sukar mengawal diri. Hasil kajian tersebut didapati setelah pengkaji membuat kajian terhadap 40 kajian terdahulu.
Mereka mendapati bahawa tubuh badan yg segar dan aktif serta diiringi gaya hidup sihat seperti tidak merokok merupakan pilihan utama untuk menjaga kesihatan. Hasil ini telah diterbitkan di dalam International Journal of Clinical Practice.
Antara aktiviti yg dijalankan di dalam kajian tersebut adalah aktiviti ringan selama 150 minit seminggu seperti berjalan kaki dan berbasikal selama 30 minit seminggu. Sebelumnya, para pengkaji juga mengatakan kaedah tersebut berkesan untuk mengurangi risiko penyakit jantung dan strok.
Namun, kini kajian terbaru mendapati bahawa aktiviti tersebut juga mampu mencegah dementia terutama ketika seseorang memasuki usia lanjut. Bukan itu sahaja, aktiviti yg sangat mudah itu juga boleh membantu mengurangi risiko menghidap penyakit lain seperti osteoporosis, diabetes, depresi, obesiti dan tekanan darah tinggi.
Apa yg paling penting, berjalan kakijuga boleh membantu megurangi risiko menghidap kanser. Jadi, janganlah malas berjalan. Lagi jauh anda memarkir kereta atau motosikal sama ada di pejabat, pusat membeli belah dan sebagainya, lebih baik untuk kesihatan anda. Amalkan selalu ye...
No comments:
Post a Comment