Thursday, December 30, 2010

VAKSIN HPV

Apa itu vaksin HPV? Seringkali diperkatakan dan iklan disiarkan melalui media cetak dan media elektronik dengan kepelbagaian variasi. MT nak je tanya pada adik-adik yg sepatutnya kena dapatkan vaksin tu...anda tau tak apa itu vaksin HPV? Yg MT dengar ramai mak bapak pulak yg datang bertanya pasal vaksin ini...mmm itu satu petanda bagus...
yg para ibu bapa kita cakna dengan informasi semasa. Syabas!

MT harap apa yg dipaparkan ini dapat memberi sedikit sebanyak pendedahan berkaitan vaksin HPV. Sepatutnya dilaksanakan pemberian tahun lepas tetapi akibat kekangan teknikal dan masa, ia terpaksa ditangguhkan dan akan diteruskan pada tahun 2011. Hanya untuk pelajar perempuan sahaja, sebab hanya kaum hawa yg mempunyai sebahagian daripada organ pembiakan ini.

HPV adalah singkatan bagi Human Papilloma Virus. HPV ini mempunyai berpuluh-puluh species dan ia boleh menjangkiti manusia melalui sentuhan dan hubungan kelamin. Ada species yg hanya menunjukkan gejala masalah pada kulit pada bahagian alat sulit seperti ketuat (wart). Species yg paling menakutkan ialah yg boleh menyebabkan kanser pangkal rahim (kanser serviks, cervical cancer). Dan apa rasionalnya vaksin ini diperkenalkan?

Menurut kajian yg dijalankan di Malaysia barah yg menyebabkan paling banyak kematian berpunca dari kanser payudara. Kemudian ia diikuti oleh kanser serviks dan kanser usus. Barah payudara boleh dikesan sekiranya terdapat benjolan asing pada payudara melalui pemeriksaan sendiri payudara. Ia tidaklah susah, anda boleh memeriksa sendiri dengan senang sekali sewaktu meratakan sabun pada payudara anda. Haa adik-adik perempuan, lakukannya sebulan sekali, seminggu selepas datang haid..kalau rasa malas la. Sorry...adik-adik lelaki pula jangan lebih-lebih!

Kanser seerviks boleh dikesan melalui kaedah yg sangat mudah, iaitu melalui ujian Pap smear. Kaedah mudah ini boleh memberi tanda-tanda awal sekiranya wujud sel kanser pada pangkal rahim. Ini juga dengan syarat, Pap smear dilakukan mengikut ujian pemeriksaan berkala. Sekiranya terdapat gejala seperti keluar lendiran bercampur darah, dan pada masa itu anda baru datang untuk mendapatkan rawatan, ia mungkin sudah hampir terlambat...sayang semuanya sudah terlambat, tak guna engkau kesalkan lagi.

Tetapi perlu diingatkan, ujian ini penting bagi wanita yg aktif melakukan hubungan seksual. Tidak kiralah sama ada anda sudah berkahwin ataupun belum berkahwin! Jadi anda harus berwaspada sekiranya hubungan kelamin anda yg pertama adalah sudah melepasi 5 tahun, dan tiada ujian Pap smear dilakukan, anda mungkin berisiko tinggi.

Ok berbalik kita kepada vaksin HPV. Vaksin ini bertujuan untuk melindungi remaja perempuan yg akan mencapai tahap kematangan dan akan melalui fasa reproduktif. Dengan keadaan gejala sosial yg semakin sukar dibendung, kita mengharapkan vaksin ini akan memberi perlindungan sewajarnya kepada adik-adik perempuan.

Kriteria untuk pemberian vaksin ini ialah, akan hanya diberi kepada remaja perempuan berusia 13 tahun pada tahun semasa. Terdapat 3 dos yg perlu dilengkapi. Sekiranya dos yg sepatutnya diambil terlambat daripada tempoh sepatutnya, pembentukan antibodi di dalam badan tidak akan berlaku secara sempurna. Ini akan menyebabkan anda terpaksa mendapatkan suntikan vaksin semula mengikut wajaran 3 dos yg baru. Apa-apapun elakkan pembaziran. Dos pertama akan diberi, sebulan selepas itu pemberian dos kedua akan menyusul dan 5 bulan kemudian, suntikan dos ketiga pula diberi dan ini akan melengkapkan proses imunisasi dalam badan anda. Bermakna, ketiga-tiga dos akan sepatutnya diberi sewaktu suntikan vaksin HPV ini dalam tempoh 6 bulan. (6months for 3 doses to be given completely!)

Bagi remaja perempuan 13 tahun yg bersekolah, anda wajib mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga anda. Vaksin HPV akan diberi di sekolah anda oleh anggota kesihatan. Bagi remaja perempuan 13 tahun yg tidak bersekolah (OKU, berhenti sekolah), anda juga wajib mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga anda, dan boleh mendapatkan vaksin di fasiliti kesihatan berdekatan anda.

Dan sekiranya umur anda sudah melebihi 13 tahun, anda juga boleh mendapatkan vaksin HPV di klinik swasta tertentu. Di klinik kerajaan tidak dibenarkan memberi vaksin HPV ini kepada selain remaja perempuan 13 tahun. Apa yg penting, borang kebenaran bertulis wajib diisi dan ditandatangani.

Kanser serviks boleh dicegah. Oleh itu berilah kebenaran kepada anak-anak perempuan anda untuk mendapatkan vaksin ini di sekolah. Cegah sebelum terlambat!

1 comment:

Anonymous said...

Majulah sukan untuk negara... Malaysia menang wei!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...