Monday, May 23, 2011

KENALI SUKAN PERAHU LAYAR

ISTILAH PELAYARAN
  • Belayar ke arah angin
Litar dibentuk dari arah angin. Perahu perlu belayar seberapa hampir dengan angin dan melakukan zig zag untuk menuju ke penanda windward. Perahu akan menggunakan layar utama(main sail) dan layar hadapan(jib).
  • Belayar dengan angin
Litar dibentuk ke bawah angin. Perahu akan belayar dengan angin bertiup dari belakang menuju ke penanda leeward. Perahu akan menggunakan layar utama(main sail) dan spinnaker(layar besar di hadapan).

PEMAIN-PEMAIN
  • Skipper - ketua kapal(pengemudi) adalah ketua pasukan atau kapten bagi sebuah perahu layar dimana tugasnya bukan sahaja mengemudi bot tetapi melibatkan keputusan mengenai taktik dan strategi yang akan digunakan dalam perlumbaan.
  • Mainsheet trimmer - berperanan mengawal layar paling besar dimana kelajuan kapal tertumpu disitu dan berganding rapat dengan skipper untuk mengawal kelajuan bot.
  • Trimmer - bertugas untuk mengawal kepala atau depan kapal. Pada pusingan melawan arah angin, trimmer berkerjasama dengan Pitman yang mengawal layar besar yang terletak berlawanan dengan layar utama.
  • Bowman - bertanggungjawab untuk mengubah layar di hadapan bot. Dia adalah ''eye at the front'',dia mestilah seorang yang atletik dan mempunyai kebolehan bergerak dengan tangkas dan cepat di depan bot.
  • Pitman - membantu trimmer untuk mengawal kapal layar dan layar besar. Pitman mengawal kebanyak tali yang akan menentukan arah layar.
Apakah makna warna-warna bendera dalam perlumbaan perahu layar?
  • Bendera kod ''Y'' - Pasukan lawan meminta pengadil litar supaya membuat pengadilan kerana dipercayai pasukan lawan telah melanggar undang-undang.
  • Bendera hijau - Tiada hukuman(dikibarkan oleh pengadil)
  • Bendera biru -  Hukuman(daripada pengadil) atau permulaan sebelum waktu(daripada jawatankuasa perlumbaan) terhadap perahu dengan bendera biru.
  • Bendera kuning - Hukuman( daripada pengadil) atau permulaan sebelum waktu(daripada jawatankuasa perlumbaan) terhadap perahu dengan bendera kuning.
  • bendera merah - Dikibarkan oleh pengadil bersama-sama dengan bendera biru atau kuning ; menandakan pelumba mesti dihukum serta-merta.
  • bendera hitam - Dikibarkan oleh pengadil bersama-sama dengan bendera biru atau kuning ; menandakan pelumba telah disingkirkan dari perlumbaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...