Thursday, April 14, 2011

MENGESAN KEROSAKAN LITAR ELEKTRIK DI RUMAH

db
Elektrik merupakan bekalan asas untuk melengkapkan hidup. Memang orang di zaman dahulu tidak kenal akan kipas, tv mahupun rice cooker kerana tiada kemudahan ini. Berbeza dengan hari ini, lahir sahaja telah celik melihat lampu yang terang benderang. Senang betul kita sekarang. Yang susahnya sistem elektrik di rumah kita gagal berfungsi.


Ada beberapa peringkat pengetahuan mengenai sistem pendawaian elektrik domestik. Tidak kira samada single or three phase yang kita perolehi tetapi ianya tetap mempunyai masalah jika kita tidak tau basic nya. Jom kita cuba troubleshooting sendiri.


MT kali ini ingin berkongsi masalah yang senang tetapi rumit. Kes yang sering berlaku adalah ELCB( peranti arus bocor ke bumi) atau MS( suis utama) yang "trip". Kebiasaannya setiap kali kilat ianya trip tetapi dapat di selesaikan dengan mengubah kedudukan suis ke posisi ON kembali. Tapi bagaimana jika secara tiba-tiba proses tadi gagal di laksanakan? Okay, jangan bimbang, cuba perhatikan betul-betul peranti-peranti perlindungan yang terdapat dalam DB(kotak fius agihan) di pintu utama masuk rumah kita(lokasi biasa). Jom...


  1. Pastikan anda dalam keadaan selamat dari tangan yang basah dan sebagainya
  2. Perhatikan mana-mana peranti tadi yang trip(kaedaan dimana suis peranti terpelantik ke posisi OFF. Kebaisaanya kebawah). Cuba angkat ke atas. Jangan takut tau !
  3. Jika yang trip tadi melibat ELCB mahupun MS, cuba OFF kan peranti yang kecil MCB ( peranti litar kenit ). Turun kan suis ke posisi OFF kesemuanya dan cuba ON kan MS. Jika boleh dan tiada sebarang trip MS yang berlaku, anda telah berjaya sebahagiannya dan ikut langkah seterusnya.
  4. ON kan pula ELCB dan tunggu seketika untuk memastikan tiada tripping berlaku. Jika trip, ini menandakan ada litar yang telah tersentuh dengan body ( earth ) . 
  • Caranya begini, cari terminal Neutral pada DB. Terminal ini biasanya di tamatkan padanya kabel berwarna Hitam. OFF kan MS dan buka kesemua kabel yang terdapat padanya dan asingkan di antara satu sama lain.
  • ON kan MS dan ELCB. Pada ketika ini ELCB pasti akan dapat di ON kan. Jika tidak boleh, ini bermakna ELCB tadi telah rosak dan gantikan yang baru mengikut kadar AMPERE yang sama.
  • Kita anggap tiada kerosakan pada ELCB dimana ianya dapat di ON kan. Sekarang, cuba sentuhkan satu per satu kabel Neutral yang di asingkan tadi pada terminal Neutral sehingga berlaku tripping.
mcb
P/S : Pastikan suis lampu dan peralatan pada soket(plug) berada dalam keadaan ON
  • Sekarang, pasangkan semula mana-mana kabel yang tidak melibat tripping yaitu hanya yang tidak bermasalah sahaja di tamatkan kabel pada terminal Neutral. 
  • Kabel yang bermasalah tadi diasingkan dan sebaiknya di balut kuprum nya dengan pelekat PVC untuk mengelakkan touching 
  • ON kan semua MCB dan sekarang sistem elektrik telah pulih. Perhatikan lampu atau mana2 alat elektrik anda berfungsi atau tidak. Jika tidak berfungsi, litar ini lah yang rosak(boleh jadi juga peralatan elektrik yang rosak) Cuba cabutkan peralatan tadi dari sistem pendawaian dan pergi ke DB dan sentuhkan kabel Neutral yang di asingkan tadi(yang bermasalah mula2 tadi) ke terminal neutral. Jika tiada tripping berlaku. Ini tandanya peralatan tadi yang rosak. Jika masih tripping juga, memang confirm litar yang rosak dan memerlukan pendawaian semula litar ini sahaja.
Ini sambungan, JIKA ELCB dan MS dapat di ON kan tetapi MCB masih dalam keadaan OFF

elcb
P/S : Pada ketika ini tiada sebarang kabel Neutral yang terlibat. Jangan keliru kerana ini sambungan dengan cara di mana ELCB gagal di ON kan.
  • Cuba naikkan( ON kan ) MCB satu persatu sehingga tripping berlaku. Jika kesemuanya MCB berjaya di ON kan tanpa masalah. Selesailah tugas hehe...Bukan main susah payah tetiba terus berjaya. Ingat, kekadang sistem elektrik tidak sama dengan teori. So jangan salahkan elektrik tau. Banyakkan baca Basmallah
  • Jika salah satu atau lebih MCB yang gagal di ON kan, Biarkan dan ON kan sahaja mana yang boleh
  • Perhatikan lampu atau mana2 peralatan elektrik berfungsi dan jika terdapat ada yang degil tidak berfungsi, ini lah punca kerosakan litar yang mana MCB tadi tidak dapat di ON kan.
  • Alihkan peralatan/cabut soket/mana2 alat yang terlibat dengan litar yang rosak ini dari sisteme eletrik dan ON kan semula MCB. Sudah tentu boleh kan? Ops... tidak berjaya juga walaupun peralatan elektrik telah diasingkan, ini tandanya litar yang rosak dan memerlukan pendawaian semula hanya untuk litar ini sahaja
Selamat mencuba dan jadilah pengguna yang bijak dizaman yang segalanya memerlukan duit.





34 comments:

One Bizz collections said...

info yg sangat berguna pasal tripping.

saya ada satu masalah..ELCB tripping berulangkali - lebih kurang 3 jam selepas ELCB di ON semula...minta nasihat saudara macamana nak buat.TQVM

imaeazma said...

semoga bermanfaat perkongsian ilmu disini..

masalah elcb tripping dlm jangkamasa yg lama biasanya berpunca dari kebocoran kabel neutral dengan kabel bumi. utk mengesannya, paling efectif guna insulation tester. cara tradisional tetapi lambat pula begini. off kan setiap mcb di DB anda, then buka hanya 1 mcb utk setiap 3 jam. jika tidak trip. anda buka lagi satu dan tunggu selama 3 jam lagi ... ulangi sehingga berlaku trip. so litar ini lah yg membawa masalah, jadi boleh la di periksa setiap peralatan yg terlibat dengan litar ini. selama memcuba.

Anonymous said...

Saya ada masalah trip yang berlaku berulang kali Tetapi bila sampai seketika, ia tidak trip lagi untuk beberapa minggu. Trip berlaku lagi selepas itu.
Saya ada water heater yang rosak tetapi ia tidak diguna. Bolehkah punca trip itu berasal dari kerosakan water heater walaupun ia tidak diguna??

imaeazma said...

trip pd elcb atau mcb.. ?

Anonymous said...

Trip kat ELCB.
Saya juga ada beberapa mentol bakar kat plaster ceiling, tetapi tidak bermasalah untuk buka lampu yang tidak bakar di plaster ceiling itu. Apa punca trip itu?!:-(

imaeazma said...

penyelesaian yg efektif adalah dengan menguji penebatan kabel pakai insulation tester. Ni kontraktor yg ada alat.

Meh kita cuba cara tradisional, mula2 saya suspek punca trip berlaku antara kabel neutral dengan kabel hijau. Tapi tak tau kat mana la, maybe area yg terdedah kepada air. Ok letak tepi kerana itu cuma teori.

aw cuba off kan mcb kesemuanya dan On kan hanya 1. Monitor dulu sehingga boring dan menunggu tapi tak trip2 jugak. On kan lagi mcb menjadikan 2 yg ON. tunggu .... sehingga boring dan ulangi langkah tersebut sehingga dapat kesan. dan itu lah circuit yg rosak. perlu dingat. Triping antara neutral dan bumi agak lambat untuk trip. so kena bersabar untuk memcari puncanya. Ok aw try dulu dan sentiasa update pada saya, insyaallah saya akan membantu

Unknown said...

Salam tuan empunya, masalah nya live ada current pada kipas atau lampu tetapi kenapa kipas n lampu. Tak bergungsi sedangkan pada mula nya kipas n lampu berfungsi tetapi selepas sy off kn switch lampu n kipas kedua beban tersebut tak berfungsi, sedangkan mcb n elcb x trip boleh tuan bg cadangan apa yg perlu sy buat,,

bedak said...

rumah saya plak baru2 ni tetiba lampu berkelip~kelip bila di onkan microwave atau water heater.kdg2 bilik tidur,kdg ruang tamu n kdg2 dapur.skang tiga kawasan ni trmasuk bilik x boleh bukak lampu,tp bhgian plug boleh plak.adakah sama mcm masalah diatas atau masalah overload atau masalah lain?tq

imaeazma said...

hi bedak, mula2 aw buka kotak DB dan off kan semua. pastu aw ketatkan semua kebel yg ada termasuk neutral n kabel hijau...selesai.

jika berlaku lagi aw komen lg dan sy akan bantu.

TQ

Anonymous said...

Suis utama saya trip walaupun semus suis di suis papam dipadamkan. Mungkinkah kerosakannya di suis utama?

imaeazma said...

x mungkin berlaku kerana mcb yg kecil telah tiada bekalan kecuali elcb boleh trip jika bekalan telah diputuskan.. kerosakan berlaku pada DB dan tidak melibatkan litar akhir.

zunnur said...

salam, sy nak loop dr suis lampu utk extraction fan kecil, tp suis ni dah ada looping utk lampu lain, masih boleh looping lg ke? terima kasih

ismail ali said...

wire nuetral bocor tu.ini mesti ada lampu kalimantang dah rosak dan starter dia lekat kat situ lagi...cabut starter tu atau tukar lampu baru...

imaeazma said...

boleh tapi berkongsi suis lah

Mohamad Shaari said...

Asslkm..sy ada satu masalah...3-4 hari ni saya perasan lampu meter Tnb digital belah kanan x berkelip...nombor tertera pun x bergerak..dan lampu belah kiri bernyala terus..letrik ada..adakah meter ni rosak? tksh

irwan said...

Bagaimana jika masalahnya wayar hidup "contact" dgn body/ ground? Boleh dikesan dengan cabut wayar neutral juga?

imaeazma said...

Shaari, bia je meter tu. nnt TNB akan repair sendiri based kepada report pembaca meter..


Irwan,
wayar hidup tersentuh dengan body akan trip elcb secepat yg mampu. paling senang nak check dengan on kesemua beban dan on/off je mcb. mana yg trip tu la yg bermasalah.

Naz said...

Askum..umah sy ade mslah.. plug point dekat bilik dan 2nd living hall tingkat atas xde power.sy dh check main suis sume dlm keadaan on menandakan xde trip.yg peliknya suis lampu ade power.plug point aje xde power.harap dpt bantu

imaeazma said...

mula2 ketatkan semua terminal kabel dlm db. check dengan testpen setiap keluaran pada mcb kot la mcb rosak. buka plug yg xde api td dan check terus pada kabel ada supply ke x.

Anonymous said...

Salam, sya nak tanya. Sya bru pasang 2 songket.. Masalah sya, elbc trip selang beberapa lama.. Tapi, masa elbc trip, letrik masih ada, cuma elbc yg off.. Apa masalah ya, adakah elbc rosak?

imaeazma said...

letrik dkt mana yg ader tu? dekat main switch ke?

Anonymous said...

semua letrik masih berfungsi, termasuk lampu rumah dah 2 songket yang saya pasang tu..tetapi elbc mengalami trip dan berada pada kedudukan off.. setahu saya,apabila elbc trip, semua letrik akan off.. adakah elbc saya bermasalah?

Mohamad Shaari said...

asslkm..sy ada satu masalah,mggu lps sy tukar semua MCB, RCB, ELCB kerana umur dia dah cecah 15 tahun..bila siap semuanya ok je..tapi yg menghairankan bila saya test guna multimeter L(api) dan E(bumi) meter naik..dan L dan N pun meter naik..patutnya hanya L dan N saja yang boleh naikkan meter...apa masalahnya ya..

saya cuba ambik lampu kecil test L dan E..lampu hidup! tapi bila test dngn lampu besar terus trip.....apa puncanya ya....skrg ni sy biar je mcm tu..tapi x ada apa2..ok je...tksh....mohon bantuan pada otai

dimie said...

salam?sy nak tanye..saya nak tambah lampu,persolanannya boleh tak sy ambik dari point plug?loop dari situ?boleh ke?

imaeazma said...

wslm..boleh

imaeazma said...

Wslm shaari, ini menunjukkan ada kebocoran pada kabel L. sekiranya rintangan pada rod jisim bumi anda rendah, test lampu lampu kecil juga akan menyebabkan trip. langkah terbaik adalah dengan re-wiring keseluruhan system jika berkemampuan. untuk bajet rendah, panggil kontraktor untuk buat insulation test(megger) dan bolehlah re-wiring hanya circuit yg bacaan paling teruk sahaja. Untuk keselamatan, cuba elakkan dari bersentuhan dengan peralatan yg mempunyai body besi.

imaeazma said...

cuba awak ketuk sket elcb tu... aw try disconnet kabel outgoing pada elcb dan test setiap terminal dengan testpen, lakukan ujian semasa ada bekalan dan juga semasa button pada kedudukan off. sekiranya masih ada api dlm kedudukan off, tukar elcb baru

Anonymous said...

Salam tuan, mcm mana nk on kan MS tu? Kalau elcb & mcb just tolak ke atas je..

imaeazma said...

cuba saudara buka dia punya tempat fius tu then masukkan balik.itu la caranya utk single phase. ada fius tu

Anonymous said...

Salam..brapa bacaan megger kalau ada kbocoran pda kabel

imaeazma said...

wslm..bacaan bawah 0.5 megaohm di kira tidak lulus. tetapi standard adalah berbeza2 di antara tnb,jkr mahupun consultan.

Anonymous said...

Brape baccan pde megger jika blku kbocoran kabel..

z said...

salam tuan sy repair wire neutral yg berada di db single phase rumah sy ..boleh sy tahu masalah wire neutral masih ada arus electric..ada kah elcb rumah sy rosak...sbb nye dah mcm cara sy buat tapi masih neutral ada arus letrik lagi...api x boleh keluar..

imaeazma said...

jika alatan dlm keadaan on dan terdapat arus pd neutral, ini bermakna kabel tersebut telah putus dari terminal neutral. buat sambungan semula agar neutral tersebut bersambungan kepada terminalnya. soalan sy, adakah elcb anda terpelantik?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...