Sunday, July 14, 2013

Cara menjimatkan aircond

Betul ke tak tajuk diatas ? Sori kalau salah ye. Yg penting tujuannya. Banyak juga rakan-rakan kenalan yang minta pandangan macamana nak jimatkan bil dari aircond.

Tidak dinafikan, bukan aircond sahaja penyumbang terbesar unit tenaga dalam sesebuah rumah kediaman. pemanas air, seterika, pengering pakaian, mesin cuci pingan dan lain2 alat yang tak cekap tenaga.

 Cuma bab aircond nie orang kebanyakan suka. Selain dari kenyamanan yang dirasai, faktor gaya juga menjadi sebab kenapa aircond digunakan walaupun kos elektrik agak mahal. Heran, orang kaya tak bising plak nak jimat hehe.. MT cuba setakat termampu untuk huraikan kaedahnya.

Terdapat 3 jenis cara :-
  • Pakai aircond jenis inverter 
Pakar cakap istilah inverter nie salah, yang tepat katanya VSD ( variable speed device )  kerana aircond jenis ini akan sentiasa running outdoornya walaupun suhu yang kita kehendaki sudah dicapai tetapi pada kelajuan yang rendah. Sebab itu jimat letrik. Dah running sokmo kenapa jimat plak ? Untuk pengetahuan am, current banyak pakai time aircond nak start.

Cegini gambarannya, kita set aircond kita ( bukan jenis inverter ) kepada suhu 16 darjah celcius. Aircond pun run lah sampai dapat 16 tadi. Then compressor kat luar tu pun berhenti. Angin sejuk pun memenuhi ruang sehinggalah suhu yg detect dan naik, compressor run lagi untuk dapat 16. on-off-on-off nie la makan letrik banyak. Berbeda dengan unit inverter, dia running sentiasa tetapi speed compressor td di minimakan. Harap korang paham la ye.

Perlu dingat, penjimatan ini ada harga yg perlu dilaburkan. Seunit aircond inverter agak mahal berbanding aircond konvensional, saiz piping juga lebih besar dan tebal so mahal la kos pemasangannya. Spare part juga bikin panas jika nak replace. Pikir dulu sebelum pasang ye. Study dulu ROI nya.
  • Aircond biasa tetapi tukar gas
Bagi pengguna yang telah memiliki aircond jenis convensional tak perlulah bertekak dengan bini untuk replace dengan inverter. Ada jalan nak selamatkannya asalkan pulus nya banyak. Tak perlu tukar unit, tak perlu tukar piping. Yang kena tukar adalah gas sahaja. Zaman sekarang udah jarang terdengar kesan penipisan ozon. yang banyak kita dengan lening adalah kesan pemanasan global je. Padahal gas aircond nie antara penyumbang terbesar kerosakkan alam kita sekarang ( penyumbangan negatif kot ).

 Bertepatan dengan itu, apek jual gas jenis jimat nie pun gunalah asalan menjaga alam sekitar selain menjimatkan penggunaan tenaga pada aircond kita. Apakah gas itu.. sebenarnya tiada.......... hehe. Gurau je, gas tersebut adalah R290 jenis hidrokarbon propane. Gas jenis ini rendah ozone depleted potential (ODP) dan sangat kurang global warming potential (GWP) dan semestinya menepati protokol montreal and kyoto but highly in costing hehe. Bayangkan, sekali topup gas ini hampir RM 600 ( first time ). Bagaimana ianya menjimatkan, gas jenis ni ringan dan mempunyai heat transfer rate yang tinggi. Dengan kata lain isipadu dlm outdoor kita akan jadi separuh dari gas biasa so ringan kan? selain kebolehupayaan kimianya yang memencerkan suhu panas ke suhu sejuk lebih cepat. Untuk pengetahuan korang, ada pengeluar jamin penjimat sekitar 36 %. Woo banyak tu.. nie yang MT test sendiri pada aircond rumah, penjimatan sebanyak 2 kw setiap jam dapat dicapai. kalau lapan jam guna dah 16 kwh dapat dijimatkan. 16 kwh x 0.218 = RM 3.488 ( 8 jam ) . kalau setahun ? 100 tahun plak ? huh jimat kan...
  • Keadah bijak
Semua diatas mempunyai kelebihan dan kekurangannya masing2. Kepada pengguna inverter, sila bijak dengan pilih kadaran kuasakuda ( hp ) yang sesuai dengan ruang kita. Jangan guna untuk tempoh yg singkat, dah la inverter nie jimat tapi nak jimat lagi dengan tutup-bukak aircond yg kerap akan mengurangkan bijak kita sebelum ini.

 Tinted lah cermin yang ada dan kurangkan kebocoran angin sejuk ke tempat lain especially pintu utama dan ruangan tangga bagi yang rumah dua tingkat. Sukati lah nak pasang air curtain ke, langsir mak limah ke. itu terpulang.

Dalam pengiraan kadaran aircond. suhu diambikkira. Jadi pandai2 la membijakkan diri dengan mengurangkan pemanasan ruang di rumah kita. Nak suruh laki tak yah balik rumah p tido umah hok muda pun ok gk. Nak tukar mentol kepada lampu LED ke, nak spray hitam cermin nako ke. semua itu tetap menjimatkan.Paling penting, kena servis selalu unit kita agar prestasinya dalam keadaan optimum. Tetapi yang paling bijak dikalangan yg bijak adalah, tidak memasang aircond dirumah. Full stop 

Bercuti Di Tok Bali


Tok Aman Beach Resort

signage ke laluan masuk pantai
Kedudukan mengadap Pantai Bisikan Bayu, Semerak Pasir Puteh Kelantan. Lokasi dalam bandar perikanan Tok Bali dan berjiran dengan Kuala Besut(Pintu masuk utama ke Pulau Perhentian)

Dibina di tepi lagun yang cantik. Terdapat aktiviti menangkap cengkerang laut di sini seperti Lala, tijah dan lokan( anak beranak siput yg boleh dimakan)

Berkonsepkan resort tetapi dibina seperti apartment, memiliki swimming pool yg luas dan ruangan banquet yg agak terhad. Terdapat aktiviti luar yg menarik sepeti berbasikal, kayak dan buggy tetapi ada bayaran dikenakan.

mai la cuba makan etak



Spa untuk massage pun ada. Terdapat 2 outlet F & B yaitu sebuah restoren dan sebuah dewan banquet. Sebuah resort yg mendokong teknolgi hidup. Lampu taman di jana guna solar panel. Aspek keselamatan mematuhi kriteria bomba tetapi boleh diberi perhatian dengan binaan coridor sekitar staircase menuju ke pool agak tinggi dan merbahaya kepada guest.

Layanan staff agak kurang mesra, agak menghairankan tetapi begini lah persepsi staff hotel di kebanyakan hotel yg MT menginap agak kurang cakna kepada orang melayu ?? Hal ini turut berlaku disini. Harap improved jika ingin jadi penyedia pelancongan bertaraf dunia.

Makanan breakfast adalah biasa2 aje. Sebagai resort , ia sepatutnya cuba mempromosikan makanan tempatan. Pasti kenangan makan akan jadi marvelous !! Lagi satu, gardener takde ke samapai kemucup dan sekaki naiknya ??

technician datang repair telefon
Makan tengahari dan dinner boleh la cari kat luar, Elok kiranya kita menjamu selera di sekitar tok bali mahupun kuala besut menyajikan ikan bakar dan pulut ikan panggang yg menyelerakan. Harga juga berpatutan. Sebagai panduan, solat jumaat boleh didirikan di masjid sekitar 1km dari jalan masuk utama. terdapat 2 buah masjid dan rajin2 lah menunaikan rukun yang wajib secara berjemaah ye.

garden light dengan kuasa suria
Alami sendiri pengalaman di resort ini. KLIK untuk maklumat lanjut.

MT rating : 4 star



Monday, March 25, 2013

Asas Pemasangan Tenaga Solar

Malaysia merupakan negara yang mengalami panas pada hampir sepanjang tahun. Manafaat yang boleh di teroka ini telah manjadi kajian beberapa agensi seperti TNRD, SEDA dan universiti2 tempatan untuk melestarikan teknologi tenaga hijau. MT juga baru berjinak2 untuk mendalami bidang ini ( blum kompetan ) dan serba sedikit pengetahuan yang ada ingin di kongsi kerana ianya besar faedahnya. Target nak pasang kat umah.
Apa itu tenaga solar
tenaga yang dijana hasil dari pancaran cahaya. Paling baik sumber cahaya adalah matahari.
Terdapat 2 jenis sistem solar :
  • On grid – syncronising dengan TNB
  • Off grid- Tanpa TNB . Dengan maksud rumah kita guna solar sepenuhnya.

Asas pemasangan sistem solar :
  • Solar panel ( PV )
A)   Monocrystalline
B)   Polycrystalline
C)   Amorphous

Binaan PV nie adalah sel2 untuk menangkap proton cahaya dan pantulan pada panel PV terdiri dari Kristal yang berfungsi untuk mendapatkan pantulan cahaya yang sekata.
Voltan keluaran PV ini adalah 12VDC ( yang lain xtau ada ke tak, kalo nak 24V tu kena beli dua la )
  • Inverter
Terdapat 2 jenis inverter

  1. Modified Sine Wave
  2. Pure Sine Wave
Terdapat banyak jenis dan ianya di ukur kiraan watt sehingga 3 kw . Ianya menukarkan arus DC kepada AC
  • Bateri bank
Berfungsi sebagai backup power. Setiap unit mewakili 12v .
Inilah asas pemasangan solar. Cuma ada tambahan alat seperti charger controller, breaker device dll.
  • Solar Charger
Terdapat 2 jenis charger controller.
  1. MPPT - max power point tracking
  2. PWM - pulse width modulated

Thursday, March 21, 2013

baiki lampu LED

Lampu dibangunkan Thomas Edison terus mengalami evolusi. Dari penciptaan lampu berfilamen kepada lampu pendaflour. Teruja pula dengan lampu energy saving dan sekarang era teknologi L.E.D pula. Semua dicipta untuk meningkatkan kecekapan guna tenaga. Lampu led pada awalnya hanya untuk lampu indicator bg alatan elektronik sahaja. Sekarang dikembangkan kepada lampu pengcahayaan. Tahu kawan2 sekalian. Lampu Led ini dijana oleh kuasa arus terus sahaja (DC) . Ia di pasang bersama driver untuk menukarkan arus ulang alik (AC) kepada DC serta menurunkan voltage .

Jika lampu anda mengalami masalah. Biasanya driver je yg rosak. Gantikan yang baru mengikut range spec asal. Pasti berjaya. Bagi lampu kecil, driver dia juga kecil baik ganti seketul lampu baru.
Sedikit perkongsian, Saya sendiri masih menguji keberkesanan lampu jenis ini di tempat kerja. Mengikut kata pengeluar Hyongsung ( korea mai ) , bil elektrik premis kami boleh di jimatkan kepada 70 % . Malah di beri jaminan pengilang selama 3 tahun. Menarik bukan ?
Tetapi, harus diingat, hanya Philips sahaja yg melepasi saringan SIRIM. Lampu china, korea ke masih tidak selamat. Bayangkan, lampu ini tiada earth cable. Kena bikin earhing sendiri ... Jimat letrik ? bil kami macam tiada perubahan juga. Jimat untuk lighting ada kemungkinan tetapi power consumption keseluruhan mustahil dpt di turunkan. Kena pakai central chiller jenis LED jugak kot heheh..

3watt led


5 watt E27 led

Sunday, December 9, 2012

Manager Mode Basikal Gym

Bergantung kepada brand tetapi boleh dicuba mana tahu menjadi. Kayuh dulu pedal sampai ada signal dekat panel. Press button up dan down serentak dalam 5 saat sehingga keluar mode manager. Then settimg la pe yang patut. Nak tengok rekod mesin pun boleh kat mode nie. Untuk exit just press clear.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...