Thursday, March 21, 2013

baiki lampu LED

Lampu dibangunkan Thomas Edison terus mengalami evolusi. Dari penciptaan lampu berfilamen kepada lampu pendaflour. Teruja pula dengan lampu energy saving dan sekarang era teknologi L.E.D pula. Semua dicipta untuk meningkatkan kecekapan guna tenaga. Lampu led pada awalnya hanya untuk lampu indicator bg alatan elektronik sahaja. Sekarang dikembangkan kepada lampu pengcahayaan. Tahu kawan2 sekalian. Lampu Led ini dijana oleh kuasa arus terus sahaja (DC) . Ia di pasang bersama driver untuk menukarkan arus ulang alik (AC) kepada DC serta menurunkan voltage .

Jika lampu anda mengalami masalah. Biasanya driver je yg rosak. Gantikan yang baru mengikut range spec asal. Pasti berjaya. Bagi lampu kecil, driver dia juga kecil baik ganti seketul lampu baru.
Sedikit perkongsian, Saya sendiri masih menguji keberkesanan lampu jenis ini di tempat kerja. Mengikut kata pengeluar Hyongsung ( korea mai ) , bil elektrik premis kami boleh di jimatkan kepada 70 % . Malah di beri jaminan pengilang selama 3 tahun. Menarik bukan ?
Tetapi, harus diingat, hanya Philips sahaja yg melepasi saringan SIRIM. Lampu china, korea ke masih tidak selamat. Bayangkan, lampu ini tiada earth cable. Kena bikin earhing sendiri ... Jimat letrik ? bil kami macam tiada perubahan juga. Jimat untuk lighting ada kemungkinan tetapi power consumption keseluruhan mustahil dpt di turunkan. Kena pakai central chiller jenis LED jugak kot heheh..

3watt led


5 watt E27 led

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...