Wednesday, October 24, 2012

Cara Urus Jenazah

MT baru selesai mengikuti kursus pengurusan jenazah yg dianjurkan majikan. Post kali ini sebagai nota kaki sendiri dan kalau boleh nak juga di share dengan pembaca sekalian. Sedikit saranan dari tutor yg berguna sekali, beliau Ust. Hj. Muhammad dari Pejabat Agama Terengganu menasihati kami peserta kursus agar menguruskan sendiri jenazah ahli keluarga kita. Suami menguruskan isteri dan anak2 mengurusan arwah ibubapanya. Jika tidak tahu, belajar !! Malah, tidak ada Tukang mandi mayat yg menolak untuk menjadi juruajar masa proses memandikan mayat ahli keluarga kita jika diminta. Bayangkan kita uruskan sendiri mayat arwah ibubapa kita, sudah pasti dengan penuh kasih sayangkan? Jangan tahu nak upah je..

Istilah
  • Mayat - orang yg dah meninggal dunia.
  • Jenazah - mayat yg telah siap di mandikan dan dikafankan.
Hukum
  • Fardu kifayah - Ada seorang je yg buat, sudah terlepas tanggungan dosa semukim.
Prinsip
  • mandi
  • kafan
  • sembahyang/solat
  • usung
  • kebumi
Syarat
  • mayat islam atau kafir zimmi
  • Yakin telah mati
Sebelum itu, di uruskan jenazah, lakukan setakat yg mampu perkara berikut:-
  • Selesaikan hutang arwah dengan Allah swt seperti haji, puasa dll
  • Hutang dengan manusia - umumkan tuntutan jika ada dan selesaikan atau mohon halalkan.
  • Selesaikan nazar jika ada
  • Selesai wasiat
  • Bahagikan pusaka
Tanda-tanda orang nazak nak meninggal dunia.
  • layu telinga dan hidung
  • keluar peluh kuning yg agak besar molekulnya - ketika ini bacakan surah Yaa sinn dan ajarkan mengucap yg tidak membebankan.
  • Mengalami kekejangan otot
  • Berkeadaan bengkok badannya
  • Tulang belakang menjadi rapat dengan permukaan baringannya.
Bila dah yakin MATI
  • Pejam mata yg tidak rapat dengan melurut dari atas kebawah. sunat baca doa
  • Urut sendi-sendi dengan minyak kelapa/air beras 
  • Tanggalkan pakaian dan bersihkan dari najis
  • Tanggalkan komponen palsu dibadan termasuk pewarna(kecuali inai) jika tidak boleh, biarkan
  • Tampal dengan kapas jika ada darah mengalir atau najis yg masih keluar.
  • Ikat dagu
  • Ikat tangan
  • Letakkan benda berat ( cthnya. piring kaca ) di atas perut
  • Ukur ketinggian mayat. Buat dua, satu utk penggali kubur dan satu untuk kain kafan(yg nie kena lebihkan dalam sehasta)
  • Tudung mayat dengan 2 lapisan. Lapisan kain nipis dari dada ke kepala dan kain sederhana tebal dari dada ke hujung kaki.
  • Taburkan kapur barus di sekeliling mayat untuk elak serangga.
Memandikan mayat
Gunakan kain yg sudah digunakan tetapi bersih. Kain yg baru kebiasaan mengandungi lilin yg menghalang dari di resapi air.
Dengan menggunakan sarung kain, bersihkan dulu di sekitar alat sulit dan dubur dari najis. Bersihkan sebersih-bersihnya.
terdapat beberapa komposisi air mandi. paling sedikit air tiga yaitu
  • air kisaran daun bidara
  • air mutlak
  • air kapur barus
Selain air tiga, terdapat juga air 5,7 dan sembilan. Janji bilangannya ganjil.
Mulakan siraman air dari atas kepala ke bawah(kaki) di sebelah kanan dahulu kemudian kiri.
Cuci bibir, hidung dan telinga dengan putik kain.
Paling penting, air mesti RATA.

Petua menghadapi bau mayat - sedut bau yg kurang menyenangkan kemudian telan nafas tersebut. Insya Allah akan kebal baunya.

Angkat mayat yg telah dimandikan. Paling minima 4 orang yaitu di
  • org pertama - tangan di kepala dan di belakang dada
  • org kedua - tangan di belakang dada dan pinggang
  • org ketiga - di pinggang dan di peha
  • org keempat - di peha dan betis.
Tambahan org diperlukan jika badan mayat lebih besar dan berat.

Semasa proses angkat mayat, tetamu yg hadir di nasihatkan menunduk kan pandangan kerana mayat hanya di tutup di bahagian atas sahaja. Bimbang berlaku fitnah sekiranya terlihat aurat mayat.

Kafan - sila rujuk panduan berilustrasi untuk lebih pemahaman.

Sembahyang jenazah
- Sebaiknya kita lah sendiri mengimamkan jenazah kedua ibubapa kita. Lebih Afdal jika meminta bantuan imam kampung. Jom kita pelajari yg paling ekspress.
 Kedudukan imam - minta lah nasihat org yg tahu. sekadar ringkasan, jika jenazah lelaki, posisi mengadap kepala. Manakala perempuan pula di posisi pinggangnya.
  • Berdiri jika mampu
  • Niat solat jenazah - perlu tahu jantina jenazah.
  • Terdapat empat takbir tanpa sujud.
  • takbir pertama - takbiratul ihram
  • takbir kedua - baca al - fatihah
  • takbir ketiga - selawat ke atas Nabi Muhammad saw
  • takbir keempat - doa - allahumarfilahu warhamhu wa aafihi waq fuanhuu.
  • takbir akhir -  takbir, diam dan salam
Usung dan kebumikan

Wallahuallam.

Saturday, October 20, 2012

Baiki treadmill


Alat senaman yang direka bagi mereka yang malas. Merupakan sebuah platform yang di jan dengan tenaga elektrik. Mempunyai dua mode operasi yaitu mode tanah rata dan juga mendaki bukit. Lengguh jugalah nak layan benda ni. MT bukan nak promote mesin ini, nak guna pun saya bukannya ahli tegar gimnasium. Sekadar perkongsian ringkas tentang penjagaan dan juga menyelenggaranya.
Penjagaan Asas:-
  • Badan mesin - Lap saja dengan kain basah. Penggunaan chemical akan mengakis lapisan cat. Sebolehnya, nasihatkanlah para pengguna supaya mengelap peluh mereka sendiri yang menitik. Begitu juga dengan bahagian conveyor, cuma kalau mahukan shiny boleh di gunakan sedikit wax. Spaykan mana-mana bahagian yang sudah lusuh.
Screw - Selalulah memeriksa bolt and nut dari karat. Semburkan multipurpose lubricant untuk prevention. Dan ketatkan mana-mana yang longgar.
Menyelenggara mesin treadmill:-
  • Soft button - Berfungsi mengawal dan melaraskan aktiviti senaman. Disebalik button ini mengandungi empat bahagian berasingan membran key. On kan power dan tekan satu persatu button. jika ada yang rosak, button tadi tidak mengeluarkan beep. Bukan dengan hujung pisau dan tukar membran yang rosak.
  • Lcd monitor - tidak ada kesan paparan yang tidak normal. Tukar yang baru. Setakat nak check connection tidak banyak membantu tapi boleh di cuba.
  • Emergency button - Dalam keadaan running, cuba tekan dan mesin akan berhenti dengan serta merta. Juga terdapat kunci untuk tujuan keselamatan. Buka button dan periksa spring. Ganti part yang rosak.
  • conveyor jamed - terdapat beberapa belting. buka dan gantikan yang haus atau putus. Boleh dititik minyak pelincir untuk mengurangkan gesaran jika berbunyi bising. Perlu di ingat, terdapat 2 jenis motor. Kedua-duanya motor DC. Satu untuk mengerakkan conveyor speed. Buka dan periksa carbon brush yang haus. Begitu juga motor incline yang berfungsi untuk mode daki bukit. Troubleshoot seperti motor lain dan jangan panik, jika motor rosak, bawalah ke kedai rewinding. Periksa juga outgoing supply DC kot-kot la ada device yang rosak.
  • Alignment - conveyor yang tidak center boleh menyebabkan geseran dan kesannya boleh merosakkan komponen yang lain. Hidupkan mode quick start dan perhatikan di hujung conveyor terdapat lubang yang mengandungi allenkey, jika conveyor banyak bergerak ke arah kanan. Adjust allenkey di sebelah kanan sahaja. Putarkan setengah putaran dan biarkan conveyor bergerak dalam 5 minit dan lakukan adjustment sehingga center. Begitu juga jika belah kiri yang rosak. prosesnya tetap sama dan adjustment hanya pada belah kiri sahaja. Petua nie...


  • Lampu penunjuk - kebiasaanya berwarna biru. Jika ianya bernyala, ini menunjukkan ada masalah pada treamill anda. Lakukan servicing..Tak tahu ?? Aiya tadi kan da baca.. Camana nak reset lampu nie? Mudah je, tekan serentak incline - dan speed - selama 5 saat.
Engineer Mode - sebagai setting pada mesin dan juga master untuk monitor segala aktiviti yang telah dijalankan oleh mesin seperti jarak penggunaan, masa dan bermacam-macam lagi. Godek2 lah sendiri baru tau. Untuk masuk ke mode ini, tekan serentak incline + dan speed + selama 5 saat atau sehingga keluar engineer mode. Dapat tak? cuba sampai dapat k.
  • Untuk select tekan incline +
  • untuk confirm tekan "select"
  • mesin akan auto run sehingga keluarlah apa-apa komen yang dapat membantu kita mengenalpasti kerosakan yang wujud. Jika tiada kerosakan, mode ini akan cakap "auto check ok".
  • Tekan emergency button untuk exit.


Monday, October 8, 2012

Siap atau Sempurna?

Apakah perbezaan antara "sudah siap" dan "sudah sempurna"? Ada perbezaan besar antara kedua-duanya. Sudah siap tidak semestinya sempurna, tetapi jika sudah sempurna, itu tandanya sudah siap.

Pencapaian kerjaya seseorang diukur dengan KPI (Key Performance Index). Kualiti sesuatu produk pula boleh dipantau oleh SIRIM. Kemantapan pengurusan sesebuah institusi boleh disahkan oleh ISO. Namun, kualiti ibadah, mampukah kita nilai sebelum di mizan?

Apa kata kita laksanakan satu konsep yang mudah; sempurnakan ibadah, bukan sahaja melaksanakan sehingga selesai. Itulah yang akan menentukan kualiti ibadah kita sentiasa terjaga.

Apa salahnya cerewet sedikit dengan kualiti serat kuantiti ibadah kita. Untuk memasuki ke dalam syurga bukannya percuma bukan? Kita perlu "membayarnya" dengan "harga" tertentu terlebih dahulu di dunia fana ini. Lebih baik bersusah-susah dahulu di dunia, agar dapat bersenang-senang kemudian di akhirat. Jangan pula merana dek bersenang-senang dahulu di dunia, bersusah-susah kemudian di akhirat. Nahzubillahiminzaalik.

Mulai saat ini, pastikan ibadah kita sempurna; sebelum, semasa dan juga selepasnya. Sebelum dengan niat yang ikhlas dan ilmu yang mencukupi, semasa dengan penghayatan ibadah yang luar biasa dan seterusnya diakhiri dengan rasa takut dan berharap yang seimbang
~solusi~

Saturday, October 6, 2012

KEGUNAAN TEST PEN

Testpen merupalan alat penguji yang setia bagi juruteknik. Ia digunakan untuk menguji kewujudan voltan dalam sesuatu litar elektrik. Setakat yang MT tahu, terdapat Dua jenis  pen penguji yaitu :
  1. Direct electrod
  2. Wireless detecter
Fungsi masih sama cuma pada pendapat MT, jenis direct electrod ini mengesan magnitud arus litar manakala jenis wireless pula mengesan frekuansi. Namun kedua-duanya masih boleh membantu kita untuk menguji kewujudan elektrik.

test pen philips


Fokus entry pada kali ini untuk share pengetahuan MT yang tak seberapa ini dengan semua pembaca tentang test pen jenis direct electrod. Terdapat banyak jenama tetapi MT masih percaya pada Philips dan juga standley. Yang lain dah cuba tetapi tidak berminat. Test pen jenis ini binaannya dari plastic acrylic dan ianya mudah pecah jika jatuh ke lantai keras. Mungkin kriteria di pilih untuk memberikan rintangan dari terkena renjatan pengguna namun kesahihan dari segi safety masih boleh dipertikaikan. Harapnya jangan ada diantara kita yang menguji voltan yang lebih dari saranan pengeluar. wa tak jamin loo.

Bentuknya hampir menyerupai screw driver, tetapi di kira salah guna jika testpen digunakan untuk membuka dam mengetatkan screw yang agak ketat. That why lah daya tahan testpen jadi menurun, elakkan ye kenkawang !!
Binaan dalam terdiri dari perintang yang berfungsi untuk mengurangkan voltan dan arus agar selamat bila disentuh panelnya. Ia di reka bersama karbon elekrod untuk mengelakkan direct contact. Lampu neon pula sebagai indicator.

neon nyala, fius tidak putus !

 Cara pengunaannya amat mudah, sentuhkan hujung keluli yang terdedah dengan litar. Ingat, hanya terminal Live(hidup) sahaja mampu di kesan. Jika terdapat nyalaan neon. Maka litar itu mengandungi voltan.
Alternatif dari itu, test pen jenis ini boleh bertindak sebagai alat penguji keterusan. Paling mudah untuk check fius rewireble plug 3 pin. Malah jika kekawan sudah paham akan konsep keterusan, tidak mustahil kita akan dapat menguji mentol filamen mahupun alatan lain.selamat mencuba !!

volt alert

Sedikit kupasan bagi test pen jenis wireless. Ianya layak di panggil volt alert, binaannya dari plastik dan tidak memerlukan sentuhan, hanya sentuh di penebat sudah cukup. Jika ada nyalaan lampu penunjuk(setengan model didatangkan bersama siren) maka litar tersebut dalam keadaan hidup. Kelebihannya, jenis ini lebih cepat kerana kita tidak perlu membuka alatan semata2 untuk menyentuh litar, cukup pada kabel berpenebat sahaja. Malah di body peralatan pun boleh dicuba. Kelemahannya pula, ianya cukup sensitif. Hatta coverage pada handset pun dia boleh detect. Jika neutral kabel terputus pun boleh di kesan cuma boleh mengelirukan samada kita detect live or neural tidak di beritahu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...