Komponen terlibat dan cadangan penyelesaiannya :
- Tangki
- berkarat - gosok dengan kertas pasir halus dan autosol. Jika karat air di bahagian dalam, bolehlah direbus cuka ( juga sesuai untuk kettle )
- Bocor - boleh di tampal dengan aluminium tape buat sementara. Nak tahan lama bawa p welding di kedai welding stainless steel. Upahnya murah sahaja
- Tak panas - ada beberapa penyebab
- wiring problem - cuba check sambungan kabel manala tau da putus kerana kepanasan. Jika elok check voltan masuk sekitar 230v pada sambungan neutral dan live.
- heater element - komponen ini banyak menyumbang kepada alat ini tidak dapat berfungsi. Cuba test keterusan dengan ohmmeter. Jika meter naik maknanya ia masih boleh digunakan.
- Thermostat - alat ini berfungsi untuk mengawal suhu kepanasan yang kita ingini. Jika alat ini rosak, boiler tidak berfungsi. Ada juga keadaan bypass tetapi boiler akan sentiasa panas dan melampau panas. Bahaya nie
Sebagai panduan, alatan ini menggunakan kuasa 3000watt dan thermostat jangka 120 darjah celcius.
Selamat merepair....