Sunday, March 20, 2011

BILA DOA HENDAK DIKABULKAN?

Doa merupakan ibadah dan bukti pengakuan terhadap sifat lemah seorang hamba terhadap kekuatan dan kesempurnaan zat-Nya. Bahkan Allah mencintai hamba-hambaNya yg sentiasa berdoa dan merintih akan pemberian-Nya. Namun, usahlah kita meminta agar doa kita disegerakan.


Dalam satu kuliah agama, seorang daripada pendengar bertanya, "Ustaz, mengapakah doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah sedangkan Allah menjanjikan kepada hambaNya bahawa setiap doa yg dibisikkan pasti akan diperkenankan. Bukankah Allah menegaskan bahawa Dia tidak akan menyalahi janji-Nya?"


Tanya mereka lagi: "Saya dah kahwin hampir 15 tahun dan tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan zuriat. Sampai sekarang Allah belum kabulkan doa saya!"


Benar bukan? Barangkali inilah yg sering bermain dalam fikiran anda apabila berhadapan situasi sebegini. Syaitan pasti menambahkan kekeliruan agar ia berkesudahan dengan sikap berputus asa. Sedangkan putus asa itu dilarang oleh Allah s.w.t.


Nukilan kata-kata Syeikh Ibn Athaillah: "Jangan berputus asa jika Allah s.w.t melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yg Dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu dan (akan dikabulkan) pada waktu yg ditentukan-Nya bukan pada waktu yg ditentukan oleh kamu."


Inilah hakikat doa yg kita bisikkan. Semuanya adalah menurut kehendak-Nya semata kerana Dia-lah Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik di sisi-Nya buat makhluk yg tidak berdaya ini. Keyakinan dan kesabaran dalam menerima anugerah-Nya adalah sifat yg dituntut dalam membina keyakinan dan bersangka baik pada Allah s.w.t.

Bahkan doa Nabi Musa dan Nabi Harun seperti yg dirakamkan oleh Allah dalam surah Yunus ayat 88 & 89 yg menginginkan agar Firaun dan tenteranya dibinasakan Allah s.w.t dikabulkan setelah 40 tahun mereka berterusan dalam keingkaran. 


Begitu juga dengan doa Nabi Zakaria yg sentiasa merintih kepada Allah s.w.t agar dikurniakan zuriat. Al-Quran mengisahkan kepada kita sebagaimana firman-Nya dalam surah Maryam ayat 2-10 bahawa doa Zakaria itu dikabulkan ketika usianya telah lanjut serta uban memenuhi kepalanya. 


Subhanallah!! Maha Suci Allah yg Maha Mengetahui segala yg terbaik buat hamba-hambaNya yg berdoa. Sedangkan Dia pasti mengabulkan segala doa itu mengikut keinginan-Nya. Tunduk dan patuhlah kita dalam menerima kurniaan-Nya dan jangan sesekali kita berputus asa. Bukankah Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud :

amin..
matikan kami dalam keimanan
berkati hidup kami
ampuni dosa kami
Ya Allah..

Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama kamu tidak meminta disegerakan pengabulannya dengan mengatakan, aku sentiasa berdoa kepada Tuhan tetapi mengapa masih belum dikabulkan?


Oleh sebab itu, sentiasalah berdoa dan bersangka baiklah pada-Nya. Wallahutaala álam. 

1 comment:

Anonymous said...

Walaupun betul apa yang nabi katakan. Tapi aku berdoa waktu untuk dikabulkan sekali. Dan apabila waktu itu juga dilepasi, maka memang benar Dia tidak mengabulkan. Dan memnag betul bila aku berkata "Doaku tidak dikabulkan."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...