Sunday, February 6, 2011

RENAL STONE - BATU KARANG GINJAL

Selalu kan kita dengar tentang penyakit batu karang.. Bagaimanakah ia terjadi? Batu karang ini terhasil daripada mendapan bahan-bahan yg tidak larut dalam badan kita. Ia boleh berlaku pada ginjal atau di mana-mana bahagian dalam sistem perkumuhan urinari (kencing) hatta di dalam hempedu. Kali ini kita bincang pasal batu karang dalam sistem perkumuhan kita dulu.
MT mau tanya, pernah tak anda mengalami sakit senak dan memulas di bahagian pinggang dan bergerak ke bahagian depan? Loin to groin pain? Ada juga sesetengah daripada anda mengalami sakit di bahagian ari-ari. Sekiranya anda seorang lelaki, pasti sakitnya tidak terperi sekiranya sakit menjalar hingga bahagian zakar. Aduusss!!




Tahukah anda kenapa sakitnya boleh jadi di banyak tempat? Kadang-kadang akibat terlalu sakit mungkin kita akan muntah atau lebih teruk lagi, sampai pengsan! Ini kerana kita perlu sedikit sebanyak tahu tentang sistem perkumuhan kita. Bermula proses perkumuhan dari buah pinggang (ginjal), kemudian air kencing yg terhasil bergerak pula ke ureter sebelum memasuki pundi kencing (urinary bladder). Dari pundi kencing, air kencing bergerak keluar melalui urethra.


Apakah tanda-tandanya? Selain sakit  seseorang mungkin mengalami kencing berdarah (haematuria) atau kencing yg pekat menyerupai warna teh, sakit perit ketika kencing, kencing sedikit-sedikit dan tidak lawas. Paling betul ada kaitannya bila ada rasa seperti garam atau rasa berpasir ketika membuang air kecil, atau tatkala mencuci alat sulit kita selepas itu. Batu karang yg halus dan kecil memang boleh pecah dan keluar dengan sendirinya.




Tetapi sekiranya ada keluar batu-batu halus namun sakit masih berterusan, ini berkemungkinan masih ada lagi batu karang yg lebih besar dalam sistem perkumuhan anda. Ia boleh dilihat melalui x-ray atau ultrasound. Sekiranya batu karang yg besar tersumbat di bahagian pelvis ginjal atau ureter, masalah pembengkakan ginjal akan berlaku. Dalam jangka masa yg lama, ginjal yg bengkak akan gagal berfungsi!


Batu karang yg sangat besar terpaksa dikeluarkan melalui pembedahan. Sekiranya tidak terlalu besar, mugkin kaedah laser dapat membantu (ESWL) memecahkan batu karang tersebut yg kemudiannya akan keluar bersama urin. Dan jika batu karang sangat kecil, sudah pasti ia boleh diubati.
Batu karang terjadi akibat cara pemakanan kita. Kurangkan pengambilan minuman berkafein atau coklat, atau kek vanila! Gemar makanan laut? Pernahkah anda memeriksa paras asid uric dalam badan anda? Uric acid yg tinggi bukan hanya ada pada mereka yg menghidap gout. Malah mereka yg gemar makan makanan laut, kekacang, bayam, brokoli, dan mengguna bahan MSG dalam masakan.


Jadi, lebihkan meminum air kosong. Sekiranya anda bekerja di tengah terik mentari, pastikan sekurang-kurangnya sebotol besar air masak habis diminum sebelum pulang ke rumah. Perlu diingat air kosong banyak manfaatnya. Ia tiada kalori malah membantu membuang toksin dari dalam badan kita.

2 comments:

Anonymous said...

Brokersring.com - Learn how to turn $500 into $5,000 in a month!

[url=http://www.brokersring.com/]Make Money Online[/url] - The Secret Reveled with Binary Option

Binary Options is the way to [url=http://www.brokersring.com/]make money[/url] securely online

Anonymous said...

free-casino-bonus.com - Claim Your $100 free casino bonus!

[url=http://www.free-casino-bonus.com/]free casino[/url] - No risk casino games

Claim more than $100 in [url=http://www.free-casino-bonus.com/]free casino bonus[/url] and more than $20,000 in casino bonuses.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...