Sunday, July 14, 2013

Cara menjimatkan aircond

Betul ke tak tajuk diatas ? Sori kalau salah ye. Yg penting tujuannya. Banyak juga rakan-rakan kenalan yang minta pandangan macamana nak jimatkan bil dari aircond.

Tidak dinafikan, bukan aircond sahaja penyumbang terbesar unit tenaga dalam sesebuah rumah kediaman. pemanas air, seterika, pengering pakaian, mesin cuci pingan dan lain2 alat yang tak cekap tenaga.

 Cuma bab aircond nie orang kebanyakan suka. Selain dari kenyamanan yang dirasai, faktor gaya juga menjadi sebab kenapa aircond digunakan walaupun kos elektrik agak mahal. Heran, orang kaya tak bising plak nak jimat hehe.. MT cuba setakat termampu untuk huraikan kaedahnya.

Terdapat 3 jenis cara :-
  • Pakai aircond jenis inverter 
Pakar cakap istilah inverter nie salah, yang tepat katanya VSD ( variable speed device )  kerana aircond jenis ini akan sentiasa running outdoornya walaupun suhu yang kita kehendaki sudah dicapai tetapi pada kelajuan yang rendah. Sebab itu jimat letrik. Dah running sokmo kenapa jimat plak ? Untuk pengetahuan am, current banyak pakai time aircond nak start.

Cegini gambarannya, kita set aircond kita ( bukan jenis inverter ) kepada suhu 16 darjah celcius. Aircond pun run lah sampai dapat 16 tadi. Then compressor kat luar tu pun berhenti. Angin sejuk pun memenuhi ruang sehinggalah suhu yg detect dan naik, compressor run lagi untuk dapat 16. on-off-on-off nie la makan letrik banyak. Berbeda dengan unit inverter, dia running sentiasa tetapi speed compressor td di minimakan. Harap korang paham la ye.

Perlu dingat, penjimatan ini ada harga yg perlu dilaburkan. Seunit aircond inverter agak mahal berbanding aircond konvensional, saiz piping juga lebih besar dan tebal so mahal la kos pemasangannya. Spare part juga bikin panas jika nak replace. Pikir dulu sebelum pasang ye. Study dulu ROI nya.
  • Aircond biasa tetapi tukar gas
Bagi pengguna yang telah memiliki aircond jenis convensional tak perlulah bertekak dengan bini untuk replace dengan inverter. Ada jalan nak selamatkannya asalkan pulus nya banyak. Tak perlu tukar unit, tak perlu tukar piping. Yang kena tukar adalah gas sahaja. Zaman sekarang udah jarang terdengar kesan penipisan ozon. yang banyak kita dengan lening adalah kesan pemanasan global je. Padahal gas aircond nie antara penyumbang terbesar kerosakkan alam kita sekarang ( penyumbangan negatif kot ).

 Bertepatan dengan itu, apek jual gas jenis jimat nie pun gunalah asalan menjaga alam sekitar selain menjimatkan penggunaan tenaga pada aircond kita. Apakah gas itu.. sebenarnya tiada.......... hehe. Gurau je, gas tersebut adalah R290 jenis hidrokarbon propane. Gas jenis ini rendah ozone depleted potential (ODP) dan sangat kurang global warming potential (GWP) dan semestinya menepati protokol montreal and kyoto but highly in costing hehe. Bayangkan, sekali topup gas ini hampir RM 600 ( first time ). Bagaimana ianya menjimatkan, gas jenis ni ringan dan mempunyai heat transfer rate yang tinggi. Dengan kata lain isipadu dlm outdoor kita akan jadi separuh dari gas biasa so ringan kan? selain kebolehupayaan kimianya yang memencerkan suhu panas ke suhu sejuk lebih cepat. Untuk pengetahuan korang, ada pengeluar jamin penjimat sekitar 36 %. Woo banyak tu.. nie yang MT test sendiri pada aircond rumah, penjimatan sebanyak 2 kw setiap jam dapat dicapai. kalau lapan jam guna dah 16 kwh dapat dijimatkan. 16 kwh x 0.218 = RM 3.488 ( 8 jam ) . kalau setahun ? 100 tahun plak ? huh jimat kan...
  • Keadah bijak
Semua diatas mempunyai kelebihan dan kekurangannya masing2. Kepada pengguna inverter, sila bijak dengan pilih kadaran kuasakuda ( hp ) yang sesuai dengan ruang kita. Jangan guna untuk tempoh yg singkat, dah la inverter nie jimat tapi nak jimat lagi dengan tutup-bukak aircond yg kerap akan mengurangkan bijak kita sebelum ini.

 Tinted lah cermin yang ada dan kurangkan kebocoran angin sejuk ke tempat lain especially pintu utama dan ruangan tangga bagi yang rumah dua tingkat. Sukati lah nak pasang air curtain ke, langsir mak limah ke. itu terpulang.

Dalam pengiraan kadaran aircond. suhu diambikkira. Jadi pandai2 la membijakkan diri dengan mengurangkan pemanasan ruang di rumah kita. Nak suruh laki tak yah balik rumah p tido umah hok muda pun ok gk. Nak tukar mentol kepada lampu LED ke, nak spray hitam cermin nako ke. semua itu tetap menjimatkan.Paling penting, kena servis selalu unit kita agar prestasinya dalam keadaan optimum. Tetapi yang paling bijak dikalangan yg bijak adalah, tidak memasang aircond dirumah. Full stop 

"" Harap maaf, admin sgt kurang aktif meninjau blog sekarang, terlalu banyak persoalan yg belum terjawab di ruangan komen. admin sekarang berhijrah ke terengganu,..dan menjalankan bisnes aircond dan elektrik.. boleh call/wasap terus untuk selesaikan masalah 013.933.8162 ( terengganu Only). Utk luar kawasan, insha Allah admin cuba respon bila kelapangan sebagai jariah dlm menyelesaikan permasalah yang berlaku. sekian terima kasih

2 comments:

iskandarX said...

salam, tak meletup ker kalau pakai propane nie?

imaeazma said...

dah cuba dan selamat..kandungan cmpuran tak tahu la. call supplier 0380233627 for more details

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...