Friday, December 31, 2010

TAMBAH NILAI SOLAT TAHAJUD

Alhamdulillah kerana kita semua masih berminat kepada entry berunsurkan islam. MT berharap sangat blog ini menjadi panduan kita bersama. Syukur kerana kita semua tahu akan kelebihan tahajud ni kan? so tak payahlah MT berceloteh panjang kerana MT yakin kita semua pernah melakukan solat ni. Cuma ada tambah nilai agar ibadat kita bertambah bernilai di sisi Nya. Berikut adalah etika dalam melakukan solat tahajud :

Thursday, December 30, 2010

VAKSIN HPV

Apa itu vaksin HPV? Seringkali diperkatakan dan iklan disiarkan melalui media cetak dan media elektronik dengan kepelbagaian variasi. MT nak je tanya pada adik-adik yg sepatutnya kena dapatkan vaksin tu...anda tau tak apa itu vaksin HPV? Yg MT dengar ramai mak bapak pulak yg datang bertanya pasal vaksin ini...mmm itu satu petanda bagus...

Wednesday, December 29, 2010

KHAZANAH AMALAN NABI










  • Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI  Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH   Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA   Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN  Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu  yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


Tuesday, December 28, 2010

MAAFKANKU WAHAI SUAMI













Kekadang aku rasakan
Akulah isteri yg terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kekadang diri ini merasakan
Akulah isteri yg baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kekadang aku bersuara tanpa berfikir
Semua perkataanku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang erat tanganku
Sementara aku ceritakan kehidupan isteri
Dengan harapan kan dimengerti
Kekadang aku sakiti hatimu
Apabila kutolak sentuhanmu
Bukan bermakna aku kurang menyayangimu
Namun cabaran terlalu memburu

Kekadang aku berubah pada pandanganmu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yg paling kuhargai
Daripada kehidupan manis bersamamu
Kekadang kufikir sejuta tahun terlalu singkat
Hanya untuk aku beritahumu
Betapa rindu sayangnya aku
Betapa syukurnya aku kau pelindungku

Kekadang berjauhan denganmu
Akulah isteri yg terlalu tinggi bercita-cita
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yg ini
Maafkan daku wahai suami...

AKU LEBIH BAIK DARIPADA KAMU?

Di sini MT teringin nak kongsikan alkisah berkaitan sikap manusi yg seolah-olah tidak sedar diri. Bukan tidak sedarkan diri disebabkan pengsan tetapi terlalu taksub dengan kehebatan diri sendiri akibat ketakburan dengan kemuliaan yg sangat dibangga-banggakan. Sedangkan semua nikmat kehebatan itu adalah kerana izin dan kurnia Allah jua...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...