Thursday, April 7, 2011

ELEKTRIK DI MALAYSIA

Dalam penghasilan elektrik, penjana elektrik merupakan satu peranti yang menukar tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik, dan biasanya menggunakan induksi elektromagnetik. Penukaran terbalik tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal dilakukan melalui motor elektrik, dan motor dan generator mempunyai banyak persamaan. Sumber penggerak utama bagi kuasa mekanikal mungkin reciprocating atau enjin wap turbin, air yang jatuh melalui kuasa hidro (turbin atau kincir air, enjin pembakaran dalam, turbin angin, mesin jana tangan (hand crank), udara mampat atau sebarang sumber tenaga mekanikal yang lain.



Penjana elektrik
Keupayaan jana elektrik yang dihubungkan ke Grid Nasional berjumlah 18,391 MW. Kadar simpanan adalah dilaporkan 40% yang merupakan stesen kuasa lama yang tidak aktif pada Disember 2006. Keupayaan jana mengikut jenis adalah 18% berupa loji hidro dan 82% berupa loji bakar. Pecahan bahan api adalah 46% gas asli, 43% arang batu, 10% hidro dan 1% minyak bakar.


Disenaraikan adalah syarikat jana elektrik dan keupayaan jana kuasa mereka:

  • Tenaga Nasional Berhad – 11,296MW 
  • Malakoff Berhad – 4,393MW 
  • Powertek Berhad – 1,490MW 
  • YTL Power Berhad – 1,212MW 


Dimasa hadapan, mungkin selepas 2012, syarikat jana kuasa di Borneo akan dihubung masuk ke Grid Nasional:




  • Syarikat SESCO Berhad – 750MW 
  • Sabah Electricity Sdn Bhd – 785MW,
  • 5 penjana bebas(IPP) - 318MW.



Talian penghantar
Talian penghantar adalah talian arus ulang-alik voltan tinggi (HVAC) pada 50Hz.

  • HVAC 132kV
  • HVAC 275kV
  • HVAC 500kV

Sistem penghantaran 500kV adalah sistem penghantaran tunggal terbesar pernah dibangunkan di Malaysia. Transmission Technology Sdn Bhd (TTSB) adalah kontraktor tempatan pertama yang diberi kontrak projek ini. Dengan nilai RM1.6 bilion, sistem ini membentuk "tulang belakang" baru bagi Grid Nasional.

Dimulakan pada tahun 1995, Fasa 1 melibatkan reka bentuk serta pembinaan talian penghantaran atas tiang 500kV dari Gurun, Kedah di utara sepanjang pantai barat ke Kapar, di kawasan tengah dan dari Pasir Gudang ke Yong Peng di sebelah selatan Semenanjung Malaysia. Sebagai sebahagian projek pembangunan, TTSB juga membina 6 pencawang iaitu Pencawang Gurun Timur, Junjung, Bukit Tarek, Kapar, Yong Peng Timur dan Bukit Batu.

Jumlah jarak yang diliputi talian penghantaran 500kV tersebut ialah 522km serta bahagian 275kV sejauh 73km. Daripada talian yang dibina, hanya bahagian Bukit Tarek ke Kapar sahaja yang ditenagai pada 500kV. Talian selebihnya buat masa sekarang ditenagai pada voltan 275kV. Lama kemudian, untuk memenuhi keperluan penghantaran kuasa tambahan dari Stesen Kuasa Manjung 2100MW, sistem 500kV dipanjangkan dari Bukit Tarek ke Air Tawar dan dari Air Tawar ke Stesen Kuasa Manjung (dikendalikan oleh TNB Janamanjung Sdn Bhd). Pada tahun 2006, talian 500kV antara Bukit Batu dan Tanjung Bin telah diwartakan untuk mengangkut kuasa yang dijana oleh Stesen Kuasa Tanjung Bin 2100MW.

Bekalan ke luarnegeri
  • Negara Thai - Pada 1981 sambungan 132kV HVAC dengan keupayaan 80MW telah disiapkan dari Bukit Ketri di Perlis ke Sadao di Thailand. Sambungan kedua pula adalah talian arus terus 300kV (HVDC) dengan keupayaan 300MW.


  • Singapura - Sambungan ke Singapura adalah melalui 2 x 230kV HVAC dengan keupayaan 200 MW.

Voltan Talian pembahagian di Malaysia adalah pada voltan 33kV, 22kV, 11kV, 6.6kV dan 415/240V.

1 comment:

Husna Adilah said...

Hi. Are you working in electiral/ engineering field? would love to share contact address with you. :) come visit me at dylaqistina.blogspot.com / send me email at husnaadilah@gmail.com. i am a training executive cum freelance writer and currently organizing heat rate awareness seminar this upcoming March 2012.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...