Saturday, January 1, 2011

TIGA O.K.U DAN DOT DOT

Ada 3 lelaki bertemu, kebetulan pula ketiga-tiganya insan istimewa. Lelaki pertama terkena penyakit sopak. Seluruh kulitnya bertompok-tompok putih. Lelaki kedua pula kepalanya botak. Kepalanya tak penah di tumbuhi walau sehelai rambut pun. Manakala lelaki ketiga pula buta. Lelaki berpenyakit sopak seraya berdoa kepada Allah s.w.t..'' Ya Allah, ya tuhanku! Sembuhkan daku dari sopak ini yang telah memburukkan wajah dan bentuk tubukku ini ''. Kemudian lelaki yang botak pula berdoa '' Ya Allah, ya tuhanku! sembuhkanlah diriku dari kebotakan, tumbuhi lah kepalaku dengan rambut sepertimana kebanyakkan manusia lainya ''. Tidak ketinggalan lelaki ketiga turut berdoa,'' Ya Allah, ya tuhanku! sembuhkanlah diriku dari kebutaan agar daku dapat melihat sebagaimana manusia lainya''. Pada ketika doa mereka di panjatkan

   ada malaikat yang turun dari langit. Allah telah memerintahkannya turun berupa seorang pemuda yang tampan lagi bercahaya untuk menguji mereka bertiga. Lalu malaikat tadi datang menghampiri mereka dan bertanya apa yang mereka mahukan dan harta apa yang sangat diingini. 
   Lantas, lelaki sopak berkata '' Aku menginginkan bentuk tubuh yg menarik dan kulit yang cantik bersih dan harta yang ku mahu ialah unta ''.
   Lelaki botak pula berkata '' Aku inginkan rambut hitam serta berkilat dan harta yang ku dambakan ialah lembu ''.
   Lekali buta pula menyahut, " Aku ingin sangat melihat. Harta yang ku inginkan ialah kambing ''.
Setelah mendengar permintaan mereka bertiga, malaikat tadi mengusap kulit si sopak dengan tangannya. Seketika itu juga kulit lelaki itu bertukar menjadi cantik seperti yang di minta. Lelaki itu juga mendapat untu yang gemuk dan bunting hampir melahirkan.
   Kemudian malaikat pun mengusap kepala pemuda yang botak lalu tumbuh di kepalanya rambut yang hitam lagi berkilat menghiasi kepalanya yang licin tadi. Juga mendapat seekor lembu yang sedang bunting melahirkan. Akhir sekali, malaikat mengusap mata si buta. Mata itu sembuh dan boleh melihat. Lalu malaikat itu memberikannya seekor kambing yang sedang bunting hampir melahirkan.
   Hari pun berlalu, dan tahun berganti. Kehidupan pemuda bertiga tadi semakin makmur dan mencukupi. Mereka menjadi orang kaya lagi di hormati. Pemuda pertama memiliki beratus-ratus ekor unta. Lelaki kedua pula mempunyai lembu yang telah beranak pinak tidak terhitung jumlahnya. Manakala lelaki ketiga pula telah memiliki kandang kambing yang besar kerana banyak kambingnya.
   Allah s.w.t mengutuskan kembali malaikat untuk menemui mereka tetapi kali ini berupa pemuda miskin dan berpakaian compang camping. Mula-mula, malaikat pergi menemui pemuda pertama dan berkata '' Aku minta padamu dengan nama Allah yang telah memberikanmu tubuh yang cantik dan harta melimpah. Aku meminta engkau berkenan memberikan bekalan bagi ku untuk meneruskan perjalanan ''. Lalu pemuda itu menjawab,'' Ini hartaku, aku mewarisinya dari datukku. Aku banyak urusan, pergilah..tiada tempat untuk pengemis kotor lagi pemalas sepertimu ''.
   Malaikat tadi pun berlalu dan menuju ke tempat pemuda kedua dan berkata '' Aku minta padamu dengan nama Allah yang telah memberikanmu rambut yang cantik dan harta melimpah. Sudikah kiranya kau membantu saudaramu ini dengan sedikit kenikmatan yang ada padamu? Lalu pemuda itu menjawab '' pergi kau dari sini si pengemis yang kotor!! ''
   Malaikat pun pergi meninggalkannya dan menemui lelaki yang ketiga pula,  '' Aku minta padamu dengan nama Allah yang telah memberikanmu penglihatan dan harta melimpah. Berikan kepadaku seekor kambing kepunyaanmu agar aku boleh meminum susu nya di dalam perjalanan nanti ''. Lelaki ketiga menjawab, '' Ya. aku dulu memang buta, Allah telah mengembalikan penglihatan kepadaku. Sebagai rasa syukur, ambillah beberapa kambing yang kau suka dan tinggalkan sebahagian. Demi Allah, aku tidak akan menghalangmu dari sama-sama menikmati rezeki yang telah di kurniakan Allah kepadaku ''.
   Malaikat terus berkata, '' Hartamu tetap menjadi milikmu, Allah s.w.t telah mengujimu bertiga. Allah memberikan redhaNya kepada mu kerana kamu mahu mensyukuri nikmat pemberianNya. Namun, Allah murka kepada temanmu yang mengingkari nikmatNya. Kini, keduanya telah kembali kepada sediakal. Seorang kulitnya sopak dan lenyap segala hartanya dan yang seorang lagi kembali botak serta miskin ''.
'' Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah ( kenikmatan ) kepadamu, dan jika kamu mengingkari ( nikmat-Ku ), maka sesungguhnya azab Ku amat pedih '' ~ Surah Ibrahim 141 : 7

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...