Apakah hukumnya seorang muslim membuang tahi lalat di bahagian muka?
Jawapan: Secara asasnya, mengubah sesuatu di wajah adalah haram, hatta mencukur bulu kening sekali pun. Islam itu agama yg toleransi dan penuh hikmah. Sekiranya keadaan tahi lalat yg berada pada wajah atau di anggota badan boleh menyebabkan kehodohan yg luar biasa atau tahi lalat tersebut disahkan kanser, maka harus bagi kita membuangnya. Tetapi sekadar untuk suka-suka atau kecantikan semata-mata, sedangkan tahi lalat itu kelihatannya seperti biasa sahaja, maka hukumnya adalah haram.
No comments:
Post a Comment