Salam mesra. Tentu pembaca tercari-cari bagaimana blogshop yang dikunjungi ada menyediakan borang pesanan. Nampak menarik dan canggih untuk sesiapa yang baru menceburi bisness online melalui blog. Selain dari produk yang unik, blogshop juga perlu memiliki ciri-ciri yang mampu menceriakan pengunjung. Blogshop kurang menarik membuatkan prospek kita blah sebelum melihat produk jualan kita. Rugi tu.. MT anggap blogshop kawan2 dah berkilat-kilat untuk menjana pendapatan. Cuma, mungkin kawan2 terlepas pandang, order form juga berperanan dalam memudahkan pelangan membuat pesanan dan kita sebagai peniaga dapat memantau dengan sistematik. Sememangnya MT mencadangkan "Google docs" kerana ia mesra pelangan dan penjual. Yang menariknya, form kita ni boleh dibuat mengikut citarasa kita!
Mula-mula, kena ada akaun google yaitu gmail. Dah ada blogspot mesti la ada google akaun. Jom kita mulakan:
Layari web google docs dan login menggunakan akaun sediada.
create new > form
untitle form
- isikan tajuk form contohnya ''marvellous tips fan club''.
you can include any text
- tulis je apa2 yang kita bagi nampak menarik contohnya ''sertai MT fan club dan nikmati aktiviti menarik''.
Sample question 1
- klik ''edit'' dan isi kan. Contohnya ''nama, jantina, no tel''.
Question title
- masukan informasi yang dingini
Help text
- teks tambahan cara-cara menulis informasi yang diingini.
Question type
- menentukan bentuk informasi yang di isi samada teks ringkas, pilihan atau berskala.
Make this a required question
- ditanda bagi memastikan pelangan wajib mengisinya.
Edit
- menyunting maklumat yang di isi
Duplicate
- membuat salinan question type.
Delete
- memadam question type
Add Item
- menambah senarai question type yang diingini dan lain2
Email this form
- bagi email form kepada sesiapa saja.
View the published form
- melihat keseluruhan form yang di bina.
Bagi mencantikan form, pilihlah ''theme'' yang berkenan dan '' SAVE ''
Cara memasang form kat blog
Kawan-kawan boleh memasang pada entry atau part dari pages dengan menekan butang ''more action''
dan embed. Copy dan paste dengan pada HTML code. Paparan terus pada blog kawan-kawan.
Kalau mau kan lebih kemas, gunakan fungsi ''hyperlink'' dan masukkan URL borang pesanan tadi. Pelangan klik je, paparan borong akan keluar untuk di isi.
Pantau ribuan pesanan produk dengan berkesan
Login ke google account dan cari document. Semua pesanan akan disusun bersistematik.
''Selamat mencuba dan berniaga dengan jujur''
No comments:
Post a Comment