Sunday, January 9, 2011

LIKU - LIKU KEHIDUPAN

   Jika kamu memancing ikan, ikan itu melekat di mata kail mu. Janganlah kamu melepaskan ia semula ke air, ini kerana bisa kail mu itu akan membuatkan ikan itu menderita selagi ia masih hidup...
   Begitu juga jika kamu memberikan harapan kepada seseorang, janganlah kamu meninggalkan dia kerana kenangan bersamamu akan membuatkan si dia menderita selagi ia mencintaimu...
   Jika kamu menadah air, biarlah berpada. Jangan kamu mengisi selebih upayanya, ini kerana jika ia pecah maka tiada gunanya. Kamu akan membuangnya sedangkan jika membaikinya mungkin ia masih berguna...
   Begitu juga bila kamu memiliki seseorang, terimalah ia seadanya. Jangan kamu mengagumi kecantikannya juga mengagungkan keistimewaanya. Anggaplah dia manusia biasa kerana jika ia melakukan kesalahan. Sudah pasti kamu kecewa lalu meninggalkannya sedangkan jika kamu memaafkannya, mungkin perhubungan mu boleh kekal ke akhir hayat...
   Jika kamu memiliki sepingan nasi yang kamu pasti ia boleh mengenyangkan, lazat lagi berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan lain.Terlalu mengejar kelazatan ? Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak dapat memakannya. Kamu akan menyesal...
   Begitu juga jika kamu menemui insan yang kamu pasti boleh bersamanya menuju kebaikan, mengasihimu dan menyayangimu. Mengapa kamu melengahkan masa dan selalu membandingkan dia dengan orang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan ? Kelak insan itu akan meninggalkan mu dan menjadi milik orang lain. Kamu akan menyesal

1 comment:

matahati said...

sekiranya anggapan kita sesuatu itu terbaik, Allah sebenarnya lebih mengetahui kelemahannya.dan bila beranggapan sesuatu itu terlalu teruk untuk kita hadapi, hanya Allah yg lebih tahu akan ada kenikmatan sebagai hikmah dariNya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...