Tuesday, January 25, 2011

KIASU DALAM PENDIDIKAN

KIASU, yang membawa makna ‘tak mahu kalah’ atau kalau di kalangan masyarakat Melayu ia menjadi lebih lembut di tafsir sebagai ‘menjadi yang terbaik’. Sikap kiasu ni biasanya dikaitkan dengan masyarakat Cina, memang perkataan tersebut pun berasal dari bahasa Mandarin.

Kiasu boleh di pecahkan kepada dua jenis:
  • Kiasu positif – sifat ingin berjaya bersandarkan motivasi. Sifat ini akan memotivasikan diri agar berjaya dengan semangat yang gigih untuk berusaha tanpa menafikan hak orang lain.

  • Kiasu negatif – sifat ingin berjaya bersandarkan persaingan. Ini sifat yang merbahaya kerana mereka akan pastikan menang dan tidak mahu orang lain menang. Ia mendorong melakukan apa saja asalkan matlamat tercapai. Ala-ala komunis gak la ni.



Walaubagaimanapun, islam menggalakkan kita sentiasa bersederhana dalam apa jua tindakan. Mungkinkah faktor ini menjadi factor orang melayu kita lemah untuk bersaing?

Bercakap tentang kiasu di kalangan ibu bapa, sifat-sifat yang terserlah dari awal kelahiran si anak, hinggalah si anak besar panjang. Misalnya:

Anak dia saja lah yang tembam, anak orang lain kurus-kurus.
Anak dia saja lah yang patuh, anak orang lain degil.
Anak dia saja lah yang cepat, anak orang lain lembab.

Di atas itu adalah sifat-sifat kiasu negatif yang patut kita buanglah. Apa salahnya kita bersama-sama berkongsi kegembiraan sahabat, itukan lebih baik dari menjatuhkannya. Tiada sesiapa pun mahukan ketidaksempurnaan tetapi kalau dah takdir kena terima dengan redha. Jangan pula di tambah perbandingan yang baik untuk kita, dan yang buruk-buruk untuk dia.


Sekarang ni kita tengok ramai ibu bapa yang punya kiasu positif, terutama dalam pendidikan anak-anak.Bagus!! Seawal di alam rahim, anak-anak sudah diberi rangsangan agar menjadi pintar. Lahir-lahir dah dapat flash card, umur 3-4 bulan dah pandai membaca. Hampir semua ibu bapa teruja, terutama bila melihat bayi lain sudah pintar membaca di awal usia. Misalnya Baby Quzayra yang mula membaca seawal usia 5 bulan.

Di atas adalah persoalan dari seorang sarjana Korea kepada beliau “Di negara saya, ibu bapa biasanya memperuntukkan lebih 50% pendapatan bulanan keluarga untuk pendidikan anak-anak. Orang Malaysia juga begitu, bukan?”

Apa pendapat anda?

Adakah kita sanggup ‘menghabiskan’ lebih separuh dari gaji untuk pendidikan anak? Ya, mungkin kita tak boleh samakan dengan Korea Selatan yang mana pendapatan per kapitanya lebih kurang USD 30k berbanding dengan kita cuma lebih kurang USD 12k sahaja. Atau produk-produk kiasu Korea yang jadi apa akhirnya… Tapi, persoalannya, berapa sanggupkah kita ‘berhabis’ untuk pendidikan anak-anak.

OK tak perlu tengok jauh-jauh, tengok diri kita sendiri, seberapa banyaklah nilaian yang ada dalam hidup kita yang sanggup kita salurkan kepada pendidikan anak-anak? Tidak kiralah dari segi kewangan, usaha, masa dan sebagainya. Adakah kita mencari tadika termurah untuk sesuaikan dengan budget kita, ataupun gigih mencari side income agar anak kita dapat belajar di tadika yang lebih mahal dan menjanjikan pembelajaran yang lebih efektif?


Berapa lamakah kita meng-optimumkan masa-masa bersama anak-anak untuk meningkatkan mereka dalam pelajaran (formal atau tak formal) berbanding masa-masa mereka menonton kartun atau bermain video games? Atau masa-masa kita belajar tentang ilmu keibubapaan berbanding masa-masa kita di habiskan bersama makcik Timah dalam laman FaceBook?

Adakah kita benar-benar kiasu, atau cuma nak cover kelemahan kita saja?

Analisis mengambarkan, makna perkataan-perkataan yang digunakan itu membawa maksud sebagai orang Melayu adalah baik, peramah dan cepat simpati. Orang Cina berkira, memilih dan cerewet sementara orang India pula cepat mengikut perasaan dan penyedih. Renung-renunglah ya…

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...