Sunday, January 16, 2011

JADILAH BAPA YANG OPTIMUM

   Dalam sesebuah keluarga, anak-anak lebih cenderung untuk rapat dengan ibunya. Kesibukan dengan status pencari nafkah utama mungkin membataskan pergaulan dengan bapa. Kecenderungan ini meyebabkan bapa kurang peduli akan perihal anak-anak yang kian membesar dengan meletakkan harapan ke bahu ibu. Namun, peranan bapa dalam era memcabar ini perlu dititik beratkan untuk mengetahui aktiviti seharian serta perkembangan anak-anak.Tugas mendidik anak-anak tidak boleh di serahkan sepenuhnya kepada isteri. Kebanyakan golongan isteri juga mempunyai kerjaya di samping tugas tradisi di rumah. Kesepakatan diantara bapa dan ibu dalam membangunkan keluarga yang seimbang amat penting.

Kalau bapa memberikan alasan sibuk bekerja, ibu juga mempunyai kesibukannya malah ibu dapat seimbangkan tugasnya bila berada di rumah. Persoalannya, bolehkan suami berperanan sebagai bapa yang optimum? Kenapa isteri boleh melakukan dua perkara sedangkan suami cukup rasa terbeban untuk sama-sama memantau perkembangan anak-anak.


   
Renungkanlah wahai si bapa, perlukah anda ''di hormati '' dengan sifat yang garang? Terapkanlah sifat penyayang di dalam diri. Moga-moga kehadiran bapa sebegini mampu mengubah tanggapan anak-anak terhadap kita dan seterusnya mengakrabkan bapa dengan anak-anak dalam membentuk sahsiah anak yang sempurna dan pintar. Ketiadaan peranan yang tidak seimbang antara bapa dan ibu akan membantutkan dan menjejaskan persekitaran membesarkan anak-anak, elemen-elemen yang kondusif akan mempengaruhi potensi emosi, rohani dan jasmani anak-anak. Berikut panduan mengoptimumkan peranan sebagai bapa :-


  • Peruntukan masa berkualiti untuk bersama keluarga. Pergunakan masa kita untuk menjalankan aktiviti bersama mereka. Bermain bersama permainan mereka, buat susu anak dan dodoikan si kecil tidur.
  • Awasi pengaruh TV dan internet. Kawal dengan berhemah penggunaan telefon bimbit mereka. Jadilah rakan dalam laman sosial seperti Face Book.
  • Beriadah bersama. Waktu petang memang sesuai untuk beriadah bersamakan. Sekiranya isteri sibuk di dapur, bawalah anak-anak jauh dari mata ibunya untuk keluar ke taman permainan.
  • Jauhkan keluarga dari persekitaran yang tidak sihat. Wujudkan keharmonian dalam rumahtangga. Elakkan terlalu garang apatah lagi memukul isteri mahupun anak-anak. Jika terdapat kesalahan, bimbingi mereka dengan penuh tanggungjawab dan maafkan atas apa yang berlaku. Jauhkan persengketaan antara pasangan kita yang tidak boleh di elakkan dari pandangan anak-anak.
  • Jadilah teman kepada anak-anak. Kita boleh meluangkan masa bersama anak-anak. Cuba mengenalinya, berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama. Sebagai '' Rakan '', kita harus menghormatinya sebagai seorang individu. Tunjukkan minat kita dengan mengambil berat terhadap anak-anak tetapi jangan pula mengongkong. Bina persahabatan dengan jujur dan ikhlas agar kita mampu mempengaruhinya apabila mengutarakan nasihat mahupun pandangan.
  • Menjadi pemimpin dalam program pendidikan keluarga. Apa salahnya kita anjurkan kem motivasi dengan membawa keluarga bercuti. Kita anjurkan, dan kita yang menjadi pemimpin program itu. Sekurang-kurangnya mengajar ilmu fardhu ain.
Semoga kita semua dapat menjadi bapa yang seoptimumnya. Ayuh!! Mulakan langkah untuk berubah..Pasti si ibu bertambah sayang pada kita dan anak-anak kian percaya bahawa si bapa juga penting dalam hidup mereka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...