Ibubapa, masyarakat serta pemerintah perlu mengambil kira alam remaja agar dapat mengawal prilaku remaja seboleh mungkin.
Alam remaja adalah satu tahap di mana seseorang itu akan cenderung mencuba sesuatu yang baru kerana sifat ingin tahu. Sikap ingin tahu memang bagus tetapi jika tiada kawalan atau bimbingan, mereka akan terjebak dalam lembah maksiat dan jenayah. Mungkin mereka ingin tahu apa sebab orang lain menghisap rokok atau mengambil dadah ( sekadar contoh), tetapi perbuatan itu akan memusnahkan diri sendiri
Dalam usaha menyelesaikan masalah ini, ibu bapa perlu memberikan bimbingan agama dan akhlak kepada anak-anak.
Pegangan agama yang kuat seperti rajin bersolat, insya-Allah dapat menghindarkan seseorang itu melakukan perbuatan ganas dan jenayah. Kawal pergerakan anak2 tetapi jangan mengongkongnya.Kalau dah tahu nasrani dan yahudi target kepada perempuan untuk menghancurkan kita, kita patut kawal anak perempuan kita. Cuba lihat pakaiannya? Islam telah menetapkan kod-kod etika pakaian untuk perempuan, kerana Islam memuliakan perempuan. Tapi tengok keadaan sekarang, macam2 fesyen ada, macam orang tak sembahyang. Padahal dalam sembahyang, baca al-Fatihah... "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus". Tapi habis je sembahyang, terus telanjang. Siapa dia? anak jiran2 kita, nanti sedara-mara kita, akhirnya anak2 kita sendiri.
Tiga surah yang selalu kita baca dan mujarab khasiatnya:
surah Al-Fatihah.
Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita.
Surah Al-Ikhlas.
Surah ini, juga dikenali sebagai surah tauhid..
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga, surah Al-Kafirun.
Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Fahami dulu konsep sembah, menyembah dan penyembah. Insya Allah selamat.
Selain itu, kita memerlukan 3 jenis kekuatan:
- Kekuatan minda.
Minda ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya, kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
- kekuatan hati.
Hati ialah iman. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman.
- Kekuatan fizikal.
kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang.
Dengan persediaan yang kita ada. Musuh2 kita pasti kecundang. Akhir sekali, marilah kita sama2 menjaga tepi kain. Bukan menyibuk tetapi sebagai jalan dari terkena bala.Saling ingat dan mengingati. Wallahuaklam..
No comments:
Post a Comment