Thursday, December 23, 2010

KENALI DEMAM CAMPAK

Hai besua kembali tapi kali MT nak utarakan masalah berkaitan campak.Pasti ramai tertanya-tanya kenapa entry ni di pilih.Bukan apa...demam ni memang memang rumit untuk kita jaga terutama kepada anak-kecil kita. Apa itu campak? Campak dikenali dalam masyarakat kita. Kalu di kampung ada yang panggil "bertih" atau chiken pox...a.k.a "jintungan" hehe.. Atau ada juga orang-orang tua istilahkan campak air yg besanye tak naik bijik-bijik kat kulit. Ini pula dikenali sebagai measles. Virus yg menjadi punca penyakit ini pun berbeza.
Demam biasa-biasa dengan selsema juga disebabkan oleh virus. Tapi bila demam disertai ruam, haa inilah yg menjadi masalah sikit bila nak dapatkan diagnosa yg tepat. Dengan bantuan sejarah penceritaan yg betul berkaitan demam tersebut, diagnosis dan rawatan yg berkesan akan diberikan. Jadi dapatkan rawatan segera, terutama bila...
terdapat ruam (skin rashes).
Chiken pox ni pun berbagai jenis dan ragam terbentuknya ruam yg menyebabkan kegatalan seluruh badan. Uish gatalnyer tak tertahan mak oii!! Virus yg menjadi punca penyakit ini dikenali sebagai Varicella zoster. Kebiasaannya jangkitan ini hanya menyerang sekali sahaja seumur hidup. Mustahil terjadi buat kali kedua. Tetapi jika berlaku juga, jangkitan kali kedua ini disebabkan oleh virus yg lain pula dan biasanya dikaitkan dengan penyakit kayap (herpes zoster). kaedah rawatan juga berbeza maa...
Chiken pox memang senang berjangkit melalui titisan udara. Biasanya demam diikuti dengan ruam. Demamnya juga tidaklah dahsyat sangat suhunya. Ruam yg terbentuk kemerahan dan seakan ada air di dalamnya. Awas jangan dipicit tau. Rasanya tak larat pun nak picit sebab banyak sangat-sangat seluruh muka, badan dan belakang! Ianya mengjangkiti manusia semua peringkat usia, tak kira tua atau muda. Tapi kalau kita ada masalah kencing manis atau HIV positif, komplikasinya mungkin menjadi sangat teruk sebab antibody sangat kurang.
Apa perlu anda buat? Usah risau. Dapatkan rawatan. Kebiasaanya ubat demam akan diberi dengan ubat sapu untuk mengurangkan rasa gatal. Ubat tahan gatal juga boleh membantu. Dalam keadaan ini, antibiotik memang tidak diperlukan. Tatapi sekiranya anda dikesan muugkin mengalami chiken pox dalam tempoh 48 jam, anda boleh mendapatkan rawatan anti-viral. Tetapi ia tidaklah menjadi suatu kemestian. Nanti antibodi tidak terbentuk dalam badan kita. Sekiranya kita tidak mengambil sebarang antibiotik atau antiviral, antibodi ygg terbentuk dapat mencegah kita daripada jangkitan kali kedua! so anda faham kan, mengapa ianya hanya perlu terjadi sekali seumur hidup...
Sekiranya anda mengandung dan mendapat jangkitan chiken pox di usia kandungan tiga bulan pertama, ia sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pertumbuhan bayi. Tetapi usah risau, rawatan awal akan membantu dengan kepakaran yg sepatutnya. Dan sekiranya anak kecil anda mendapat kayap tetapi belum pernah dijangkiti chiken pox, ini sesuatu yg tidak mustahil sekiranya anda sendiri mengalami chiken pox sewaktu mengandungkannya. Dan setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...