Monday, October 8, 2012

Siap atau Sempurna?

Apakah perbezaan antara "sudah siap" dan "sudah sempurna"? Ada perbezaan besar antara kedua-duanya. Sudah siap tidak semestinya sempurna, tetapi jika sudah sempurna, itu tandanya sudah siap.

Pencapaian kerjaya seseorang diukur dengan KPI (Key Performance Index). Kualiti sesuatu produk pula boleh dipantau oleh SIRIM. Kemantapan pengurusan sesebuah institusi boleh disahkan oleh ISO. Namun, kualiti ibadah, mampukah kita nilai sebelum di mizan?

Apa kata kita laksanakan satu konsep yang mudah; sempurnakan ibadah, bukan sahaja melaksanakan sehingga selesai. Itulah yang akan menentukan kualiti ibadah kita sentiasa terjaga.

Apa salahnya cerewet sedikit dengan kualiti serat kuantiti ibadah kita. Untuk memasuki ke dalam syurga bukannya percuma bukan? Kita perlu "membayarnya" dengan "harga" tertentu terlebih dahulu di dunia fana ini. Lebih baik bersusah-susah dahulu di dunia, agar dapat bersenang-senang kemudian di akhirat. Jangan pula merana dek bersenang-senang dahulu di dunia, bersusah-susah kemudian di akhirat. Nahzubillahiminzaalik.

Mulai saat ini, pastikan ibadah kita sempurna; sebelum, semasa dan juga selepasnya. Sebelum dengan niat yang ikhlas dan ilmu yang mencukupi, semasa dengan penghayatan ibadah yang luar biasa dan seterusnya diakhiri dengan rasa takut dan berharap yang seimbang
~solusi~

Saturday, October 6, 2012

KEGUNAAN TEST PEN

Testpen merupalan alat penguji yang setia bagi juruteknik. Ia digunakan untuk menguji kewujudan voltan dalam sesuatu litar elektrik. Setakat yang MT tahu, terdapat Dua jenis  pen penguji yaitu :
  1. Direct electrod
  2. Wireless detecter
Fungsi masih sama cuma pada pendapat MT, jenis direct electrod ini mengesan magnitud arus litar manakala jenis wireless pula mengesan frekuansi. Namun kedua-duanya masih boleh membantu kita untuk menguji kewujudan elektrik.

test pen philips


Fokus entry pada kali ini untuk share pengetahuan MT yang tak seberapa ini dengan semua pembaca tentang test pen jenis direct electrod. Terdapat banyak jenama tetapi MT masih percaya pada Philips dan juga standley. Yang lain dah cuba tetapi tidak berminat. Test pen jenis ini binaannya dari plastic acrylic dan ianya mudah pecah jika jatuh ke lantai keras. Mungkin kriteria di pilih untuk memberikan rintangan dari terkena renjatan pengguna namun kesahihan dari segi safety masih boleh dipertikaikan. Harapnya jangan ada diantara kita yang menguji voltan yang lebih dari saranan pengeluar. wa tak jamin loo.

Bentuknya hampir menyerupai screw driver, tetapi di kira salah guna jika testpen digunakan untuk membuka dam mengetatkan screw yang agak ketat. That why lah daya tahan testpen jadi menurun, elakkan ye kenkawang !!
Binaan dalam terdiri dari perintang yang berfungsi untuk mengurangkan voltan dan arus agar selamat bila disentuh panelnya. Ia di reka bersama karbon elekrod untuk mengelakkan direct contact. Lampu neon pula sebagai indicator.

neon nyala, fius tidak putus !

 Cara pengunaannya amat mudah, sentuhkan hujung keluli yang terdedah dengan litar. Ingat, hanya terminal Live(hidup) sahaja mampu di kesan. Jika terdapat nyalaan neon. Maka litar itu mengandungi voltan.
Alternatif dari itu, test pen jenis ini boleh bertindak sebagai alat penguji keterusan. Paling mudah untuk check fius rewireble plug 3 pin. Malah jika kekawan sudah paham akan konsep keterusan, tidak mustahil kita akan dapat menguji mentol filamen mahupun alatan lain.selamat mencuba !!

volt alert

Sedikit kupasan bagi test pen jenis wireless. Ianya layak di panggil volt alert, binaannya dari plastik dan tidak memerlukan sentuhan, hanya sentuh di penebat sudah cukup. Jika ada nyalaan lampu penunjuk(setengan model didatangkan bersama siren) maka litar tersebut dalam keadaan hidup. Kelebihannya, jenis ini lebih cepat kerana kita tidak perlu membuka alatan semata2 untuk menyentuh litar, cukup pada kabel berpenebat sahaja. Malah di body peralatan pun boleh dicuba. Kelemahannya pula, ianya cukup sensitif. Hatta coverage pada handset pun dia boleh detect. Jika neutral kabel terputus pun boleh di kesan cuma boleh mengelirukan samada kita detect live or neural tidak di beritahu.

Sunday, July 22, 2012

BESTNYA DENGAN ANDROID

Salam
          Dah lama bebenor tak bukak blog sendiri, Tak macam masa mula2 tengah giler berblogging dulu. Dek kesibukan dengan urusan kerja di samping telah berpindah ke new location with somebody. Semoga penghijrahan kali ini mendapat manfaat yang di berkati Allah s.w.t.
          Jauh dari KL memang lambat sket dari segi perkembangan dunia. Sampai HP pon da tak tau model yang terkini. Alahai jadi katak di bawah tempurung balik la. Hehe takpe, sekarang sudah tiada trafic jamed. Suasana bingit jiran melalak berkaraoke di malam ninggu. Tenang jiwa bermastautin di pantai timur.

Sunday, February 19, 2012

Baiki water boiler

Rumah kita biasanya tidak menggunakan pemanas air jenis ini kerana ia makan banyak current. Dah tentu kos melambungkan so thermos je da cukup. Tetapi kalau ada kedai makan. ianya sangat berguna dari guna bahan bakar bergas. Post kali nie untuk sesiapa yang kenal dan guna menda nie.

Komponen terlibat dan cadangan penyelesaiannya :
  • Tangki
  1. berkarat - gosok dengan kertas pasir halus dan autosol. Jika karat air di bahagian dalam, bolehlah direbus cuka ( juga sesuai untuk kettle )
  2. Bocor - boleh di tampal dengan aluminium tape buat sementara. Nak tahan lama bawa p welding di kedai welding stainless steel. Upahnya murah sahaja
  • Tak panas - ada beberapa penyebab
  1. wiring problem - cuba check sambungan kabel manala tau da putus kerana kepanasan. Jika elok check voltan masuk sekitar 230v pada sambungan neutral dan live.
  2. heater element - komponen ini banyak menyumbang kepada alat ini tidak dapat berfungsi. Cuba test keterusan dengan ohmmeter. Jika meter naik maknanya ia masih boleh digunakan. 
  3. Thermostat - alat ini berfungsi untuk mengawal suhu kepanasan yang kita ingini. Jika alat ini rosak, boiler tidak berfungsi. Ada juga keadaan bypass tetapi boiler akan sentiasa panas dan melampau panas. Bahaya nie
Nie je masalah pada boiler. Semua alatan di atas mudah di beli di kedai jual alat elektrik( kedai pendawaian pun boleh ditempah) dan harga palaing mahal ialah heater element dalam RM 150 dan thermostat dalam RM 45 je bergantung pada jenis.

Sebagai panduan, alatan ini menggunakan kuasa 3000watt dan thermostat jangka 120 darjah celcius.
Selamat merepair....

Monday, May 23, 2011

KENALI SUKAN PERAHU LAYAR

ISTILAH PELAYARAN
  • Belayar ke arah angin
Litar dibentuk dari arah angin. Perahu perlu belayar seberapa hampir dengan angin dan melakukan zig zag untuk menuju ke penanda windward. Perahu akan menggunakan layar utama(main sail) dan layar hadapan(jib).
  • Belayar dengan angin
Litar dibentuk ke bawah angin. Perahu akan belayar dengan angin bertiup dari belakang menuju ke penanda leeward. Perahu akan menggunakan layar utama(main sail) dan spinnaker(layar besar di hadapan).

PEMAIN-PEMAIN
  • Skipper - ketua kapal(pengemudi) adalah ketua pasukan atau kapten bagi sebuah perahu layar dimana tugasnya bukan sahaja mengemudi bot tetapi melibatkan keputusan mengenai taktik dan strategi yang akan digunakan dalam perlumbaan.
  • Mainsheet trimmer - berperanan mengawal layar paling besar dimana kelajuan kapal tertumpu disitu dan berganding rapat dengan skipper untuk mengawal kelajuan bot.
  • Trimmer - bertugas untuk mengawal kepala atau depan kapal. Pada pusingan melawan arah angin, trimmer berkerjasama dengan Pitman yang mengawal layar besar yang terletak berlawanan dengan layar utama.
  • Bowman - bertanggungjawab untuk mengubah layar di hadapan bot. Dia adalah ''eye at the front'',dia mestilah seorang yang atletik dan mempunyai kebolehan bergerak dengan tangkas dan cepat di depan bot.
  • Pitman - membantu trimmer untuk mengawal kapal layar dan layar besar. Pitman mengawal kebanyak tali yang akan menentukan arah layar.
Apakah makna warna-warna bendera dalam perlumbaan perahu layar?
  • Bendera kod ''Y'' - Pasukan lawan meminta pengadil litar supaya membuat pengadilan kerana dipercayai pasukan lawan telah melanggar undang-undang.
  • Bendera hijau - Tiada hukuman(dikibarkan oleh pengadil)
  • Bendera biru -  Hukuman(daripada pengadil) atau permulaan sebelum waktu(daripada jawatankuasa perlumbaan) terhadap perahu dengan bendera biru.
  • Bendera kuning - Hukuman( daripada pengadil) atau permulaan sebelum waktu(daripada jawatankuasa perlumbaan) terhadap perahu dengan bendera kuning.
  • bendera merah - Dikibarkan oleh pengadil bersama-sama dengan bendera biru atau kuning ; menandakan pelumba mesti dihukum serta-merta.
  • bendera hitam - Dikibarkan oleh pengadil bersama-sama dengan bendera biru atau kuning ; menandakan pelumba telah disingkirkan dari perlumbaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...