Penjagaan Asas:-
- Badan mesin - Lap saja dengan kain basah. Penggunaan chemical akan mengakis lapisan cat. Sebolehnya, nasihatkanlah para pengguna supaya mengelap peluh mereka sendiri yang menitik. Begitu juga dengan bahagian conveyor, cuma kalau mahukan shiny boleh di gunakan sedikit wax. Spaykan mana-mana bahagian yang sudah lusuh.
Menyelenggara mesin treadmill:-
- Soft button - Berfungsi mengawal dan melaraskan aktiviti senaman. Disebalik button ini mengandungi empat bahagian berasingan membran key. On kan power dan tekan satu persatu button. jika ada yang rosak, button tadi tidak mengeluarkan beep. Bukan dengan hujung pisau dan tukar membran yang rosak.
- Lcd monitor - tidak ada kesan paparan yang tidak normal. Tukar yang baru. Setakat nak check connection tidak banyak membantu tapi boleh di cuba.
- Emergency button - Dalam keadaan running, cuba tekan dan mesin akan berhenti dengan serta merta. Juga terdapat kunci untuk tujuan keselamatan. Buka button dan periksa spring. Ganti part yang rosak.
- conveyor jamed - terdapat beberapa belting. buka dan gantikan yang haus atau putus. Boleh dititik minyak pelincir untuk mengurangkan gesaran jika berbunyi bising. Perlu di ingat, terdapat 2 jenis motor. Kedua-duanya motor DC. Satu untuk mengerakkan conveyor speed. Buka dan periksa carbon brush yang haus. Begitu juga motor incline yang berfungsi untuk mode daki bukit. Troubleshoot seperti motor lain dan jangan panik, jika motor rosak, bawalah ke kedai rewinding. Periksa juga outgoing supply DC kot-kot la ada device yang rosak.
- Alignment - conveyor yang tidak center boleh menyebabkan geseran dan kesannya boleh merosakkan komponen yang lain. Hidupkan mode quick start dan perhatikan di hujung conveyor terdapat lubang yang mengandungi allenkey, jika conveyor banyak bergerak ke arah kanan. Adjust allenkey di sebelah kanan sahaja. Putarkan setengah putaran dan biarkan conveyor bergerak dalam 5 minit dan lakukan adjustment sehingga center. Begitu juga jika belah kiri yang rosak. prosesnya tetap sama dan adjustment hanya pada belah kiri sahaja. Petua nie...
- Lampu penunjuk - kebiasaanya berwarna biru. Jika ianya bernyala, ini menunjukkan ada masalah pada treamill anda. Lakukan servicing..Tak tahu ?? Aiya tadi kan da baca.. Camana nak reset lampu nie? Mudah je, tekan serentak incline - dan speed - selama 5 saat.
- Untuk select tekan incline +
- untuk confirm tekan "select"
- mesin akan auto run sehingga keluarlah apa-apa komen yang dapat membantu kita mengenalpasti kerosakan yang wujud. Jika tiada kerosakan, mode ini akan cakap "auto check ok".
- Tekan emergency button untuk exit.






