Tuesday, February 22, 2011

CARA BAIKI KIPAS SILING

Kipas merupakan suatu keperluan di setiap rumah. Ia berfungsi menggerakan udara. Terdapat pelbagai jenis kipas siling di pasaran. Di zaman sekarang sudah ada kipas siling yang di kawal secara jauh(remote control). Malah terdapat juga gabungan lampu hiasan padanya. Terpulang kepada keperluan mahupun kemampuan individu dalam memilih kipas siling. Sila ke kedai untuk mendapatkan yang terkini kerana MT kali ini ingin berkongsi cara membaikinya sahaja. Jom kita troublrshooting bersama.


  • Kipas tidak berfungsi - Berkemungkinan alat perlindungan( Main suis, MCB, ELCB ) terpelantik(Trip). Sila ON kan semula. Jika tiada bekalan juga. Sila semak bil TNB kot tak bayar lagi. Hehe gurau je, kes begini dah tak boleh di ubati lagi kerana motor telah rosak. Di nasihatkan tukar baru.

  • Kipas berpusing tetapi slow - Kebiasaanya kapasitor kipas tersebut telah rosak. Sila gantikan yang baru mengikut kadaran yang sesuai. Bawa sampel ke kedai untuk lebih mudah. Tak kenal kapasitor? Dekat kipas tu ada tersembunyi dalam tudung bawah berwarna hitam mempunyai dua terminal.

  • Kipas berpusing lawan arah jam - Ni kes kapasitor di pasang secara terbalik terminalnya. Just ubah je cara masuk kabel.

  • Kipas berbunyi bising - Mana leh tahan kan, cuba tengok bilah kipas takut ia bengkok. Kalau leh perbetulkan, bunyi bising mungkin boleh di kurangkan. Ada juga disebabkan rod penyangkuk telah longgar. Ketatkan bahagian ini. Lambat bertindak, kipas akan menghempap kepala tuannya.

  • Kelajuan tidak boleh dikawal - Ini disebabkan alat control( regulator) telah bypass ataupun rosak sebahagian. Gantikan dengan yang elok. Jika regulator panas pun sama. Sila tukar baru.
Di harap dapat membantu dan selamat membaiki kipas...

Oleh kerana banyak aduan tentang kipas siling jenis kawalan jauh, maka MT paparkan contoh kedudukan kapasitor yg membuatkan kipas sering bermasalah. 








166 comments:

Anonymous said...

Info yang berguna... Thanks 4 sharing...

Anonymous said...

kipas saya ada problem.dah tukar kapasitor.saiz sama dgn yg asal.masih problem lagi.kipas saya berpusing slow walaupun tekan butang high.adakah peringtang pada green board yg problem?tq

imaeazma said...

tq melawat blog.. sy rs kita yg saudara guna terdiri dari komponen elektronik. sy cuba memberi cadangan. Cuba terbalikkn cable pd kapasitor dan bypass controller( keadaan dimana kita tidak kawal melalui remote/regulator) jika tiada prubahan kelajuan, ini besar kemungkinan board rosak/,motor telah hilang upaya..slmt mencuba

yussalfian said...

Assalam,
Problem: kipas berputar dan selepas beberapa saat henti kemudian berputar semula.. ini berlaku secara berterusan..hmmm tak tahu masalah apa!!...
Sy menggunakan kipas remode control..
mohon tunjuk ajar yea...

imaeazma said...

da try tengok conection kabel n kapsitor x

Si Pensel said...

kipas aku berbunyi la...kalo nk kata bilah rosak,aku da bukak semua bilah n try on, ttp berbunyi...sbb apa ek?? nk try bukak kt tgah2 tuh tp ketat gile skru die...hahaha...ada cra laen x??

imaeazma said...

try spray wd40

imaeazma said...

sama2...insyaallah. bravo uni sriwijaya!!

nan abdul hamid said...

asalam blh tanya..apa masalah klu kipas xon..x boleh pusing...

nan abdul hamid said...

asalam..apa masalah klu kipas xboleh pusing...kipas siling..

imaeazma said...

wslm...on kan suis dan select regulator dia pastu try pusing dgn penyapu( pakai tgn kot xsampai hehe ). Jika berpusing, sila tukar capasitor. Jika xpusing gak. check ada api tak kat connector di kipas. jika ada, kemungkinan motor terbakar.

Anonymous said...

assalam, kipas bilik ak berbunyi lps beberapa minit bukak..bnyi die mcm ''tek tek tek tek'' lbih kurang la haha. Time mula2 bukak tak bunyi.. tau x ape masalah kipas ak ni? tlong please.. terima kasih.

Anonymous said...

salam,
kipas siling umah saya ada masalah pelik sikit..
boeh brpusing tapi had klajuan smpai 3 je (maks. 5) kalo set kat regulator lbih 3, dia trip tros kt RCCB..
MCB dah ganti drpd 5A ke 10A tapi msih x ok,
regulator dah ganti tp msih x ok gak.. apa punca mlahnye?

imaeazma said...

wslm... kepada pemilik kipas yg berbunyi tek tek tek tek tu kebiasaannya ada komponen yg bergesel je. try adjust penutup cover yg berbentuk kon tu, manakala bahagian area shaft motor leh di sapu grease or spray je lubricant.


alahai pemilik kipas yg pelik,
mcm berhantu je kipas anda, mengikut tilikan dr jarak jauh saya, simpton yg diberikan itu melibatkan shortage di antara kabel L or N kepada wayar hijau. Ini je sebab ELCB boleh terpelantik. Kalau regular dah tukar tapi masih trip gak, cuma disconnet kabel hijau di kipas dan regulator.. try dulu and mesej saya lagi utk kita cuba solve bersama2.

Thanks

jie77 said...

salam,

kipas siling saya (kawalan jauh) ni tak tau masalah apa. Bila on kipas, tak kiralah speed apa, kipas tu pusing sekejap, lepas tu macam ada bunyik tik, kemudian speed dia automatik tukar sendiri, lepas beberapa saat bunyik lagi tik, tukar speed sendiri. setiap beberapa saat benda tu berulang, walaupun saya dah tekan remote utk cuba kekalkan speednya. mcm ada hantu jek main. haha... maknanya kipas saya ni kejap slow, kejap medium, kejap laju, lepas tu slow balik, ulang2 automatik. berbaloi ke repair sendiri nih? adoiyaii...

imaeazma said...

saya rasa memang control board remote yg rosak ni.saudara hendaklah panjat kt kipas tu dan buang dia punya control, pasangkan wire direct. jika kipas berfungsi, confirmlah remote xleh pakai.secara umumnya, kipas remote control ni didatangkan dengan komponen berasingan. masih berbaloi jika dibaiki sendiri. kos nya kurang dari rm50. boleh juga pasang kipas tersebut tanpa remote tetapi speed jd maksima la. tambah regulator je.

Adi said...

kipas kat bilik sy asik bunyi yg nyaring, tiap2 mlm sy tdo x on kipas. Da panjat tgok kat kipas tu ape mslh tp xtau mn 1 nak d tgok. Tension #--

Anonymous said...

Salam.. Kipas umah sy cuma boleh gerak bila letak pd no 3 & 4 je.. Yg lain smue x blh.. Knp ek? Nk kena tukar regulator ke? Klau ye blh bro ajarkan x? Sy ni buta elektrik.. Hihi..

imaeazma said...

Hi Adi..mengikut pengalaman, berlaku geseran diantara tudung bawah kipas dengan body yg berpusing. Ketatkan skru yg ada bagi renggang sket jaraknya agar tiada geseran berlaku, selitkan kertas pun takpe hehe..ok tudung tu ada dua, satu untuk tutup terminal kabel incoming di atas manakala di bawah pula utk lindungan sambungan kabel ke motor. harap dapat membantu

imaeazma said...

HI kawan, regulator kipas ini seakan transformer yg berfungsi mengurang voltan. makin kecil no speed maka makin rendahlah voltan yg dibenarkan mengalir. untuk mengenalpasti kerosakan dengan cara mudah,buka cover regulator dan on kan suis, letakkan test pen pada setiap kabel yg keluar dan laraskan speed. nyalaan test akan malap pada speed rendah ke nyalaan terang ke tahap high speed. jika semasa test speed tadi ada yang tiada yang nyala, maka ianya tentu rosak dan eloklah di tukar baru regulator itu. sekian

ss_izal said...

kalau macam saya macam mana?
pakai kipas remote control, tapi bila on, kipas berpusing, lepas tu dia mati, on lagi guna remote, lepas tu mati, kadang dapat la 2 jam, kadang sampai ke pagi dari malam, kadang balik keje je on kan kipas, 2 saat mati. apa sebab ye. rasanye dah ruled out kan yang motor panas kot

Unknown said...

Salam.kipas rumah saya bila on je akan berdengung je bunyi. Kipas saya ni guna remort,speed 1 bunyinya slow sikit.bila speed 2 & 3 bunyi berdengung makin kuat.macam bunyi tak cukup power je. Thanks

imaeazma said...

wslm Fatimi..saya rasa bearing motor ada geseran. motor kipas ini kecik je, nak baiki tak padan dengan kos.Sekiranya bearing pecah akan bunyi lagi teruk dan boleh la tukar kipas baru. Apa yg boleh dibuat adalah dengan spray je lubricant mcm wd40 dekat motor dia skit. Paling bagus cari moisure displacer for electrical equipment.

imaeazma said...

ss_izal..

Try tukar kapasitor

Anonymous said...

Salam, dah bukak kon kat kipas siling remote saya. Kapasitor dh cair n mengelembung. Dah x nampak rating. Kat circuit board tulis 450v 2uF. Kat kapasitor yg rosak tu macam tulis 2.++uF. Nk beli baru kena ikut yg kat board tu ke? Apa jadi kalau beli 3uF ke, apa ke... Boleh meletup ke kipas tu? Kalau menjadi repair ni, xyah la beli aircon... Hehehe...
-jimi-

imaeazma said...

wslm...boleh je nak pakai 3 uf .. kipas pn xmeletop.ohya lagi bagus pakai aircon. nyaman dan selesa hehe

Anonymous said...

nak tanya, sama tak kapasitor kipas tanpa remote dengan kipas yang ada remote

imaeazma said...

sama..kalo nak confirm leh tgk kapasitor yg asal utk rujukan. average bagi kipas siling arround 3 uf

honeybee said...

Salam, nak tanya kalau kipas ada bunyi teet, pastu dia stop then on balik bunyi teet, kipas tu apa yg rosak ? Saya nak repair sendiri tapi tak pandai takut kena hempap dgn kipas..
Kalau nak suruh repair, xtahu nak contact sape suh repair -.-

imaeazma said...

kipas honeybee nie jenis pakai remote ke? kemungkinan sensor rosak. so bypass je tp speed laju la. tak pun beli je set remote yg baru. leh beli dekat kedai jual barangan wiring letrik. harga dalam rm50 je. ke nak soh saya belikan gak hehe...

honeybee said...

Ha a,kipas pakai remote.. set remote tu yg dlm kipas ke ape? maaflah xtahu..

imaeazma said...

yup.. kat kipas tu

kasia said...

salam, kipas siling bila pasang lebih kurang 5 minit akan trip kat mainboard tu, kalau on balik pasang 5 minit trip lagi, apa masalh agaknya ye? kipas baru setahun beli.. alpha brand. terima kasih

Anonymous said...

kipas siling pasang dlm 5 minit pastu trip, bila on balik dlm 5 minit trip lagi apa masalah ye?

imaeazma said...

kipas trip kat mcb ke elcb?
andaian saya:-
kabel ada shortage,biasanya neutral dengan bumi(jika elcb trip). hal ini berlaku dalam kipas tersebut kerana tripping berlaku hanya tika kipas di ON kan. boleh rewiring semula kabel dalam btg kipas atau cuba disconnet dulu kabel hijau. tgk ye trip ke tak. Jika mcb yg trip. kemungkinan ada prob dalam motor dan memang xleh wat pe lah. elok bli baru. Saya harap tiada overload pada circuit kipas yg di pasang. Cuba dulu dan aw bagi makluman lagi utk saya cuba bantu

Unknown said...

mcm mne cre nak guna kipas remote .jika remote hilang

Unknown said...

alat kawalan kipas hilang ,kipas blh guna lg kew

Unknown said...

kipas aku remote hilang mcm mane

imaeazma said...

buang terus sensor kat kipas dan buat sambungan terus. tetapi kipas anda akan jalan dalam speed max. ada baiknya aw p beli baru controller remote. harga kurang dari rm50 je saya tengok

faizyrul said...

Salam sy baru beli kipas cap ums.kelajuan pusingan ok,1 smpi 5 boleh nmpk klajuan bertmbah. tp masalah angin xde.pasang 5 pun angin sayup2 je.apa masalah nyer pusing terbalik ker?biasanye kipas pusing arah jam ke lawan jam?

Anonymous said...

salam, sy biasa tukar kapasitor kipas, untuk kipas guna remote saya x pandai sbb banyak kapasitor pada boardnya, kipas jenama panasonic kale kelabu,minta tunjuk ajar, tq

imaeazma said...

nie la masalah kipas zaman moden. semua pakai electronik, saya nasihatkan aw cari litar kapasitor ke motor kipas, sori sb x byk membantu

imaeazma said...

fy fy ,

kipas berpusing ikut arah jam , setengah kipas moden ada suis untuk tukar arah pusingan jam, cuba cari ...
lagi satu, kipas bilah mcm kayu ke aw punya ? kebiasaannya bilah kipas di pasang terbalik. cuba tengok k

shebbie said...

assalam saudara... kipas siling saya berfungsi elok tiada bunyi... masih sejuk... tapi pelik tiba2 terus padam... saya try on tak gerak langsung... apa masalahnya tu saudara?

imaeazma said...

wslm shebbie, langkah pertama aw sukat dulu voltan pada kipas(kabel ni ada pada tudung kipas atas) dan bacaan hendak 230v - 250v. jika cukup aw pusing dgn tgn dlm keadaan on. jika kipas berpusing dengan laju. aw tukar kapasitor. jika tiada perubahan saya rasa motor terbakar. selamat mencuba

Sham said...

salam, kipas saya tiba-tiba tak boleh hidup, bila tekan remote ada bunyinya tapi kipas tak pusing, bila pegang kat bahagian atas kipas (motor dia kut) terasa macam ada getaran dan ada rasa panas tapi kipas tak jalan jugak....ada idea apa kerosakkanya dan samada boleh repair lagi ker?

imaeazma said...

motor problem. tukar kipas baru jln terbaik. kalo nak buka pn boleh tgk kedudukan motor ada sangkut ke x. jgn takut nak buka sb kipas aw da memang rosak. mana tahu lepas aw pasang balik kipas leh jln.

Unknown said...

Salam bro. Kipas aku mmg dh slalu tukar kapasitor dia. Tp x tahan lama lah bro.dlm 3 minggu dh stqrt dh nak lembab balik.. buntu dh ni bro. Harap dpt membantu..

imaeazma said...

bro napi dah beli ikut spec asal ke kapasitor 2? jika peralatan kita mudah rosak kebiasaanya arus elektrik( dalam unit ampere) bagi litar kipas ini mungkin kurang stabil. cuba buat wiring ringkas guna kabel 3 core untuk kipas je dan sambung pada plug. pantau samada kipas sakit lagi ke x.

Unknown said...

Asal 2uf je. Tp napi pasang yg 2.5uf. Adakah sebab tu punca dia? 2.5uf tu mmg laju kipas.. tp memakan kapasitor

imaeazma said...

2.5uf pun boleh. saya masih anggap arus pada motor tu tinggi. tetapi en napi cuba 6 uf leh jln tak kipas tu. cuba dapatkan juga kuasa motor kipas, saya cuba kira saiz cap sebenar utk kipas tu

anis said...

Salam..sy ada 1 masalah..kipas ni on la no brapa pn..angin dia xda..xtau kemana ilangnya..pelik betol..ada yg xkena kt mana2 ka

anis said...

Salam..masalah kipas kt rumah sy ni..on la no brapa pn..semua mcm xda angin..anginnya mcm naik ke atas n bukan ke bawah..so on kipas pn mcm xon..ada apa2 solution x..

imaeazma said...

hi aniss,
kipas lawa ke awak guna nie.. ada setengah kipas memang ada suis untuk pusing terbalik. aw godek2 dulu. tak jadi gak baru adjust blade k

Anonymous said...

Hi..

Kipas kt rumah n sy syak rosak remote.. bla tekan2 x jln kdg2 jd gila..

Bila sy bypass pki direct, pusing slow j..

Motor dh rosak k ek...

Apa pendpt? Tq

imaeazma said...

bypass kipas beremote nie aw kena buka sensor dia. ini untuk mengelakkan memori speed masih ada. untuk check remote aw ok ke x, leh cari posting dlm blog nie. harap dapat membantu

Anonymous said...

yg kata kena sambung direct tu wayar yg mna?

imaeazma said...

aw kena cari dulu pcb yg ada sensor tu da buangkan ia. kabel dari connector kat tudung atas tu yg aw sambung pada kabel keluar dari sensor.

azura adila said...

Encik..saya pn ada masalh kipas ni..satu kipas syiling.bila on je bunyi kuat.bunyi pula macam kipas tu nk jatuh ataupn tercabut..serems la nk on kn..sudahnya guna kipas meje je..satu lagu kipas meja@berdiri jenama mistrall..bilahnya 18 inci..kipas ni lau bilah patah susah nk cari kne pg beli kt kilang dia..masalahnya pulak kipas ni masa on kn dia berbunyi..pastu xjalan dan bau hangit..sudahnya xleh guna dah..simpan tp nk buang sayang.rasanya boleh betul kn lg x..syg la..

imaeazma said...

bilah 18 in ada jual kat mydin. kalo xde gk aw leh cr kat kdai jual peralatan letrik. masalah bunyi kipas cm nak jatuh tu dari geseran yudung ke? cuba adjust tudung jgn bg bergesel dgn body kipas yg berpusing tu. kalo motor, plak aw bley cuba spray wd40. harap dapat membantu

azura adila said...

Beli kt mana spray wd40 tu..klu kipas meja yg bila on dia bau hangit pastu xleh on da tu mmg kipas tu da xleh repair ke....apapn trma kasih reply pertanyaan sy..

imaeazma said...

wd40 nie sejenis lubricant. mudah di gunakan sb ianya dlm bentuk spray. byk di jual di kedai hardware, supermarket pn ada cari aksesori keta. Aw cuba buka kepala kipas tu. cuba kesan tempat terbakar dgn menghidu. jika motor terbakar boleh replace motor baru. cari dekat kedai jual peralatan wiring. Agak susah utk dapatkan tetapi mmg ada part. selamat mencuba

ayie..no one else.. said...

salam..kipas kat umah saya ade 2 kipas yang bila pasang maximum tak rasa angin sangat..dah bersihkan,buang habuk pun,dpt rse sket je..satu pkai remote satu lagi pusing2 tu je..ni sebab kapasitor ke?n kalo nk tukar,kne upah org yg berpengalaman ke?saya tak pnah repair2 kipas ni..and kapasitor tu kedai hardware ley dpt x?

imaeazma said...

kipas yg kapasitor rosak besa nya berpusing slow g2 walaupun da pasang pd max speed. ianya banyak di jual di kedai2 hardware letrik. kebiasaanya 2.5 uf, dan sangat senang di tukar cuma memerlukan ladder. selamat memanjat

Unknown said...

Assalamualaikum,kipas saya ada problem,bila on suis kipas blh jalan tapi macam sangkut2 dan x blh control pakai remote..so far remote saya rasa ok sbb bila tekan ada bunyi pada kipas tapi takat bunyi jelah,saya da togelkan kipasnya kot2 ada wayar putus ke tapi nampaknya semua macam ok,mintak tlg komen sikit..kipas saya jenama panasonic bayu empat bilah..

imaeazma said...

saya anggap kipas aw laju berpusing dan sangkut2 je. ini disebabkan coil motor problem. kena tukar baru

Bai said...

Saya ade masalah dgn kipas siling panasonic..br bli dlm 7 bln lpas tp slow nye..mak aii..br bli dh slow ke?Ke cina yg juai kenceng sy?

imaeazma said...

hampir2 dah tu hehe. patutnya masa da tau slow, bai da kena tukar balik.cuba check underwarranty lg x

Faizal said...

Salam bro,
saya punya Ceiling Fan Panasonic jenis remote control (F-MY143)sekejap laju dan sekejap perlahan..hasil penelitian saya,kipas berfungsi seperti power supply putus-putus..dia pusing 15saat dan dia cut power dalam 3 saat..begitulah saya lihat dia berfungsi..apakah receiver regulator ada masalah??

Unknown said...

Salam,
Masalah kipas sy(jenis regulator)
ialah tidak berpusing langsung dan berbunyi berdengun,bila sy pusing bilahnya smooth jer.
T.Kasih

imaeazma said...

faizal,

ada kemungkinan capasitor rosak. try tukar. jika tidak menjadi baru tukar 1 set remote.

imaeazma said...

piston,

saya agak motor kipas da rosak. tukar kipas baru

jlt said...

Salam...nak tnye kalo kipas sy berbunyi dan bergoyang-goyang...sbb geseran ker?..boleh kongsikn cara-cara nak btulkn..

Homestay Asfa & Wazif said...

saya nak tanya kipas syiling jenama era tahan ka tak? sebabnya dekat rumah sewa saya baru 2 bulan guna dah tak berfungsi. buka tutup
suiz pun dah tak pusing, apa masalah dia ya, minta imaeazma jelaskan...

imaeazma said...

salam jit.. atasi geseran dengan spray pelincir dan yg bergoyang biasanya bilah kipas tak seimbang. cuba imbang dengan perhatikan ada x bilah yg bengkok dan betulkan balik

imaeazma said...

noraina,

jenama era nie da kira elok tetapi leader dlm kipas siling nie hanya KDK dan Panasonic je JKR recommeded. Jika suis pun tak fungtion da bukan masalah kipas. cuba check ada api masuk tak kat suis. buka dan test guna testpen suis tu sb saya suspek xde current tu. Jika suis dlm OFF hanya 1 terminal je ada api. Maknanya ada current. Pastu ON suis tu dan check, mesti dua dua terminal ada api. jika hanya 1 je ada api. tu suis yg rosak. Kipas rosak dlm 2 bln leh claim waranty, tp pastikan betul2 rosal sebelum di maki tuan kdai krn kipas kita sebenarnya tak rosak,. cuba dulu n komen balik utk sy cuba bantu.

don said...

nak tanye remote kipas sy rosak,nak tkr ltak regulator blh tak?? Kene bypass board dgn sensor tak???

imaeazma said...

boleh

Anonymous said...

Nk tnya..knapa kipas kt rumah sy bile sy saje2 nk pusingkn kpas tnpa onkn suis..kpas 2 mcm jem..nk brgerak...ble on suis xjalan .

imaeazma said...

sebelum saje2 nak pusing tu kipas jalan tak bila on kn suis ? kalo da jem tu masalh bearing motor. tukar baru seketul. tq

Anonymous said...

Salam bro....tq share info yg sgt berguna...saya jugak ada masalah kipas ber remote...brand kdk 6 tahun guna..penah tukar sensor board dulu sbb remote tak function...skang meragam balik tapi kali ni kelajuan tak bleh max..nak tukar capasitor tp kurang arif...bleh bagi diagram atau dicadangkan guna regulator aje..? Kalau nk guna regulator bleh bagi diagram jugak...tq so much...kalau perlu email inform saya....

imaeazma said...

maaf saudara, saya tak tau nak letak diagram dalam ruangan komen. saudara panjat kipas dan kenalpasti pcb remote(saudara penah tukar sensor sblm ini) dan asingkan. wire live,nuetral dari siling tu saudara directkan ke motor kipas. antara neutral dan live tu, pasang seunit kapasitor 2.5uf. try on kan kipas...kipas akan berpusing pada keadaan max. sekarang pergi ke suis lipas kat dinding, ops sblm tu kena cari dulu regulatornya. cara pasang regular pula senang sekali. buka suis kt dinding dan amik test pen dan testkan terminal yang ada api bila suis dlm keadaan off,so ini kabel live. kabel dari terminal sebelah live tadi di kenali sbg kabel sius. kabel suis ini saudara sambung ke terminal regulator. lagi satu terminal regulator tu saudara sambung ke terminal kabel suis yg sebelah kabel live td. ok siap... selamat mencuba

Anonymous said...

Salam.

Tumpang tanya,

Kipas siling bilik saya ade bunyi macam tikus yang nyaring tu. Baru je jadi dalam minggu ni. Sebelum ni tak penah pulak keluarkan bunyi nyaring tu. Saya dah bersihkan habuk pun masih ade bunyi.

Boleh saya tahu macam mana nak buat? Kalau sy perlu panggil orang untuk betulkan, adekah saya kena panggil orang wiring?

Terima kasih.
(Nur)

imaeazma said...

wslm, rumah aw byk tikus ke hehe..
tanda yg aw bg tu saya suspek motor fan yg bergesel. untuk mengatasinya aw xperlu panggil wireman, aw buka je dan cari motornya. selepas itu spraykan pelincir. penyelesaian ini hanya sementara kerana bila lubricant da kering, bunyi akan datang lagi. kena spray lagi. sekiranya bernasib baik, bunyi tikus akn hilang. jika tidak, gantikan kipas baru kerana agk susah utk replace motor.

Anonymous said...

Salam,
Nak tanya, kipas siling sy ada problem dgn speed. Kalau sy set speed medium, kipas tu brpusing sgt slow tp bila set speed maximum, dia brpusing dgn kelajuan maximum .
Boleh sy tahu punca masalah ni? Adakah susah utk membaiki kipas brkenaan ? Dan kalau boleh, sy ingin tahu anggaran kos utk membaiki.
Terima kasih :)

imaeazma said...

ada 2 kemungkinan.. pertama regulator rosak. tetapi saya rasa regulator anony nie hanya ada 3 speed kn ? so dia jenis electronic. agak susah nak repair kecuali teruskan dengan pakai pada max speed kerana saya rasa ianya berpunca dari winding motor untuk medium speed dah rosak. pakai je tak payah repair. dan betul2 rosak baru tukar baru.

Azlee said...

Salam,Terima kasih atas maklumat yg diberi kat mane saya nak dapat Controller Board M14C7 Panasonic di area Kl or Kajang

Anonymous said...

Salam tq info sangat bagus ....dah trouble shooting ..so nak tahu kat mane saye boleh beli dan brape harga untuk Board M14C7 panasonic area
kl

mohd adli said...

salam bro nk tanya berkaitan kipas kt rmh aku yg tanpa remote control..kipas slow walaupun dh letak no 5..kipas to slow slps aku lab n cuci..adakah sbb kapasitor atau bilahnye?klu sbb bilah mcm mn nk repair?dan klu sbb kapasitor plak mcm mn nk tukar,kena off main elektik dulu or off suis kipas jer?mntk tlg..tq

Anonymous said...

tuan kipas syiling remote nk tukar kapasitor buka tudung just ada pcb control ja mcm yer ?

Anonymous said...

salam....boley bantu saya tak?saya guna kipas dinding....tak boley nak on dah
...memang tak gerak...ape masalah nye ye?

Ariel (Male Nurse) said...

Salam. Ingin bertanyakan berkenaan kapasitor yang terdapat pada kipas syiling saya. Bentuk bulat macam bateri besar saiz C kalau tak salah. Kalau nak tukar perlu guna kapasitor yang bentuknya sama ka atau boleh ditukarkan jenis kapasitor yang terkini bentuknya. TQ

imaeazma said...

wslm, boleh tukar mana2 bentuk asalkan muat dlm kipas anda. YG penting, kapasiti dia sama

Unknown said...

salam, remote kipas siling saya hilang. ada tak remote yang sesuai boleh guna. kipas jenis panasonic model fm14d9.tq

Anonymous said...

salam tuan. sy nye masalah kipas x berfungsi la pki remote..dah tekan bnyak2 kali tp still cleh gak.. adakah remote problem?

imaeazma said...

cuba bli universal remote

linabobo said...

Salam, minta tunjuk ajar....
Kipas siling saya pakai remote, skarang msalahnya pad pada sensor kipas tu rosak. Boleh ke kipas tu buat direct trs? Kalo bole wayar mana yang patut saya cantum kan... Minta tolong ajar...

Anonymous said...

Tabik tgk org xkedekut ilmu seperti Encik..saya nk tanya kipas siling sy jenis biasa..2-3 minggu ni baru bt hal dlu bunyi bising jaa mcm nk runtuh ja kipas tu bunyi seolah begesel..tp mmg kuat..pstu tiba2 bleh senyap plak..but 2-3 hari trus xbleh pusing mcm sangkut..wlaupn dh try pusing manual guna penyapu..so bila saya panjat tgk mmg rasa panas..so letak minyak ingat cm lekat tp still xpusing just bunyi ja mcm nk pusing..so agak2 Encik la apa yg harus sy lakukn..ingt nk try repair sndri..wlapn xpndai.. Harapp encik dpt membantu :) tq

Anonymous said...

salam tuan. saya ade kipas kdk 5 blade dgn remote. klu saye nk tuka jadi regulated punye kipas just bypass electronic board. skang kt board tu incoming ade 2 wayar (live n neutral) tap yg gi ke motor tu ade 3. klu xsilap warne putih hitam n merah. camne tu ye?

ateng said...

Salam sedara,
Kipas saya kipas remote. Bila tekan remote memula ok tp beberapa saat pastu bunyi tet tet kat kipas terus stop pusing.
Apa sebabnya yea? Kene tukar kipas baru ke atau ada solution lain?

Anonymous said...

Salam, mohon bantuan pihak Tuan, sy mini menggunakan kipaa syiling yg gun a remote. masalah sy ialah ada 3 speed kip as tu, speed 1 dan 2 kipas x Jalan tp tekan speed 3 baru jalan. to laju LA speed 3 x boleh slow, Vila try guna remote yg sama model dgn kipas Rosak sy tu pun sama.mohon bantuan pihak tuan

imaeazma said...

motor kipas sudah rosak

imaeazma said...

ateng.. relay telah rosak. besanya kedai repair elektronik radio tv boleh baiki.

imaeazma said...

3 wayar 2 adalah wayar speed ke motor. awak just kena test antara 3 wayar tersebut, yg mana nyalaan testpen paling terang dan sambungkan. ini bermaksud speed kipas 2 maksima dan untuk mengawalnya aw kawal pada regulator.

Unknown said...

harga utk kapasitor berapa ea

Anonymous said...

assalamualaikum... saya pakai kipas siling 4 bilah jenama panasonic jenis remote. saya naktanya kalau besi pemegang bilah kipas patah boleh x diweldingkan aje... maksud saya yg patah dkt tempat skru pegang bilah kipas.. saya da cek yang lain2 semua xde masalah... terima kasih

imaeazma said...

harga kapasitor kurang dari rm10


agak susah hendak welding kerana plat dia nipis je tapi boleh di cuba

zaki said...

Assalamualaikum,saya pakai kipas remote jenama winter,masalahnya bila on power ada bunyi teet tetapi ON gna remote tak function pastu refer dgn kedai dia ckp Remote rosak,model itu Remotenya dh tak d jual tetapi sya check remotenya masih ada cahaya inflaret.kedai menyuruh saya tukar remote dan transmeet skali dgn harga 120.Apa masalahnya kipas ni

Anonymous said...

Saya pakai kipas automatik tp bila ON keluar bunyi tet tet yg tdk berhenti tp kipas berpusing jg tp slow. Apa mslh sebenarnya?

vondo t said...

Kipas siling auto sy problem. Bila ON keluar bunyi tet tet yg tdk berhenti. Tp kipas berpusing jg. Apa mslh?

vondo t said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Saya ada kipas dinding, masalah nya bole on tp tidak boleh pusing. Tlg. Tq.

imaeazma said...

masa on aw try pusing pakai jari. adakah kipas itu jln? cuba buke kepala kipas tengok kerosakan nyata yg boleh dilihat, check jugak ada karen masuk x?

imaeazma said...

vondo, pcb ada rosak. agak susah nak cr ganti.

imaeazma said...

Zaki, bli kipas baru

Unknown said...

Kipas remote x bleh kontrol....mcmana nk bypass pcb??? incoming pcb 2 wire..outgoing 3 wire....bleh ajar sikit x??? kipas kdk...pcb mcm gambar yg bawah skali tu..

Anonymous said...

As salam. Kipas bilik sy berbunyi nyaring yg sgt kuat.. sakit hati mendengarnya,, rasa ade geseran berlaku kot.. sbb masa sy cuci sy goyangkan ckit kipas tu dan berbunyi.. mcm mane cara nak mangatasi tu..

Anonymous said...

Sy pkai test pen memang ada karen masuk, try pusing pkai jari pn x bole... pa yg rosak ya

imaeazma said...

saya rasa motor rosak.. aw cari kabel yg kuar dari motor dan test pkai multimeter. jika ohmmeter naik x penuh, winding ada problem

imaeazma said...

kasi pelincir la

imaeazma said...

Zainal, sy andaikan kipas saudara bila on terus berpusing maksimakan?
Tak payah nak bypass kat kipas, cuma bg beli asing alat kawalan jauh untuk kipas. sambung je kat kabel supply

Johan said...

terbaik info do blog ni. nampak gaya kipas dinding saya sudah tidak boleh diperbaiki lagi. perlu tukar kipas baru. :(

Anonymous said...

salam,kipas remote midea on dgn remote pusing dlm 2saat ada bunyi beeep dan off sendiri,macammana nak bypass dan guna wall regulator? kat remote pcb ada 5 wire,live,neutral,cap,ctl,com

Unknown said...

salam kipas remote midea,nak bypass remote dan guna regulator.pd remote pcb ada 5wire,live,neutral,cap,ctl,com.

Unknown said...

salam. bro boleh tolong aku x .kipas rumah aku bila pusing pakai kipas , bergerak. bila on suis kipas x gerak langsung. ape problem ye.tau x ape masalahnye.

Cik Elly said...

As-salam Sifu.. Hmmm xde buat servis repair kipas ke rumah ke? Kipas saya dah 2 yg xleh berfungsi ni.. Jenama e-one. Beli 3 - 2 dah KO. Dua2 tu tgh2 pusing tetiba berhenti sendiri. Nak beli baru mcm sayang plak ngan yg tu sbb fizikal masih nmpk baru. Hehe apakata tolong repairkan.

imaeazma said...

sori cik Elly, saya menetap di luar kawasan..kepada sesiapa ada skill, leh la tolon cik elly nie ye..

Anonymous said...

boleh bagi sambungan terus tanpa guna contoler board electronic...

masalah said...

kipas jenis remote KDK...on sius kipas pusing tpi slow jerr...bila tekan remote tak de bunyi tet2 pun...sy guna cmbera hp tgk kat sensor remote berfugsi...klu nak rrepair board control tu nak tukar yg mana yerr

Ustaz Nazri said...

Salam, cam mana yer nak tukar kapasitor kipas remote sebijik macam dalam gambar yg tuan masukkan dalam blog ni. Pic yang pertama tu yang board kipss tu bulat. Kapasitornya macam onboard jer melekat...cam nak buat. Ada tak jual sebutir komponen tu...terima kasi..jawab ye

imaeazma said...

wslm... komponen tu ada juga dekat kdai elektronik baiki tv.. bg dia pateri balik

Anonymous said...

Kipas sy dah x laju walau dah tukar gear.5..jdik sy pegi bli kapasitor bru dan tukar.bila on kipas berpusing lwn arah jam.pastu tbalikkan kapasitor tuh sama gak.dah hmpir 10kli buat percubaan tukar tblikkan wyr..tukar nhan kapasitor yg asal pun sama gak.heran gak..sblum tuh x bgitu..agaknyer napa jdik cmtue...

Man said...

Salam,nk tanye saye pakai kipas remote punye..bila on ok tapi 1-4 slow...same je bile tekan 1-4..kenape eh???

imaeazma said...

kipas aw tu single phase motor. nak tukar arah pusingan kena tukar kutub dan ia merumitkan. adakah masa aw beli aritu mmg dia berpusing terbalik? jarang berlaku kipas berpusing terbalik kecuali mmg ada suis lain dekat kipas 2 utk tukar arah pusingan


wslm... speed sama ke ke empat2 gear?

Anonymous said...

Salam bro.na tanye kipas umah sy bbunyi nyaring yg annoying gile..pakai wd40 ok..then bunyi balik even da spray byk kali..skang teros stop xbgerak dah..bole bgtau care betulkn?

Unknown said...

Salam.. Sy ada problem kipas remote.. Bila sy tekan suis dkt kipas 2 ada bunyi tet skali.. Tp kipas xberpusing.. Kapasitor pula ada dua.. 1 dekat board.. 1 lg kapaistor sambung mcm biasa.. Hari 2 blackout..bila dh ada power.. Dh xleh nk pusingn.. Prob apa eap?

Anonymous said...

Asalam,masalah sya remote kipas dah hilang.kipas jenis biasa jer.remote da cari tp x jumpa tp x jual

Unknown said...

assalamualaikum.. teman punye kipas pakai remote.. remote tah mane.. seterusnye aku terus la pasang macam kipas biasa.. lampu pada kipas ada.. api ada sampai.. kapasitor pon dah di tuko.. tapi dia masih ngada2 gak mahu pusing.. membikinkan aku pusing.. lalu aku makan biskut.. tolong bagi pendapat .. apekah yg patut aku buat ni..

Nora said...

Assalamualaikum.... Kipas saya pusing laju macam biasa, tetapi ada bunyi berdecit macam bunyi tikus tu... apa masalah kipas saya ye...

Terima kasih

korie said...
This comment has been removed by the author.
leya said...

Byk masalah kipas berbunyi. Nk kepastian jer bunyi cam boat agak2 geseran motor atau geseran fizikal kipas

leya said...

Dan satu lagi kad waranti hilang. Baru beli 2 bulan. Ada ke cara nk claim tanpa waranti kad

imaeazma said...

korie...pngil wireman.

imaeazma said...

leya,

cuba usik2 tudung kipas tu. selain dr tu maybe bearing kipas la wat bunyi tu.

warranty card xde susah la. cer bawa resit ke kdai

Sam said...

Salam. Kipas siling remote. Klu tekan low dgn med klajuan dia sama dan pusing slow sgt dan ada bunyi mcm 'buzzing'.. tp bila tekan high terus senyap, dan kelajuan sedikit bertambah wlupun masih dalam kategori slow.. angin sayup2 je.. dah buka dah cabut satu set yg kat tgh2 kipas tu. Sebijik mcm gmbar kat atas. Ada kapasitor run ngan start. Klu la nak tukar kapasitor, mcm mana nk buka sbb semua mcm lekat sekali kat board tu. ermm. Skg ni biasa buat turn on, dan tekan button high 3 kali beep. Dptlah angin yg sayup2 ni. Peluh pun susah nk kering. Klu tekan high sekali atau dua kali dia mcm kat stas td tu.. slow sgt sgt d kelajuan yg sama dan ada bunyi buzzing.. mohon bantuan tkasih.

Anonymous said...

Tuan..saya ada masalah ttg kipas alpha (skali lampu)saya.sebelum ni dia akan pusing pastu bunyi tek trus kipas stop.xsmpai 10 saat dia jalan balik pastu bunyi tek je dia stop..skali lampu pon x nyala ape kemungkinannya yer?board yg mcm gmbr atas tu dh bkak tp x sure ape patot buat.

Unknown said...

hi..nk tny..suis yg smbung pada regulator sye xdpt off..kipas brhenti hnya bila turn kelajuan pada 0...bila suis turn off walau kelajuan regulator 1, kipas masih pusing..apa masalah tu ek?

Unknown said...

Salam. Tumpang tanya. Masalah kipas sy ialah bila sy on lampu pada kipas, kipas akan terus off otomatik. Tp selepas 2 saat lampu tersebut akan off dan kipas on balik. Jd setiap mlm kena bergelap sbb tak boleh nak on lampu. Mcm mana ye tuan admin. Tq.

elly said...

Assalam.. Kenapa kipas syiling saye x berpusing.. Tp bunyi karen ader.. Lepas tukar bearing.. Ke saye salah pasang wayer..

imaeazma said...

tukar bearing motor kipas ke..

imaeazma said...

relay prob...bli kipas baru. tak pun pasang lampu berasingan. biar kipas berfungsi sbg kipas je

imaeazma said...

hi melvin,

regulator kipas x leh off kn kipas tu biasanya masalah suis kipas yg rosak.
suis tu yg dpt karen dlu br hantar pada regulator then ke motor kipas.

soalan kedua tu cnfius sket. tapi u cuba tukar dulu suis tu. saya rasa masalah boleh selesai.

imaeazma said...

tuan anony dan semua yg bermasalah dengan kipas lawa bersama lampu.

1st saya mintak maaf sb xberapa sempat nk reply pertnyaan sb jarang sgt buke blog. asyik fesbuk je hehe. bila di lihat tarikh rs kesian plak so agk lewat dpt respon. maafkan saya.

sy cuba nk bantu tetapi agk keliru dgn masalah yg di ajukan. myb lain yg di tny lain yg dijawab.

utk semua, saya adala sdikit ilmu letrik n elektronik, saya minat kerja repair tapi utk kgunaan sendiri.

saya juga pakai kipas lawa yg guna remote c/w lampu tp mmg byk msalah. sy boleh baiki kipas saya sb sy troubleshoot step by step. akhirnya berjaya, ada yg pakai blain jenis kipas n pasti kedudukan hardware berubah.

saya juga penah bw papan litar ke kedai beki brg elektronik tapi ditolak kerana rumit. yg pasti dia malas nk repair.

so agk susah nk repauir sndiri tanpa ilmu dr paling asas.

tetapi sy akan cuba bantu sedaya yg boleh

utk masalah tuan, saya rs pcb tu yg rosak. sparepart xtau la ada ke idak. jika sy berada pd masalah tuan, saya akan asingkan kipas dan lampu. hanya kipas yg guna remote. lampu pkai suis utama kipas. kena ubah wiring. aw cuba cari cable lampu tu sambg direct dengan incoming kipas. semoga berjaya. nak jadikan balik sama mcm asal agak susah walhal prob tersebut hanya kecil.

imaeazma said...

sam,

buang pkai soldering iron n bawa kapasitor run ke kedai elektronik. bli n tukar

Unknown said...

As salam..
Saya ada kipad ELBA kipas dinding.Tiba2 la ni tak pusing.kenapa tu.
sebab dia guna elektronik control utk speed.Mungkin tak sebab capasitor di motor atau capasitor di PCB.Saya terbaca artikel ada Cap " Start" dan " Run".
Harap nasihat sikit.

Unknown said...

alhamdulillah..bnyak ilmu sy dpat pasal kipas slepas baca mcm2 comment..trima kaseh..sy pon tngah cari info untk direct kan cable controller and incoming..mcm mana nk buang sensor yup??

Unknown said...

trima kaseh atas info..

Unknown said...

alhamdulillah..bnyak ilmu sy dpat pasal kipas slepas baca mcm2 comment..trima kaseh..sy pon tngah cari info untk direct kan cable controller and incoming..mcm mana nk buang sensor yup??

Unknown said...

alhamdulillah..bnyak ilmu sy dpat pasal kipas slepas baca mcm2 comment..trima kaseh..sy pon tngah cari info untk direct kan cable controller and incoming..mcm mana nk buang sensor yup??

Unknown said...

Blh tunjuk cara-cara sambungan t terus tu x

Unknown said...

Blh tunjuk x cara2 nk bypass wayar.x nk pakai remote dh.

Unknown said...

Blh tunjuk cara-cara sambungan t terus tu x

Unknown said...

asalamualaikum Tuan.saya baru saja tukar regulator..problemnya..no 1..memusing laju & seterusnya(terbalik)saya nk tukar arah sambungan wayar takut rosak koil nya..boleh tahu kenapa..tk Tuan

Unknown said...

sy nak tny pd semua, ada siap2 pernah beli x PCB kipas yg guna remote tu? mcm brand alpha,rubine,kdk, area kl/selangor.. dan blh share x brp range harga set PCB tu

Unknown said...

Salam tuan..saya nk bypass kipas yang pakai remote.mcm mana ye?sambung direct tu nk sambung wayar mana dgn mana?

Unknown said...

Salam tuan..saya nk bypass kipas yang pakai remote.mcm mana ye?sambung direct tu nk sambung wayar mana dgn mana?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...