Dalam hidup, pasti ada ketikanya anda akan berasa seperti tidak dihargai. Bukan sahaja tidak dihargai malah seperti dihina. Begitu juga dalam hidup, ada ketikanya nanti anda akan dipuji melangit. Sama ada pujian itu jujur lagi ikhlas tidaklah anda ketahui, yg jelas seseorang memuji tanpa anda ketahui sebabnya.
Percaya atau tidak kalau saya katakan, orang yg menghina sebenarnya didorong oleh rasa cemburu. Dia mungkin cemburu melihat kecantikan, kebaikan, kepintaran anda. Jadi, dia sengaja menghina dengan melemparkan kata-kata yg tidak benar tentang anda.
Katakanlah, orang berkata begini kepada anda, "Dia nak tunjuk baik. Konon dialah banyak duit selalu boleh buat kenduri." Sebenarnya memang dia telah mengatakan kebaikan anda apabila dia sendiri tidak dapat melakukannya selalu. Buruk yg diperkatakan sebenarnya adalah baik di sebaliknya, yg di sebaliknya itulah yg diterima orang.
"Pandai apa, SPM pun tak pass tiba-tiba jadi datin pulak." Dia ingin memberitahu bahawa datin tidak perlu kepandaian untuk mendapatnya. Dia tidak mendapatnya meskipun bijak, sedang anda bodoh tapi dapat pula, ia adalah pemberitahuan bahawa bijak tak semestinya syarat menjadi datin.
Nampakkah bagaimana kita boleh ubah ubah semua kata-kata negatif orang terhadap kita kepada sesuatu yg seronok untuk dijadikan bahan ketawa.
Apatah lagi jika anda telah ada segala-galanya tetapi orang masih berbunyi tidak henti. Sebenarnya itu adalah pengiktirafan bahawa anda memang telah sampai ke tahap di mana orang lain sukar menandingi dan menggugatnya lagi.
Untuk kekal bahagia bukanlah susah sangat jika kita tahu caranya. Apa yg penting usah terlalu ambil pusing. Usah terlalu mengulang kata-kata orang dalam kepala anda, kelak ia jadi sakit. Sebaliknya sebut-sebutlah apa yg anda ingin lakukan lagi dan fikir-fikirlah apa yg ingin anda usahakan esok hari.
Kelak anda akan dapati, semakin ramai orang memperkatakan hal-hal tidak enak terhadap anda, semakin banyak pula penghasilan-penghasilan anda. Jika anda lawan, anda hanya membuang masa, penghasilan akan terhenti, hujungnya akan 'mati'. Anda hanya penat berlawan dan tidak dapat menghasilkan apa-apa, yg jelas dosa kian bertambah.
Bukan kalah!
Tidak melawan tidak bermakna anda kalah dan semua yg diperkatakan orang itu benar. Pada orang yg bijak serta tahu menilai, mereka akan tetap mengagumi anda - menghargai dan mendoakan kesejahteraan anda. Hakikat di dunia ini, lebih ramai orang menyukai kita daripada membenci kita. Orang yg membenci adalah sekitar 10%. Mengapa oleh 10% ini kita hendak berhenti memajukan diri mendaki puncak kejayaan yg telah kita usahakan sekian lama?
Sama ada anda benar-benar bersalah hanya keadilan Allah yg menentukan. Sabarlah menanti pengadilan itu. Anda di pihak yg benar, anda pasti terbela jua. Dan tiada pembelaan yg paling bermakna kecuali pembelaan daripadaNnya jua. Anggaplah semua penghinaan sebagai pujian dan pujian pula sekadar kata-kata tanpa tujuan.
Tuesday, March 29, 2011
Saturday, March 26, 2011
KAWAL CEMBURU
Tanda-tanda Cemburu
- Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.
- Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.
- Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain.
- Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.
- Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.
- Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.
- Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.
- Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.
- Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.
- Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.
Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu
Wednesday, March 23, 2011
KESEDERHANAAN DALAM HIDUP
sekadar gambar hiasan |
Amru bin Harith meriwayatkan bahwa Rasulullah saw ketika wafat tidak meninggalkan dinar, dirham, hamba sahaya lelaki atau perempuan, dan tiada sesuatu apa pun, kecuali keledai yang putih yang biasa dikenderainya dan sebidang tanah yang disedekahkan untuk kepentingan orang rantau. (Bukhari)
Dalam kehidupan dunia yang cenderung semakin materialistik ini, sikap sederhana adalah sesuatu yang sukar. Banyak orang cenderung mempertontonkan kemewahan dan berlebihan dengan apa yang mereka miliki. Banyak orang merasa tidak pernah puas dengan apa yang telah mereka miliki. Mereka berlumba-lumba mengumpul harta dan kekayaan. Mereka seakan tidak puas dengan apa yang telah mereka miliki. Ketika mereka telah diberikan oleh Allah kenderaan berupa motosikal, mereka ingin memiliki kereta. Malah mengejar kereta lebih mewah.
Perilaku di atas sering kali menjerumuskan manusia pada perilaku yang bertentangan dengan syariat Islam. Ketika manusia cenderung berperilaku berlebih-lebihan, sering kali pula manusia dibutakan matanya dengan melakukan perbuatan-perbuatan berupa tindakan rasuah dan bentuk jenayah lainnya. Semata-mata kerana kemewahan.
Hidup Sederhana adalah hidup tidak berlebih-lebihan, tidak bersikap mempertontonkan kemewahan di kalangan khalayak. Hidup sederhana juga berarti ada sifat qana’ah dan senantiasa berlaku adil serta mensyukuri nikmat yang telah diberikan Allah swt. Sikap hidup sederhana juga berarti bersikap secara profesional, menempatkan sesuatu pada tempatnya, menggunakan harta yang dimilikinya untuk kepentingan dan kemaslahatan umat, sentiasa berinfak dan berzakat.
"Beruntunglah orang yang diberi petunjuk kepada Islam, penghidupannya sederhana dan merasa cukup (qana'ah) dengan apa yang ada" (Muslim)
Dalam berperilaku hidup sederhana bukan bererti tidak diperkenankan memiliki harta kekayaan. Namun, dalam hak pemilikan harta kekayaan harus dihasil yang sesuai dengan aturan yang digariskan dalam syar’iah terutama yang halalan thoyyiba, bersih dari suap menyuap, terhindar dari segala bentuk batil dan kefasikan, atau jauh dari landasan Islam, tidak cacat secara syar’i, tidak ada kerakusan, tidak minta-minta apalagi mengemis yang dapat menjatuhkan martabat secara pribadi, atau kolektif. QS Al Baqarah (2):168
Oleh karenanya, sebagai seorang muslim, sudah selayaknya kita mengayakan hidup sederhana dengan cara berperilaku hidup sederhana, tidak berlebih-lebihan dalam kepemilikan, dan senantiasa mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah swt.
Tuesday, March 22, 2011
MAHU PENCEN ATAU KWSP ?
Keistimewaan skim pencen.
(1) kita akan dibayar gratuiti (ganjaran perkhidmatan) secara tunai sekali gus... kalau pilih KWSP, kita tak layak utk menerima faedah ini...
Berapa? ... 7.5% x gaji pokok terakhir x bulan genap perkhidmatan (dikira dari tarikh lantikan ke jawatan tetap dlm perkhidmatan kerajaan sehingga bersara)
(2) akan dibayar pencen bulanan sehingga ke akhir hayat...
Kadarnya, 1/600 x gaji pokok terakhir x bulan genap perkhidmatan... jumlahnya tidak boleh lebih dpd 1/2 gaji pokok terakhir... secara kasar, kalau gaji RM1,500.00 bolehlah dpt RM750.00 sebulan...
(3) sekiranya penerima pencen meninggal dunia... pencennya akan dibayar kpd suami/isterinya dgn kadar spt di (2) sehingga 12 tahun dari tarikh kematiannya, selepas 12 tahun, bayaran akan dikurangkan kpd 70% sehingga ke akhir hayatnya... (dgn syarat suami/isteri itu berkahwin sblm simati bersara)...
(4) anak2 juga akan dibayar pencen ayah/ibunya sehingga mereka berumur 18 tahun atau sehingga mereka tamat pengajian ijazah pertama, sekiranya penerima pencen meninggal dunia tidak meninggalkan suami/isteri...
Namun seseorang itu boleh hilang kelayakan menerima pencen jika ia dikenakan tindakan buang kerja, atau jika setelah bersara, dikenakan penjara akibat apa-apa kesalahan jenayah...
(5) satu lagi kelebihan skim pencen ialah pencen hilang upaya... sekiranya seseorg itu disahkan hilang upaya utk bekerja oleh satu lembaga perubatan, ia layak menerima pencen hilang upaya... kalau pilih KWSP tak ada peruntukan ini...
kadarnya,... 1/500 x gaji pokok terakhir x bulan genap perkhidmatan... jumlah pencen yg dibayar hendaklah tidak kurang dpd 1/5 gaji pokok terakhir...
Ada satu lagi kelebihan orang yg memilih skim pencen... bagi yg memilih KWSP, baki pinjaman perumahan dgn kerajaan akan dipotong dpd wang KWSP yg diterima... tetapi, bagi yg memilih pencen mereka diberi opsyen sama ada hendak tolak gratuiti yg diterima atau teruskan ansuran hingga selesai dgn potong bayaran pencen.
Sebenarnya kelebihan/kebaikan yang paling utama sekali apabila memilih Skim Pencen ialah kemudahan rawatan dan perubatan untuk pesara dan keluarga (untuk anak yang dibawah umur 18 tahun). Selain itu juga akan mendapat PENCEN HILANGUPAYA dalam beberapa keadaan seperti persaraan paksa atas sebab kesihatan .
Jika memilih KWSP
1. Caruman KWSP bulanan mengikut kadar untuk majikan (12 %) danpekerja (11 %)
2. Menerima semua faedah dalam SSM seperti guru lain semasa dalam perkhidmatan
3. Hilang faedah perubatan apabila bersara. Terkini(22/3/2011) dah dapat faedah,sila rujuk pekeling terbaru.
4. Tidak ada bayaran ganjaran pencen bulanan.
5. Terpaksa membayar balik baki pinjaman perumahan sekaligus apabila bersara.
Bila difikirkan, itulah yang memeningkan kepala walaupun tidak pasti umur hayat ini sampai ke tahap itu atau tidak.

renung sejenak... |
yang nie PASTI... |

Monday, March 21, 2011
SERVICE AIRCOND SENDIRI
Kemajuan hidup telah mengubah segalanya. Dari kipas daun rumbia, ke kipas siling. Malah ramai yang berkemampuan telah memiliki ''aircond''. Oooo nyaman dan segar sekalikan? Tapi perlu diingat, service penting dalam menjaga hayat dan fungsi aircond.
Jom kita belajar cara senang dan menjimatkan.
1) Filter - tau tak kat mana filter. Kat indoor (unit dalam) yang keluarkan angin sejuk tu. Buka dan tarik filter keluar. Ia biasanya menpunyai 2 filter tetapi bergantung gak pada jenis aircond yang dipasang. Cuci filter dengan air bersih mahupun sabun. Keringkan skit sblm di pasang. Lap juga coil (Fin) gak ( tempat yg bley di lap).
2) Terminal compartment - Perhatikan semasa membuka filter tadi, ada 1 tempat berskru. Disini tempat sambungan elektrik dilakukan. Apa yang perlu di buat? check la takut ada yg longgar atau kesan terbakar. Jika ada, tukar je mana2 yang rosak tadi.
3) Body indoor - lap dengan kain lembap untuk hilangkan kotoran nyata.
4) Remote - Ganti bateri dengan yg baru. Jika ada kesan karat, cuci dengan mengikisnya dan lap dengan WD40.
5) Outdoor (Condenser)- coil penyejuk biasanya di sembur dengan Aluminium Coil Cleaner. Bancuh dalam nisbah 1:1 dengan air. Sembur dengan penyembur bunga pun boleh. Biarkan 5 minit dan bilas permukaan dengan aliran air bersih.
6) Lain-lain bahagian - Lap je dari habuk. Jangan di usik komponen elektrik yang tak rosak.
7) Topup Gas - Ingatan !! Gas R22 ni sebenarnya tidak akan kurang kecuali jika berlaku kebocoran pada sistem paip. Jangan bazirkan RM60 ( harga biasa di caj kontraktor ), gas diisi paling mksima 60 psi. Sila tanya kontraktor berapa pressure sebelum nak topup gk untuk mengelak di tipu.
Tips ringkas untuk troubleshooting Aircond split-unit
Masalah bleh di kenalpasti dengan memerhati gejala berikut :

- angin aircond tak sejuk - besar kemungkinan compressor ( outdoor tak jalan ). Dah check compressor jln tapi tak sejuk gk? ini mungkin gas kurang..sila top up !
- angin sejuk tapi slow - cuci filter then check remote controller, set temperature bagi rendah.
- aircond tak hidup, kuar lampu merah berkelip2 - tukar kapasitor dlm outdoor dan periksa bekalan voltan kot la trip.
- Angin keluar wap panas - berkemungkinan compressor x jalan.
- berais - sistem defrost tidak berfungsi dengan baik. Off kan unit sehingga ais menjadi cair
Sunday, March 20, 2011
BILA DOA HENDAK DIKABULKAN?
Doa merupakan ibadah dan bukti pengakuan terhadap sifat lemah seorang hamba terhadap kekuatan dan kesempurnaan zat-Nya. Bahkan Allah mencintai hamba-hambaNya yg sentiasa berdoa dan merintih akan pemberian-Nya. Namun, usahlah kita meminta agar doa kita disegerakan.
Dalam satu kuliah agama, seorang daripada pendengar bertanya, "Ustaz, mengapakah doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah sedangkan Allah menjanjikan kepada hambaNya bahawa setiap doa yg dibisikkan pasti akan diperkenankan. Bukankah Allah menegaskan bahawa Dia tidak akan menyalahi janji-Nya?"
Tanya mereka lagi: "Saya dah kahwin hampir 15 tahun dan tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan zuriat. Sampai sekarang Allah belum kabulkan doa saya!"
Benar bukan? Barangkali inilah yg sering bermain dalam fikiran anda apabila berhadapan situasi sebegini. Syaitan pasti menambahkan kekeliruan agar ia berkesudahan dengan sikap berputus asa. Sedangkan putus asa itu dilarang oleh Allah s.w.t.
Nukilan kata-kata Syeikh Ibn Athaillah: "Jangan berputus asa jika Allah s.w.t melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yg Dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu dan (akan dikabulkan) pada waktu yg ditentukan-Nya bukan pada waktu yg ditentukan oleh kamu."
Inilah hakikat doa yg kita bisikkan. Semuanya adalah menurut kehendak-Nya semata kerana Dia-lah Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik di sisi-Nya buat makhluk yg tidak berdaya ini. Keyakinan dan kesabaran dalam menerima anugerah-Nya adalah sifat yg dituntut dalam membina keyakinan dan bersangka baik pada Allah s.w.t.
Bahkan doa Nabi Musa dan Nabi Harun seperti yg dirakamkan oleh Allah dalam surah Yunus ayat 88 & 89 yg menginginkan agar Firaun dan tenteranya dibinasakan Allah s.w.t dikabulkan setelah 40 tahun mereka berterusan dalam keingkaran.
Begitu juga dengan doa Nabi Zakaria yg sentiasa merintih kepada Allah s.w.t agar dikurniakan zuriat. Al-Quran mengisahkan kepada kita sebagaimana firman-Nya dalam surah Maryam ayat 2-10 bahawa doa Zakaria itu dikabulkan ketika usianya telah lanjut serta uban memenuhi kepalanya.
Subhanallah!! Maha Suci Allah yg Maha Mengetahui segala yg terbaik buat hamba-hambaNya yg berdoa. Sedangkan Dia pasti mengabulkan segala doa itu mengikut keinginan-Nya. Tunduk dan patuhlah kita dalam menerima kurniaan-Nya dan jangan sesekali kita berputus asa. Bukankah Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud :
Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama kamu tidak meminta disegerakan pengabulannya dengan mengatakan, aku sentiasa berdoa kepada Tuhan tetapi mengapa masih belum dikabulkan?
Oleh sebab itu, sentiasalah berdoa dan bersangka baiklah pada-Nya. Wallahutaala álam.

Tuesday, March 15, 2011
ADAB MEMBERI SALAM
Ramai di kalangan kita memandang remeh soal memberi salam. Walhal salam mempunyai hikmah tersendiri dan boleh mengeratkan perpaduan, ikatan persefahaman dan kasih mengasihi sesama masyarakat.
Tentang keutamaan memberi salam ini, Rasulullah S.A.W. bersabda yang dirawayatkan oleh Abi Daud r.a.
Maksudnya : ''Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah S.W.T ialah orang yang terlebih dahulu memberi salam kepada yang lain."
Baginda seterusnya bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn al-Sunni r.a yang bermaksud :
"Sesiapa yang menjawab salam, maka ia adalah miliknya dan sesiapa yang tidak menjawabnya, maka dia tidak termasuk dalam golongan umatku."
Biasanya, salam yang di berikan ialah :
السلام عليكم
"Semoga keselamatan dilimpahkan ke atas kamu semua."
Di jawab dengan : Walaikumussalam w.b.t
"Semoga keselamatan dilimpakan ke atasmu juga rahmat-Nya dan berkat-Nya.
Adalah lebih beradab kiranya sesudah salam kita dianjurkan bertanya khabar tentang hal ehwal kerja masing-masing, urusan kesihatan ahli keluarga, berbincang tentang sesuatu masalah serta mencari penyelesaiannya bersama.
Hikmah memberi salam :
- mendapat keredhaan Allah
- mendapat doa dari para malaikat
- akan mendukacitakan iblis
- dapat membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah (keji)
- dapat mengukuhkan persaudaraan Islam
Jelaslah manfaat memberi dan menjawab salam ini begitu banyak manfaatnya. Ia bertindak sebagai pembuka bicara dan penghubung tali silaturahim sesama muslim. Teruskan membudayakan amalan yang mulia ini. Ingat, memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Wallahuallam.

Thursday, March 10, 2011
SEMAI HARI NIE,TUAI ESOK !!
Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-
1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi
NAMA-NAMA NERAKA
Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-
1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah
Senarai rakan karib syaitan.

1. Pemimpin yg zalim
2. Orang kaya yang sombong
3. Peniaga yang khianat
4. Peminum arak
5. Pembawa fitnah
6. Pelacur
7. Pemakan harta anak yatim
8. Orang yang meringankan solat
9. Tidak mengeluarkan zakat
10. Orang yang banyak angan-angan.
Tuesday, March 8, 2011
ANALOGI SEBATANG POKOK
Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon. Pohon yg besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yg kukuh dan kuat.
Bermula dari benih yg kecil, ia tumbuh menjadi pohon yg besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yg kuat, ia belajar menahan teriknya mentari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia juga haiwan.
Setelah melalui semua itulah, dengan sebiji benih yg tidak terlihat, menjadi tunas yg bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yg tegak membesar.
Marilah kita menjadi manusia yg tidak kalah dengan keadaan dan suasana. Seperti ikan di lautan masin, meskipun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar. Renung-renungkan...

Subscribe to:
Posts (Atom)