Tuesday, March 29, 2011

TERTAWALAH APABILA DIHINA

Dalam hidup, pasti ada ketikanya anda akan berasa seperti tidak dihargai. Bukan sahaja tidak dihargai malah seperti dihina. Begitu juga dalam hidup, ada ketikanya nanti anda akan dipuji melangit. Sama ada pujian itu jujur lagi ikhlas tidaklah anda ketahui, yg jelas seseorang memuji tanpa anda ketahui sebabnya. 


Percaya atau tidak kalau saya katakan, orang yg menghina sebenarnya didorong oleh rasa cemburu. Dia mungkin cemburu melihat kecantikan, kebaikan, kepintaran anda. Jadi, dia sengaja menghina dengan melemparkan kata-kata yg tidak benar tentang anda. 


Katakanlah, orang berkata begini kepada anda, "Dia nak tunjuk baik. Konon dialah banyak duit selalu boleh buat kenduri." Sebenarnya memang dia telah mengatakan kebaikan anda apabila dia sendiri tidak dapat melakukannya selalu. Buruk yg diperkatakan sebenarnya adalah baik di sebaliknya, yg di sebaliknya itulah yg diterima orang. 


"Pandai apa, SPM pun tak pass tiba-tiba jadi datin pulak." Dia ingin memberitahu bahawa datin tidak perlu kepandaian untuk mendapatnya. Dia tidak mendapatnya meskipun bijak, sedang anda bodoh tapi dapat pula, ia adalah pemberitahuan bahawa bijak tak semestinya syarat menjadi datin. 
Nampakkah bagaimana kita boleh ubah ubah semua kata-kata negatif orang terhadap kita kepada sesuatu yg seronok untuk dijadikan bahan ketawa. 


Apatah lagi jika anda telah ada segala-galanya tetapi orang masih berbunyi tidak henti. Sebenarnya itu adalah pengiktirafan bahawa anda memang telah sampai ke tahap di mana orang lain sukar  menandingi dan menggugatnya lagi. 
Untuk kekal bahagia bukanlah susah sangat jika kita tahu caranya. Apa yg penting usah terlalu ambil pusing. Usah terlalu mengulang kata-kata orang dalam kepala anda, kelak ia jadi sakit. Sebaliknya sebut-sebutlah apa yg anda ingin lakukan lagi dan fikir-fikirlah apa yg ingin anda usahakan esok hari. 


Kelak anda akan dapati, semakin ramai orang memperkatakan hal-hal tidak enak terhadap anda, semakin banyak pula penghasilan-penghasilan anda. Jika anda lawan, anda hanya membuang masa, penghasilan akan terhenti, hujungnya akan 'mati'. Anda hanya penat berlawan dan tidak dapat menghasilkan apa-apa, yg jelas dosa kian bertambah.


Bukan kalah!
Tidak melawan tidak bermakna anda kalah dan semua yg diperkatakan orang itu benar. Pada orang yg bijak serta tahu menilai, mereka akan tetap mengagumi anda - menghargai dan mendoakan kesejahteraan anda. Hakikat di dunia ini, lebih ramai orang menyukai kita daripada membenci kita. Orang yg membenci adalah sekitar 10%. Mengapa oleh 10% ini kita hendak berhenti memajukan diri mendaki puncak kejayaan yg telah kita usahakan sekian lama? 


Sama ada anda benar-benar bersalah hanya keadilan Allah yg menentukan. Sabarlah menanti pengadilan itu. Anda di pihak yg benar, anda pasti terbela jua. Dan tiada pembelaan yg paling bermakna kecuali pembelaan daripadaNnya jua. Anggaplah semua penghinaan sebagai pujian dan pujian pula sekadar kata-kata tanpa tujuan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...