Monday, March 21, 2011

SERVICE AIRCOND SENDIRI

Kemajuan hidup telah mengubah segalanya. Dari kipas daun rumbia, ke kipas siling. Malah ramai yang berkemampuan telah memiliki ''aircond''. Oooo nyaman dan segar sekalikan? Tapi perlu diingat, service penting dalam menjaga hayat dan fungsi aircond.
Jom kita belajar cara senang dan menjimatkan.


1) Filter - tau tak kat mana filter. Kat indoor (unit dalam) yang keluarkan angin sejuk tu. Buka dan tarik filter keluar. Ia biasanya menpunyai 2 filter tetapi bergantung gak pada jenis aircond yang dipasang. Cuci filter dengan air bersih mahupun sabun. Keringkan skit sblm di pasang. Lap juga coil (Fin) gak ( tempat yg bley di lap).


2) Terminal compartment - Perhatikan semasa membuka filter tadi, ada 1 tempat berskru. Disini tempat sambungan elektrik dilakukan. Apa yang perlu di buat? check la takut ada yg longgar atau kesan terbakar. Jika ada, tukar je mana2 yang rosak tadi.


3) Body indoor - lap dengan kain lembap untuk hilangkan kotoran nyata.


4) Remote - Ganti bateri dengan yg baru. Jika ada kesan karat, cuci dengan mengikisnya dan lap dengan WD40.


5) Outdoor (Condenser)- coil penyejuk biasanya di sembur dengan Aluminium Coil Cleaner. Bancuh dalam nisbah 1:1 dengan air. Sembur dengan penyembur bunga pun boleh. Biarkan 5 minit dan bilas permukaan dengan aliran air bersih.


6) Lain-lain bahagian - Lap je dari habuk. Jangan di usik komponen elektrik yang tak rosak.


7) Topup Gas - Ingatan !! Gas R22 ni sebenarnya tidak akan kurang  kecuali jika berlaku kebocoran pada sistem paip. Jangan bazirkan RM60 ( harga biasa di caj kontraktor ), gas diisi paling mksima 60 psi. Sila tanya kontraktor berapa pressure sebelum nak topup gk untuk mengelak di tipu.


Tips ringkas untuk troubleshooting Aircond split-unit
Masalah bleh di kenalpasti dengan memerhati gejala berikut :


  • angin aircond tak sejuk - besar kemungkinan compressor ( outdoor tak jalan ). Dah check compressor jln tapi tak sejuk gk? ini mungkin gas kurang..sila top up !
  • angin sejuk tapi slow - cuci filter then check remote controller, set temperature bagi rendah.
  • aircond tak hidup, kuar lampu merah berkelip2 - tukar kapasitor dlm outdoor dan periksa bekalan voltan kot la trip.
  • Angin keluar wap panas - berkemungkinan compressor x jalan. 
  • berais - sistem defrost tidak berfungsi dengan baik. Off kan unit sehingga ais menjadi cair

    204 comments:

    «Oldest   ‹Older   201 – 204 of 204
    Ron Ronie said...

    Salam.. nk tanya. Sy baru pindahkan aircond dr rumah lama. Sblm ni anginnya kuat sgt, cepat sejuk. Tp lps pasang di tempat baru... angin jd slow dan kurang sejuk. Semua dh cuci, gas pn dh topup. Ape masalahnya ye?

    Unknown said...

    assalamualaikum nak tanya kenapa aircond saya tiba2 off sendiri..dan saya perlu on kan semula pakai remote..x de plak lampu pa menyala..saya pakai aircond jenama mitsubishi heavy duty inverter

    haikal@pomen aircond said...

    Perkhidmatan yg kami sediakan..
    Repair aircond, service dan membekal/memasang aircond baru..
    Electrical work/wiring, arieal tv, astro, repair mesin basuh, peti sejuk dan barang elektronik...
    WHATSSAP KAMI UTK RESPOND PANTAS 0197239835.
    https://m.facebook.com/Brothers-aircond-electrical-1453848391560721/

    Mrs Wana said...

    Assalam sy nak tanya aircond air menitik2 knp ye?

    «Oldest ‹Older   201 – 204 of 204   Newer› Newest»

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...