Monday, May 23, 2011

KENALI SUKAN PERAHU LAYAR

ISTILAH PELAYARAN
  • Belayar ke arah angin
Litar dibentuk dari arah angin. Perahu perlu belayar seberapa hampir dengan angin dan melakukan zig zag untuk menuju ke penanda windward. Perahu akan menggunakan layar utama(main sail) dan layar hadapan(jib).
  • Belayar dengan angin
Litar dibentuk ke bawah angin. Perahu akan belayar dengan angin bertiup dari belakang menuju ke penanda leeward. Perahu akan menggunakan layar utama(main sail) dan spinnaker(layar besar di hadapan).

PEMAIN-PEMAIN
  • Skipper - ketua kapal(pengemudi) adalah ketua pasukan atau kapten bagi sebuah perahu layar dimana tugasnya bukan sahaja mengemudi bot tetapi melibatkan keputusan mengenai taktik dan strategi yang akan digunakan dalam perlumbaan.
  • Mainsheet trimmer - berperanan mengawal layar paling besar dimana kelajuan kapal tertumpu disitu dan berganding rapat dengan skipper untuk mengawal kelajuan bot.
  • Trimmer - bertugas untuk mengawal kepala atau depan kapal. Pada pusingan melawan arah angin, trimmer berkerjasama dengan Pitman yang mengawal layar besar yang terletak berlawanan dengan layar utama.
  • Bowman - bertanggungjawab untuk mengubah layar di hadapan bot. Dia adalah ''eye at the front'',dia mestilah seorang yang atletik dan mempunyai kebolehan bergerak dengan tangkas dan cepat di depan bot.
  • Pitman - membantu trimmer untuk mengawal kapal layar dan layar besar. Pitman mengawal kebanyak tali yang akan menentukan arah layar.
Apakah makna warna-warna bendera dalam perlumbaan perahu layar?
  • Bendera kod ''Y'' - Pasukan lawan meminta pengadil litar supaya membuat pengadilan kerana dipercayai pasukan lawan telah melanggar undang-undang.
  • Bendera hijau - Tiada hukuman(dikibarkan oleh pengadil)
  • Bendera biru -  Hukuman(daripada pengadil) atau permulaan sebelum waktu(daripada jawatankuasa perlumbaan) terhadap perahu dengan bendera biru.
  • Bendera kuning - Hukuman( daripada pengadil) atau permulaan sebelum waktu(daripada jawatankuasa perlumbaan) terhadap perahu dengan bendera kuning.
  • bendera merah - Dikibarkan oleh pengadil bersama-sama dengan bendera biru atau kuning ; menandakan pelumba mesti dihukum serta-merta.
  • bendera hitam - Dikibarkan oleh pengadil bersama-sama dengan bendera biru atau kuning ; menandakan pelumba telah disingkirkan dari perlumbaan.

Thursday, April 14, 2011

MENGESAN KEROSAKAN LITAR ELEKTRIK DI RUMAH

db
Elektrik merupakan bekalan asas untuk melengkapkan hidup. Memang orang di zaman dahulu tidak kenal akan kipas, tv mahupun rice cooker kerana tiada kemudahan ini. Berbeza dengan hari ini, lahir sahaja telah celik melihat lampu yang terang benderang. Senang betul kita sekarang. Yang susahnya sistem elektrik di rumah kita gagal berfungsi.


Ada beberapa peringkat pengetahuan mengenai sistem pendawaian elektrik domestik. Tidak kira samada single or three phase yang kita perolehi tetapi ianya tetap mempunyai masalah jika kita tidak tau basic nya. Jom kita cuba troubleshooting sendiri.


MT kali ini ingin berkongsi masalah yang senang tetapi rumit. Kes yang sering berlaku adalah ELCB( peranti arus bocor ke bumi) atau MS( suis utama) yang "trip". Kebiasaannya setiap kali kilat ianya trip tetapi dapat di selesaikan dengan mengubah kedudukan suis ke posisi ON kembali. Tapi bagaimana jika secara tiba-tiba proses tadi gagal di laksanakan? Okay, jangan bimbang, cuba perhatikan betul-betul peranti-peranti perlindungan yang terdapat dalam DB(kotak fius agihan) di pintu utama masuk rumah kita(lokasi biasa). Jom...


  1. Pastikan anda dalam keadaan selamat dari tangan yang basah dan sebagainya
  2. Perhatikan mana-mana peranti tadi yang trip(kaedaan dimana suis peranti terpelantik ke posisi OFF. Kebaisaanya kebawah). Cuba angkat ke atas. Jangan takut tau !
  3. Jika yang trip tadi melibat ELCB mahupun MS, cuba OFF kan peranti yang kecil MCB ( peranti litar kenit ). Turun kan suis ke posisi OFF kesemuanya dan cuba ON kan MS. Jika boleh dan tiada sebarang trip MS yang berlaku, anda telah berjaya sebahagiannya dan ikut langkah seterusnya.
  4. ON kan pula ELCB dan tunggu seketika untuk memastikan tiada tripping berlaku. Jika trip, ini menandakan ada litar yang telah tersentuh dengan body ( earth ) . 
  • Caranya begini, cari terminal Neutral pada DB. Terminal ini biasanya di tamatkan padanya kabel berwarna Hitam. OFF kan MS dan buka kesemua kabel yang terdapat padanya dan asingkan di antara satu sama lain.
  • ON kan MS dan ELCB. Pada ketika ini ELCB pasti akan dapat di ON kan. Jika tidak boleh, ini bermakna ELCB tadi telah rosak dan gantikan yang baru mengikut kadar AMPERE yang sama.
  • Kita anggap tiada kerosakan pada ELCB dimana ianya dapat di ON kan. Sekarang, cuba sentuhkan satu per satu kabel Neutral yang di asingkan tadi pada terminal Neutral sehingga berlaku tripping.
mcb
P/S : Pastikan suis lampu dan peralatan pada soket(plug) berada dalam keadaan ON
  • Sekarang, pasangkan semula mana-mana kabel yang tidak melibat tripping yaitu hanya yang tidak bermasalah sahaja di tamatkan kabel pada terminal Neutral. 
  • Kabel yang bermasalah tadi diasingkan dan sebaiknya di balut kuprum nya dengan pelekat PVC untuk mengelakkan touching 
  • ON kan semua MCB dan sekarang sistem elektrik telah pulih. Perhatikan lampu atau mana2 alat elektrik anda berfungsi atau tidak. Jika tidak berfungsi, litar ini lah yang rosak(boleh jadi juga peralatan elektrik yang rosak) Cuba cabutkan peralatan tadi dari sistem pendawaian dan pergi ke DB dan sentuhkan kabel Neutral yang di asingkan tadi(yang bermasalah mula2 tadi) ke terminal neutral. Jika tiada tripping berlaku. Ini tandanya peralatan tadi yang rosak. Jika masih tripping juga, memang confirm litar yang rosak dan memerlukan pendawaian semula litar ini sahaja.
Ini sambungan, JIKA ELCB dan MS dapat di ON kan tetapi MCB masih dalam keadaan OFF

elcb
P/S : Pada ketika ini tiada sebarang kabel Neutral yang terlibat. Jangan keliru kerana ini sambungan dengan cara di mana ELCB gagal di ON kan.
  • Cuba naikkan( ON kan ) MCB satu persatu sehingga tripping berlaku. Jika kesemuanya MCB berjaya di ON kan tanpa masalah. Selesailah tugas hehe...Bukan main susah payah tetiba terus berjaya. Ingat, kekadang sistem elektrik tidak sama dengan teori. So jangan salahkan elektrik tau. Banyakkan baca Basmallah
  • Jika salah satu atau lebih MCB yang gagal di ON kan, Biarkan dan ON kan sahaja mana yang boleh
  • Perhatikan lampu atau mana2 peralatan elektrik berfungsi dan jika terdapat ada yang degil tidak berfungsi, ini lah punca kerosakan litar yang mana MCB tadi tidak dapat di ON kan.
  • Alihkan peralatan/cabut soket/mana2 alat yang terlibat dengan litar yang rosak ini dari sisteme eletrik dan ON kan semula MCB. Sudah tentu boleh kan? Ops... tidak berjaya juga walaupun peralatan elektrik telah diasingkan, ini tandanya litar yang rosak dan memerlukan pendawaian semula hanya untuk litar ini sahaja
Selamat mencuba dan jadilah pengguna yang bijak dizaman yang segalanya memerlukan duit.





Monday, April 11, 2011

PENDUDUK MALAYSIA HAMPIR 28 JUTA

Jumlah keseluruhan penduduk warganegara Malaysia adalah 27.6 juta orang atau lebih tepat lagi 27 565 821 orang. Angka ini merupakan data penduduk terbaru diambil dari Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang telah dijalankan dari 6 julai hingga 22 ogos 2010 yang lalu. Berdasarkan kepada kadar pertumbuhan sekarang iaitu 2.1 peratus setahun, penduduk Malaysia dijangka akan mencapai 33 juta orang menjelang 2020 dan 70 juta menjelang 2100.
Manakala penduduk dunia pula bakal mencapai 7 billion orang pada oktober 2011 berdasarkan kiraan pakar. Pada februari lepas sahaja penduduk dunia telah mencapai 6.9 billion. Dijangkakan penduduk dunia akan mencapai 9 billion pada 2050 nanti.


Negara manakah paling ramai penduduknya?

  1. China - 1.4 billion
  2. India - 1.2 billion
  3. Amerika Syarikat - 305 juta
  4. Indonesia - 240 juta
  5. Brazil - 200 juta
Negara manakah paling padat penduduknya?

  1. Monaco - berhampiran Itali merupakan negara merdeka kedua terkecil didunia tetapi mempunyai penduduk yang paling padat didunia. Dengan keluasan 1.96 km persegi(485 hektar) sahaja mempunyai 32 410 orang
  2. Singapura - negara kepulauan ini berkeluasan 710.2 km persegi menampung penduduknya berjumlah 5 juta orang. Dimana setiap 1 km persegi dihuni 7022 orang.
  3. Vatican City - negara yang terletak di dalam Itali ini berkeluasan 44 km persegi dan merupakan negara terkecil di dunia. Kota negaranya menampung 821 orang.
  4. Bahrain - terletak di teluk parsi, bahrain yang mempunyai keluasan 987 km persegi dihuni 2.8 juta orang
  5. Bangladesh - berkeluasan 144 000 km persegi
Negara manakah mengalami kebuluran?


Kebanyak negara yang mengalami kebuluran terletak di benua Afrika Selatan. Paling teruk adalah Kenya, Nigeria, Ethopia, Somalia dan Sudan Selatan


Kesan pertambahan penduduk

  • Pemusnahan alam sekitar akibat penerokaan hutan untuk tujuan membina penempatan dan kawasan industri.
  • Lebih banyak sampah akan dihasilkan dan pencemaran boleh berlaku andai tiada pengurusan dan sikap yang bijak.
  • Memerlukan lebih banyak bekalan tenaga untuk menampung kediaman dan industri. Lebih banyak janakuasa perlu di bina dan bahanapi minyak dan gas menghampiri untuk habis.
  • Lebih banyak pencemaran
  • Kekurangan air bersih dan makanan
  • Bertambahnya penyakit sosial seperti jenayah kerana kepadatan penduduk dan persaingan diantara penduduk untuk meneruskan hidup masing-masing.

Sunday, April 10, 2011

GAYA HIDUP AKTIF DENGAN BERSENAM


Aktiviti fizikal secara teratur memberikan manfaat kesihatan yang sangat besar. Ini membantu mengurangkan penyakit jantung, kanser, diabetes jenis 2 dan banyak penyakit lain. Latihan kecergasan secara teratur juga bermanfaat untuk mengurangkan berat badan dan penyelenggaraan berat badan, selain boleh meningkatkan kimia otak untuk mengurangkan kemurungan. Kajian menunjukkan, amalan bersenam secara aktif dan konsistan dapat mencerdaskan otak, fizikal dan batin seseorang.


Manfaat Latihan Kesihatan.
Kajian menunjukkan bahawa aktiviti fizikal secara teratur dapat:
- Meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama
- Meningkatkan kualiti hidup
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Membantu menurunkan tekanan darah tinggi (hipertensi) dan kolesterol tinggi
- Membantu melindungi anda daripada mengembangkan kanser tertentu
- Membantu mencegah atau mengawal diabetes jenis 2 (dewasa-onset diabetes)
- Mengurangkan risiko radang sendi dan mengurangkan gejala berkaitan
- Membantu mencegah osteoporosis
- Meningkatkan mobiliti dan kekuatan di kemudian hari
- Mengurangkan gejala depresi dan kecemasan
- Manfaat penurunan berat badan dan pengurusan berat badan



Latihan Kardiovaskular
-Jika anda menjalani hidup yang cukup aktif, setiap peningkatan aktiviti aerobik baik untuk anda. Kajian menunjukkan bahawa jalan cepat bahkan untuk satu atau dua jam seminggu (15 hingga 20 minit sehari) mengurangkan risiko anda terkena serangan jantung atau stroke, diabetes, atau kematian awal.
-latihan aerobik Berat beban juga boleh menguatkan sendi, dan meningkatkan kekuatan tulang.


Berapa Banyak Latihan Diperlukan?
The US Surgeon General, (1) bersama-sama dengan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit dan American College of Sports Medicine, mengesyorkan:


Minimum 30 minit aktiviti fizikal secara intensif dalam seminggu. Anda boleh melakukan semua 30 minit sekali gus atau berehat sekejap dalam 10-15-minit. Latihan begini bersifat sederhana yang menyebabkan sedikit peningkatan tapi nyata dalam tahap pernafasan dan jantung. Salah satu cara untuk mengukur aktiviti sederhana adalah dengan "ujian bercakap" - Aktiviti yg meningkatakan motabolisme akan membuatkan percakapan menjadi kurang selesa.

Berjalan adalah kegiatan senam yg ideal. Kebanyakan orang mempraktikan teknik berjalan cepat,ia tidak terbatas di padang jogging malah di pejabat juga boleh. Sejam berjalan cepat boleh membakar 400 kalori.


Tips berguna sebelum senaman
Sebelum bersenam, ambik dulu makanan dan minuman untuk tenaga awal tetapi jangan terlalu kenyang. Memang ramai yg ingin menurunkan berat badan dengan mengabaikan pengambilan tenaga awal. Amalan sebegini boleh menyebabkan perkara yg tidak diingini berlaku seperti pitam. Aktiviti pemanas badan melibatkan pergerakan otot-otot secara keseluruhan. Contoh alat terbaik aktiviti ini adalah ''cross Trainer''. Lakukan selama 5-10 minit.

Semasa bersenam:
Semasa melakukan aktiviti senaman, banyakkan mengambil minuman untuk membolehkan kita berpeluh dan memastikan kita mempunyai oksigen yang cukup untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Jika kita tidak mengambil air yang secukupnya, kebarangkalian kita akan mengalami dehidration adalah tinggi.

Pastikan kita melakukan senaman kita mengikut aturan yang betul. Jika senaman itu melibatkan kita perlu mengangkat sebarang berat, pastikan ianya adalah bersesuaian dengan kemampuan kita. Elakkan mengangkat berat yang lebih hanya kerana inginkan keputusan yang cepat, kita akan lebih mudah mengalamai kecederaan dalaman dengan cara ini.

Selepas bersenam:
Perkara yang paling penting selepas bersenam adalah melakukan aktiviti regangan. Ini adalah penting terutama selepas kita melakukan aktiviti angkat berat. Aktiviti regangan ini akan mengelakkan otot-otot kita daripada memendek dan kekal memendek hanya kerana kita melakukan aktiviti regangan ini. Kalau kita perasan, ramai yang melakukan kegiatan angkat berat dan berjalan seperti robot, dengan tangan yang kembang semacam jer tu.

Itu adalah kerana ototnya yang telah memendek kerana tidak mengambil berat kegiatan regangan selepas melakukan senaman. dalam entri seterusnya kita akan bercerita pasal aktiviti regangan yang sesuai….

Friday, April 8, 2011

MENGUJI REMOTE TV

Pasti kita tau alat kawalan jauh( remote control) yg direka banyak membantu kita hidup lebih mudah. Tapi byk di antara kita sangat geram kepada remote control. Mesti penahkan kita hempuk2 remote tv kerana tidak berfungsi? Hempuk2 berulang kali hingga menjadi. Kalau tak jadi gak, kita kan replace bateri baru? Ok jom kita belajar cara mudah mengesan kerosakan pada remote control korang. Tak kira lah remote control untuk tv ke, kipas ke, aircond ke, set audio ke cuma queen control je tidak suitable dengan method nie hehe.

  • Teknik Cahaya - Tala( tuju) kan remote anda ke kamera handphone anda. Pastikan fungsi kamera h/p anda di ON kan dulu. Lensa kamera anda akan mengesan kilauan cahaya setiap kali button pada remote di tekan. Sekiranya ada kilauan cahaya, maka button yg di tekan tadi masih berfungsi. Terang atau malap kilauan cahaya pula menunjukkan kuasa bateri remote tersebut.


  • Teknik Bunyi - Teknik jenis ini agak leceh kerana kita menggunakan frekuansi radio AM. Caranya begini, tekan mana2 button remote mengarahkan remote hampir kepada antenna radio. Laraskan frekuasi radio tadi sehingga menimbulkan bunyi nyaring( mcm gangguan gitu). Biasanya berlaku sekitar 500 Hz. Ini bermakna remote masih berfungsi. Teknik jenis ini sesuai di gunakan bagi remote kereta control.
Cuba dula ya. Moga bermanfaat. Cara yg mudah dan no cost allowed. Jika ada kecacatan pada remote yg berlaku, ganti je remote baru..Murah dari kita hantar repair kat kedai.

Thursday, April 7, 2011

ELEKTRIK DI MALAYSIA

Dalam penghasilan elektrik, penjana elektrik merupakan satu peranti yang menukar tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik, dan biasanya menggunakan induksi elektromagnetik. Penukaran terbalik tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal dilakukan melalui motor elektrik, dan motor dan generator mempunyai banyak persamaan. Sumber penggerak utama bagi kuasa mekanikal mungkin reciprocating atau enjin wap turbin, air yang jatuh melalui kuasa hidro (turbin atau kincir air, enjin pembakaran dalam, turbin angin, mesin jana tangan (hand crank), udara mampat atau sebarang sumber tenaga mekanikal yang lain.



Penjana elektrik
Keupayaan jana elektrik yang dihubungkan ke Grid Nasional berjumlah 18,391 MW. Kadar simpanan adalah dilaporkan 40% yang merupakan stesen kuasa lama yang tidak aktif pada Disember 2006. Keupayaan jana mengikut jenis adalah 18% berupa loji hidro dan 82% berupa loji bakar. Pecahan bahan api adalah 46% gas asli, 43% arang batu, 10% hidro dan 1% minyak bakar.


Disenaraikan adalah syarikat jana elektrik dan keupayaan jana kuasa mereka:

  • Tenaga Nasional Berhad – 11,296MW 
  • Malakoff Berhad – 4,393MW 
  • Powertek Berhad – 1,490MW 
  • YTL Power Berhad – 1,212MW 


Dimasa hadapan, mungkin selepas 2012, syarikat jana kuasa di Borneo akan dihubung masuk ke Grid Nasional:




  • Syarikat SESCO Berhad – 750MW 
  • Sabah Electricity Sdn Bhd – 785MW,
  • 5 penjana bebas(IPP) - 318MW.



Talian penghantar
Talian penghantar adalah talian arus ulang-alik voltan tinggi (HVAC) pada 50Hz.

  • HVAC 132kV
  • HVAC 275kV
  • HVAC 500kV

Sistem penghantaran 500kV adalah sistem penghantaran tunggal terbesar pernah dibangunkan di Malaysia. Transmission Technology Sdn Bhd (TTSB) adalah kontraktor tempatan pertama yang diberi kontrak projek ini. Dengan nilai RM1.6 bilion, sistem ini membentuk "tulang belakang" baru bagi Grid Nasional.

Dimulakan pada tahun 1995, Fasa 1 melibatkan reka bentuk serta pembinaan talian penghantaran atas tiang 500kV dari Gurun, Kedah di utara sepanjang pantai barat ke Kapar, di kawasan tengah dan dari Pasir Gudang ke Yong Peng di sebelah selatan Semenanjung Malaysia. Sebagai sebahagian projek pembangunan, TTSB juga membina 6 pencawang iaitu Pencawang Gurun Timur, Junjung, Bukit Tarek, Kapar, Yong Peng Timur dan Bukit Batu.

Jumlah jarak yang diliputi talian penghantaran 500kV tersebut ialah 522km serta bahagian 275kV sejauh 73km. Daripada talian yang dibina, hanya bahagian Bukit Tarek ke Kapar sahaja yang ditenagai pada 500kV. Talian selebihnya buat masa sekarang ditenagai pada voltan 275kV. Lama kemudian, untuk memenuhi keperluan penghantaran kuasa tambahan dari Stesen Kuasa Manjung 2100MW, sistem 500kV dipanjangkan dari Bukit Tarek ke Air Tawar dan dari Air Tawar ke Stesen Kuasa Manjung (dikendalikan oleh TNB Janamanjung Sdn Bhd). Pada tahun 2006, talian 500kV antara Bukit Batu dan Tanjung Bin telah diwartakan untuk mengangkut kuasa yang dijana oleh Stesen Kuasa Tanjung Bin 2100MW.

Bekalan ke luarnegeri
  • Negara Thai - Pada 1981 sambungan 132kV HVAC dengan keupayaan 80MW telah disiapkan dari Bukit Ketri di Perlis ke Sadao di Thailand. Sambungan kedua pula adalah talian arus terus 300kV (HVDC) dengan keupayaan 300MW.


  • Singapura - Sambungan ke Singapura adalah melalui 2 x 230kV HVAC dengan keupayaan 200 MW.

Voltan Talian pembahagian di Malaysia adalah pada voltan 33kV, 22kV, 11kV, 6.6kV dan 415/240V.

Sunday, April 3, 2011

LEMBUTKAN HATI YANG KERAS

Mereka yg menziarahi orang sakit di anjurkan mendoakan untuk kesembuhan orang yang dilawati. Begitu juga orang sedang sakit itu hendaklah memohon doa kepada Allah SWT untuk kesembuhan diri nya. Hendaklah bertawakal kepada Allah SWT yang mendatangkan pelbagai ubat ke dunia ini, untuk penawar menyembuhkan penyakit. Nabi s.a.w memberitahu ''setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati''.


Antara hak sesama muslim ialah apabila di kalangan mereka mati, hendaklah iringi jenazah ke kubur bagi persemadian. Setelah sembahyang maiyit(jenazah) hendaklah bersama iring jenazah ke makam. Selain dari tanggungjawab kemasyarakatan islam, ia juga banyak pengajaran yang diperolehi jiwa, terutama ketika jenazah dimasukkan ke liang lahad dan dikambus tanah, untuk bersemadi bersendirian buat selamanya. Akan tercetus rasa pilu dan insaf di hati melihat linangan airmata kaum keluarganya, sedih mengiringi perjalanan terakhir seorang hamba Allah. 


Pengalaman tersebut akan menginsafkan hati, mengingatkan diri kepada kekuasaan Tuhan serta ingat akan hari akhirat. Menyaksikan mayat orang baik atau sebaliknya, semuanya akan dikambus dalam tanah, akan mengingatkan kita akan cepat atau lambat pasti akan kesana jua.
Islam mengajarkan kita agar berdoa setiap kali lalu berhampiran tanah perkuburan  dengan mnegucapkan ''Salam sejahtera terhadap ahli kubur sekalian, sesungguhnya kami insyaallah bakal mengikuti jejak kalian juga.''


Ucapan doa terhadap penghuni kubur serta mengingati bagaimana jenazah disemadikan di liang lahad, banyak manfaat yang diperolehi jika kita iringi jenazah. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: ''Sesiapa yang iringi jenazah ke tanah perkuburan, baginya pahala satu qirot, jika tunggu sejenak hingga mayat selesai hingga mayat selesai disemadikan, untuknya akan diberi pahala dua qirot. Adapun qirot itu ukuran pahala yang sama besar dengan bukit uhud."
Hadis Nabi s.a.w. itu sebagai perangsang kepada kita agar mengiringi jenazah ke perkuburan setiap kali ada kematian. Sekecil mana sekalipun pahala amat berharga di akhirat kelak. Apatah lagi pahala itu sebesar bukit uhud. Jika kita tidak berselera maka habislah ikhtiar dari sudut agama. 


Sebahagian daripada tanggungjawab orang islam ialah ziarah kubur orang yang dikenali atau tidak asalkan dia orang islam. Ada 3 tujuan ziarah kubur


  1. Untuk mendoakan kesejahteraan, kerana setiap ahli kubur amat mengharapkan bantuan doa orang yang masih hidup, sebagaimana orang yang lemas di lautan memerlukan pertolongan orang di daratan.
  2. Mengambil iktibar daripada kematiannya samada insan salih atau sebaliknya, ketika hidup dapat bertemu dengannya. Setiap manusia mati tidak tahu akan nasibnya di akhirat, sekiranya tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT.
  3. Untuk melembutkan hati dengan mengingati mati(zikrul maut), tidak menyerap nasihat agama ke hati yang keras. Amat malang jika ditimpa bala dalam hati yang keras. Kerana hati yang keras itu lebih keras dari batu pejal, sedangkan batu boleh lekuk dengan titisan air yang berterusan.
Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud,''Aku tidak pernah melihat satu pandangan yang mencemaskan kecuali kubur yang amat menginsafkan.'' Permukaannya dikenali dengan kubur tempat jenazah disemadikan, tetapi alam persemadian itu dikenali dengan ''alam barzakh'' Terlalu banyak peristiwa dan tragedi mengerikan di dalam kubur, hanya dapat dilihat dan difahami dengan pandangan mata hati yang beriman.


Kubur meskipun kelihatan damai dan hening dipermukaannya, namun alam barzakh penuh pelbagai situasi nikmat bagai halaman syurga, atau azab sengsara bagai terowong daripada neraka. Nabi s.a.w. melihat kubur sebagai alam barzakh yang nyata, penuh pelbagai peristiwa cemas menginsafkan, dengan rintihan jiwa sengsara, balasan di atas segala kemaksiatan yang dilakukan. 


Panorama itu daripada pandangan seorang utusan Allah SWT, yang jarang ada pada manusia lain, kecuali insan beriman dan berilmu.
Hatim al-ashom berkata yang bermaksud, ''Sesiapa yang lalu di pinggir kuburan, dalam situasi yang tidak terdetik suatupun dalam fikirannya serta tidak mendoakan ahli kubur, orang itu telah khianat terhadap seluruh ahli kubur tersebut dan khianat terhadap diri sendiri." Ertinya, apabila terlihat kubur, hendaklah hati terasa sesuatu mengenai nasib yang bakal dihadapi setelah mati kelak. Adakah seperti di halaman syurga atau bagaikan terowong neraka yang dahsyat.


Sekurangnya dapat mendatangkan keinsafan dengan mengingati mati. Berdoalah sebagai jasa kita yang hidup kepada yang mati. Doa yang afdal ketika menziarahi kubur, ialah mohon agar Allah SWT mengampuni dosanya. Minta diganti dosa maksiatnya dengan pahala kebajikan, mohon di hindari daripada api neraka dan memasukkannya dalam syurga. Penziarah mampu melakukan doa tetapi mengabaikannya.

Tuesday, March 29, 2011

TERTAWALAH APABILA DIHINA

Dalam hidup, pasti ada ketikanya anda akan berasa seperti tidak dihargai. Bukan sahaja tidak dihargai malah seperti dihina. Begitu juga dalam hidup, ada ketikanya nanti anda akan dipuji melangit. Sama ada pujian itu jujur lagi ikhlas tidaklah anda ketahui, yg jelas seseorang memuji tanpa anda ketahui sebabnya. 


Percaya atau tidak kalau saya katakan, orang yg menghina sebenarnya didorong oleh rasa cemburu. Dia mungkin cemburu melihat kecantikan, kebaikan, kepintaran anda. Jadi, dia sengaja menghina dengan melemparkan kata-kata yg tidak benar tentang anda. 


Katakanlah, orang berkata begini kepada anda, "Dia nak tunjuk baik. Konon dialah banyak duit selalu boleh buat kenduri." Sebenarnya memang dia telah mengatakan kebaikan anda apabila dia sendiri tidak dapat melakukannya selalu. Buruk yg diperkatakan sebenarnya adalah baik di sebaliknya, yg di sebaliknya itulah yg diterima orang. 


"Pandai apa, SPM pun tak pass tiba-tiba jadi datin pulak." Dia ingin memberitahu bahawa datin tidak perlu kepandaian untuk mendapatnya. Dia tidak mendapatnya meskipun bijak, sedang anda bodoh tapi dapat pula, ia adalah pemberitahuan bahawa bijak tak semestinya syarat menjadi datin. 
Nampakkah bagaimana kita boleh ubah ubah semua kata-kata negatif orang terhadap kita kepada sesuatu yg seronok untuk dijadikan bahan ketawa. 


Apatah lagi jika anda telah ada segala-galanya tetapi orang masih berbunyi tidak henti. Sebenarnya itu adalah pengiktirafan bahawa anda memang telah sampai ke tahap di mana orang lain sukar  menandingi dan menggugatnya lagi. 
Untuk kekal bahagia bukanlah susah sangat jika kita tahu caranya. Apa yg penting usah terlalu ambil pusing. Usah terlalu mengulang kata-kata orang dalam kepala anda, kelak ia jadi sakit. Sebaliknya sebut-sebutlah apa yg anda ingin lakukan lagi dan fikir-fikirlah apa yg ingin anda usahakan esok hari. 


Kelak anda akan dapati, semakin ramai orang memperkatakan hal-hal tidak enak terhadap anda, semakin banyak pula penghasilan-penghasilan anda. Jika anda lawan, anda hanya membuang masa, penghasilan akan terhenti, hujungnya akan 'mati'. Anda hanya penat berlawan dan tidak dapat menghasilkan apa-apa, yg jelas dosa kian bertambah.


Bukan kalah!
Tidak melawan tidak bermakna anda kalah dan semua yg diperkatakan orang itu benar. Pada orang yg bijak serta tahu menilai, mereka akan tetap mengagumi anda - menghargai dan mendoakan kesejahteraan anda. Hakikat di dunia ini, lebih ramai orang menyukai kita daripada membenci kita. Orang yg membenci adalah sekitar 10%. Mengapa oleh 10% ini kita hendak berhenti memajukan diri mendaki puncak kejayaan yg telah kita usahakan sekian lama? 


Sama ada anda benar-benar bersalah hanya keadilan Allah yg menentukan. Sabarlah menanti pengadilan itu. Anda di pihak yg benar, anda pasti terbela jua. Dan tiada pembelaan yg paling bermakna kecuali pembelaan daripadaNnya jua. Anggaplah semua penghinaan sebagai pujian dan pujian pula sekadar kata-kata tanpa tujuan.

Saturday, March 26, 2011

KAWAL CEMBURU

Tanda-tanda Cemburu
  • Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.
  • Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.
  • Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain.
  • Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.
  • Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.
  • Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.
  • Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.
  • Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.
  • Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.
  • Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.

Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu

Wednesday, March 23, 2011

KESEDERHANAAN DALAM HIDUP

sekadar gambar hiasan
Amru bin Harith meriwayatkan bahwa Rasulullah saw ketika wafat tidak meninggalkan dinar, dirham, hamba sahaya lelaki atau perempuan, dan tiada sesuatu apa pun, kecuali keledai yang putih yang biasa dikenderainya dan sebidang tanah yang disedekahkan untuk kepentingan orang rantau. (Bukhari)


Dalam kehidupan dunia yang cenderung semakin materialistik ini, sikap sederhana adalah sesuatu yang sukar.  Banyak orang cenderung mempertontonkan kemewahan dan berlebihan dengan apa yang mereka miliki. Banyak orang merasa tidak pernah puas dengan apa yang telah mereka miliki. Mereka berlumba-lumba mengumpul harta dan kekayaan. Mereka seakan tidak puas dengan apa yang telah mereka miliki. Ketika mereka telah diberikan oleh Allah kenderaan berupa motosikal, mereka ingin memiliki kereta. Malah mengejar kereta lebih mewah.

Perilaku di atas sering kali menjerumuskan manusia pada perilaku yang bertentangan dengan syariat Islam. Ketika manusia cenderung berperilaku berlebih-lebihan, sering kali pula manusia dibutakan matanya dengan melakukan perbuatan-perbuatan berupa tindakan rasuah dan bentuk jenayah lainnya. Semata-mata kerana kemewahan.

Hidup Sederhana adalah hidup tidak berlebih-lebihan, tidak bersikap mempertontonkan kemewahan di kalangan khalayak.   Hidup sederhana juga berarti ada sifat qana’ah dan senantiasa  berlaku adil serta mensyukuri nikmat yang telah diberikan Allah swt. Sikap hidup sederhana juga berarti bersikap secara profesional, menempatkan sesuatu pada tempatnya, menggunakan harta yang dimilikinya untuk kepentingan dan kemaslahatan umat, sentiasa berinfak dan berzakat. 


 Rasulullah saw bersabda, "Sungguh bahagia orang orang yang masuk Islam, rezekinya cukup dan Allah menjadikan dia qana'ah, berhati rela menerima segala pemberian Nya" (Muslim).

"Beruntunglah orang yang diberi petunjuk kepada Islam, penghidupannya sederhana dan merasa cukup (qana'ah) dengan apa yang ada"  (Muslim)

Dalam berperilaku hidup sederhana bukan bererti tidak diperkenankan memiliki harta kekayaan. Namun, dalam hak pemilikan harta  kekayaan harus dihasil yang sesuai dengan aturan yang digariskan dalam syar’iah terutama yang halalan thoyyiba, bersih dari suap menyuap, terhindar dari segala bentuk batil dan kefasikan, atau jauh dari landasan Islam,  tidak cacat secara syar’i, tidak ada kerakusan, tidak minta-minta apalagi mengemis yang dapat menjatuhkan martabat secara pribadi, atau kolektif. QS Al Baqarah (2):168

Oleh karenanya, sebagai seorang muslim, sudah selayaknya kita mengayakan hidup sederhana dengan cara berperilaku hidup sederhana, tidak berlebih-lebihan dalam kepemilikan, dan senantiasa mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah swt.

Tuesday, March 22, 2011

MAHU PENCEN ATAU KWSP ?

Keistimewaan skim pencen.

(1) kita akan dibayar gratuiti (ganjaran perkhidmatan) secara tunai sekali gus... kalau pilih KWSP, kita tak layak utk menerima faedah ini...
Berapa? ... 7.5% x gaji pokok terakhir x bulan genap perkhidmatan (dikira dari tarikh lantikan ke jawatan tetap dlm perkhidmatan kerajaan sehingga bersara)

(2) akan dibayar pencen bulanan sehingga ke akhir hayat...
Kadarnya, 1/600 x gaji pokok terakhir x bulan genap perkhidmatan... jumlahnya tidak boleh lebih dpd 1/2 gaji pokok terakhir... secara kasar, kalau gaji RM1,500.00 bolehlah dpt RM750.00 sebulan...

(3) sekiranya penerima pencen meninggal dunia... pencennya akan dibayar kpd suami/isterinya dgn kadar spt di (2) sehingga 12 tahun dari tarikh kematiannya, selepas 12 tahun, bayaran akan dikurangkan kpd 70% sehingga ke akhir hayatnya... (dgn syarat suami/isteri itu berkahwin sblm simati bersara)...

(4) anak2 juga akan dibayar pencen ayah/ibunya sehingga mereka berumur 18 tahun atau sehingga mereka tamat pengajian ijazah pertama, sekiranya penerima pencen meninggal dunia tidak meninggalkan suami/isteri...

Namun seseorang itu boleh hilang kelayakan menerima pencen jika ia dikenakan tindakan buang kerja, atau jika setelah bersara, dikenakan penjara akibat apa-apa kesalahan jenayah...

(5) satu lagi kelebihan skim pencen ialah pencen hilang upaya... sekiranya seseorg itu disahkan hilang upaya utk bekerja oleh satu lembaga perubatan, ia layak menerima pencen hilang upaya... kalau pilih KWSP tak ada peruntukan ini...
kadarnya,... 1/500 x gaji pokok terakhir x bulan genap perkhidmatan... jumlah pencen yg dibayar hendaklah tidak kurang dpd 1/5 gaji pokok terakhir...

Ada satu lagi kelebihan orang yg memilih skim pencen... bagi yg memilih KWSP, baki pinjaman perumahan dgn kerajaan akan dipotong dpd wang KWSP yg diterima... tetapi, bagi yg memilih pencen mereka diberi opsyen sama ada hendak tolak gratuiti yg diterima atau teruskan ansuran hingga selesai dgn potong bayaran pencen.



Sebenarnya kelebihan/kebaikan yang paling utama sekali apabila memilih Skim Pencen ialah kemudahan rawatan dan perubatan untuk pesara dan keluarga (untuk anak yang dibawah umur 18 tahun). Selain itu juga akan mendapat PENCEN HILANGUPAYA dalam beberapa keadaan seperti persaraan paksa atas sebab kesihatan . 


renung sejenak...
yang nie PASTI...
Jika memilih KWSP

1. Caruman KWSP bulanan mengikut kadar untuk majikan (12 %) danpekerja (11 %)

2. Menerima semua faedah dalam SSM seperti guru lain semasa dalam perkhidmatan

3. Hilang faedah perubatan apabila bersara. Terkini(22/3/2011) dah dapat faedah,sila rujuk pekeling terbaru.

4. Tidak ada bayaran ganjaran pencen bulanan.

5. Terpaksa membayar balik baki pinjaman perumahan sekaligus apabila bersara.

Bila difikirkan, itulah yang memeningkan kepala walaupun tidak pasti umur hayat ini sampai ke tahap itu atau tidak.


Monday, March 21, 2011

SERVICE AIRCOND SENDIRI

Kemajuan hidup telah mengubah segalanya. Dari kipas daun rumbia, ke kipas siling. Malah ramai yang berkemampuan telah memiliki ''aircond''. Oooo nyaman dan segar sekalikan? Tapi perlu diingat, service penting dalam menjaga hayat dan fungsi aircond.
Jom kita belajar cara senang dan menjimatkan.


1) Filter - tau tak kat mana filter. Kat indoor (unit dalam) yang keluarkan angin sejuk tu. Buka dan tarik filter keluar. Ia biasanya menpunyai 2 filter tetapi bergantung gak pada jenis aircond yang dipasang. Cuci filter dengan air bersih mahupun sabun. Keringkan skit sblm di pasang. Lap juga coil (Fin) gak ( tempat yg bley di lap).


2) Terminal compartment - Perhatikan semasa membuka filter tadi, ada 1 tempat berskru. Disini tempat sambungan elektrik dilakukan. Apa yang perlu di buat? check la takut ada yg longgar atau kesan terbakar. Jika ada, tukar je mana2 yang rosak tadi.


3) Body indoor - lap dengan kain lembap untuk hilangkan kotoran nyata.


4) Remote - Ganti bateri dengan yg baru. Jika ada kesan karat, cuci dengan mengikisnya dan lap dengan WD40.


5) Outdoor (Condenser)- coil penyejuk biasanya di sembur dengan Aluminium Coil Cleaner. Bancuh dalam nisbah 1:1 dengan air. Sembur dengan penyembur bunga pun boleh. Biarkan 5 minit dan bilas permukaan dengan aliran air bersih.


6) Lain-lain bahagian - Lap je dari habuk. Jangan di usik komponen elektrik yang tak rosak.


7) Topup Gas - Ingatan !! Gas R22 ni sebenarnya tidak akan kurang  kecuali jika berlaku kebocoran pada sistem paip. Jangan bazirkan RM60 ( harga biasa di caj kontraktor ), gas diisi paling mksima 60 psi. Sila tanya kontraktor berapa pressure sebelum nak topup gk untuk mengelak di tipu.


Tips ringkas untuk troubleshooting Aircond split-unit
Masalah bleh di kenalpasti dengan memerhati gejala berikut :


  • angin aircond tak sejuk - besar kemungkinan compressor ( outdoor tak jalan ). Dah check compressor jln tapi tak sejuk gk? ini mungkin gas kurang..sila top up !
  • angin sejuk tapi slow - cuci filter then check remote controller, set temperature bagi rendah.
  • aircond tak hidup, kuar lampu merah berkelip2 - tukar kapasitor dlm outdoor dan periksa bekalan voltan kot la trip.
  • Angin keluar wap panas - berkemungkinan compressor x jalan. 
  • berais - sistem defrost tidak berfungsi dengan baik. Off kan unit sehingga ais menjadi cair

    Sunday, March 20, 2011

    BILA DOA HENDAK DIKABULKAN?

    Doa merupakan ibadah dan bukti pengakuan terhadap sifat lemah seorang hamba terhadap kekuatan dan kesempurnaan zat-Nya. Bahkan Allah mencintai hamba-hambaNya yg sentiasa berdoa dan merintih akan pemberian-Nya. Namun, usahlah kita meminta agar doa kita disegerakan.


    Dalam satu kuliah agama, seorang daripada pendengar bertanya, "Ustaz, mengapakah doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah sedangkan Allah menjanjikan kepada hambaNya bahawa setiap doa yg dibisikkan pasti akan diperkenankan. Bukankah Allah menegaskan bahawa Dia tidak akan menyalahi janji-Nya?"


    Tanya mereka lagi: "Saya dah kahwin hampir 15 tahun dan tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan zuriat. Sampai sekarang Allah belum kabulkan doa saya!"


    Benar bukan? Barangkali inilah yg sering bermain dalam fikiran anda apabila berhadapan situasi sebegini. Syaitan pasti menambahkan kekeliruan agar ia berkesudahan dengan sikap berputus asa. Sedangkan putus asa itu dilarang oleh Allah s.w.t.


    Nukilan kata-kata Syeikh Ibn Athaillah: "Jangan berputus asa jika Allah s.w.t melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yg Dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu dan (akan dikabulkan) pada waktu yg ditentukan-Nya bukan pada waktu yg ditentukan oleh kamu."


    Inilah hakikat doa yg kita bisikkan. Semuanya adalah menurut kehendak-Nya semata kerana Dia-lah Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik di sisi-Nya buat makhluk yg tidak berdaya ini. Keyakinan dan kesabaran dalam menerima anugerah-Nya adalah sifat yg dituntut dalam membina keyakinan dan bersangka baik pada Allah s.w.t.

    Bahkan doa Nabi Musa dan Nabi Harun seperti yg dirakamkan oleh Allah dalam surah Yunus ayat 88 & 89 yg menginginkan agar Firaun dan tenteranya dibinasakan Allah s.w.t dikabulkan setelah 40 tahun mereka berterusan dalam keingkaran. 


    Begitu juga dengan doa Nabi Zakaria yg sentiasa merintih kepada Allah s.w.t agar dikurniakan zuriat. Al-Quran mengisahkan kepada kita sebagaimana firman-Nya dalam surah Maryam ayat 2-10 bahawa doa Zakaria itu dikabulkan ketika usianya telah lanjut serta uban memenuhi kepalanya. 


    Subhanallah!! Maha Suci Allah yg Maha Mengetahui segala yg terbaik buat hamba-hambaNya yg berdoa. Sedangkan Dia pasti mengabulkan segala doa itu mengikut keinginan-Nya. Tunduk dan patuhlah kita dalam menerima kurniaan-Nya dan jangan sesekali kita berputus asa. Bukankah Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud :

    amin..
    matikan kami dalam keimanan
    berkati hidup kami
    ampuni dosa kami
    Ya Allah..

    Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama kamu tidak meminta disegerakan pengabulannya dengan mengatakan, aku sentiasa berdoa kepada Tuhan tetapi mengapa masih belum dikabulkan?


    Oleh sebab itu, sentiasalah berdoa dan bersangka baiklah pada-Nya. Wallahutaala álam. 

    Tuesday, March 15, 2011

    ADAB MEMBERI SALAM

    Ramai di kalangan kita memandang remeh soal memberi salam. Walhal salam mempunyai hikmah tersendiri dan boleh mengeratkan perpaduan, ikatan persefahaman dan kasih mengasihi sesama masyarakat.
    Tentang keutamaan memberi salam ini, Rasulullah S.A.W. bersabda yang dirawayatkan oleh Abi Daud r.a.


    Maksudnya : ''Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah S.W.T ialah orang yang terlebih dahulu memberi salam kepada yang lain."


    Baginda seterusnya bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn al-Sunni r.a yang bermaksud :


    "Sesiapa yang menjawab salam, maka ia adalah miliknya dan sesiapa yang tidak menjawabnya, maka dia tidak termasuk dalam golongan umatku."


    Biasanya, salam yang di berikan ialah :


    السلام عليكم


    "Semoga keselamatan dilimpahkan ke atas kamu semua."


    Di jawab dengan : Walaikumussalam w.b.t


    "Semoga keselamatan dilimpakan ke atasmu juga rahmat-Nya dan berkat-Nya.


    Adalah lebih beradab kiranya sesudah salam kita dianjurkan bertanya khabar tentang hal ehwal kerja masing-masing, urusan kesihatan ahli keluarga, berbincang tentang sesuatu masalah serta mencari penyelesaiannya bersama.


    Hikmah memberi salam :

    - mendapat keredhaan Allah 

    - mendapat doa dari para malaikat 

    - akan mendukacitakan iblis 

    - dapat membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah (keji)
     

    - dapat mengukuhkan persaudaraan Islam


    Jelaslah manfaat memberi dan menjawab salam ini begitu banyak manfaatnya. Ia bertindak sebagai pembuka bicara dan penghubung tali silaturahim sesama muslim. Teruskan membudayakan amalan yang mulia ini. Ingat, memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Wallahuallam.

    Thursday, March 10, 2011

    SEMAI HARI NIE,TUAI ESOK !!

    NAMA-NAMA SYURGA
    Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-


    1. Firdaus
    2. Syurga 'Adn
    3. Syurga Na'iim
    4. Syurga Na'wa
    5. Syurga Darussalaam
    6. Daarul Muaqaamah
    7. Al-Muqqamul Amin
    8. Syurga Khuldi 



    NAMA-NAMA NERAKA
    Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-


    1. Neraka Jahannam
    2. Neraka Jahiim
    3. Neraka Hawiyah
    4. Neraka Wail
    5. Neraka Sa'iir
    6. Neraka Ladhaa
    7. Neraka Saqar
    8. Neraka Hutomah



    Senarai rakan karib syaitan.

    1. Pemimpin yg zalim
    2. Orang kaya yang sombong
    3. Peniaga yang khianat
    4. Peminum arak
    5. Pembawa fitnah
    6. Pelacur
    7. Pemakan harta anak yatim
    8. Orang yang meringankan solat
    9. Tidak mengeluarkan zakat
    10. Orang yang banyak angan-angan.

    Tuesday, March 8, 2011

    ANALOGI SEBATANG POKOK

    Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon. Pohon yg besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yg kukuh dan kuat.
       Bermula dari benih yg kecil, ia tumbuh menjadi pohon yg besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yg kuat, ia belajar menahan teriknya mentari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia juga haiwan.
       Setelah melalui semua itulah, dengan sebiji benih yg tidak terlihat, menjadi tunas yg bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yg tegak membesar.
    Marilah kita menjadi manusia yg tidak kalah dengan keadaan dan suasana. Seperti ikan di lautan masin, meskipun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar. Renung-renungkan...

    Friday, February 25, 2011

    NASIHAT KEPADA PENGEMAR MINUMAN AIS


    Hebahkan kepada kenalan anda dan yang anda sayangi

    EFFECTS OF COLD WATER   

    Please be a true friend and send this article to all your friends you care about.


    Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.
     

    Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....


    Artikel ini berguna untuk semua.





    Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
    Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
    akan mendapat faedah dari amalan ini.


    Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.  Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
    Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
    yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita.  
    Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan   menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan  menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
    Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
     

    :Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!


    Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
     
    Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
     
    Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
    serangan pertama  serangan jantung.
     
    Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.  
    Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
     
    Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
    PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.
    Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

    **Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!


    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...