Tuesday, January 18, 2011

ROMPAKAN DI ATM, TANGANI DENGAN SENYAP DAN SELAMAT

Macam-macam jenayah yang berlaku di negara kita. Jenayah ragut dan rompakan menjadi-jadi sehingga ramai mangsa berakhir dengan bunuh. Berhati-hati ye. MT nak berkongsi tip sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan tanpa mengadai nyawa untuk melawan perompak tadi. 
Dalam situasi begini, perompak laknat akan mengarahkan kita mengeluarkan wang dengan di awasi mereka. Walaupun tegang, cuba kawal emosi dengan baik. Caranya begini...

masukkan no Pin anda di mesin ATM secara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321.


Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut.



Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar isyarat kepada pihak berkuasa (Polis) untuk bantuan kepada anda. Isyarat no Pin terbalik ini menandakan anda dalam situasi di paksa. 


Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini. Jangan salahguna plak tip ni, nanti korang plak ke balai di soalsiasat hehe.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...