Friday, January 14, 2011

BAHAGIAKAN DIRIMU


Bahagia dengan diri sendiri bukan bermakna keseronokan dan kegembiraan kerana dikelilingi perkara-perkara berbentuk material dan kebendaan, akan tetapi bahagia dengan diri itu tenang yg lahir daripada "rasa bertuhan". Salahsatu daripadanya, berkahwinlah untuk berkongsi kebahagiaan.

Tujuan daripada perkahwinan dalam Islam, bukan semata-mata untuk menghalalkan kasih cinta si uda dan dara, atau untuk beroleh cahaya mata penyambung zuriat. 


Tetapi lebih daripada itu. Ia adalah manifestasi kesyukuran yg terbit daripada kebahagiaan dan ketenangan diri untuk sama-sama dinikmati dan dikongsi bersama dengan orang lain. 

Berkahwin demi mengambil manfaat daripada janji Allah s.w.t bahawa sakinah, mawaddah dan rahmah, semua itu tersedia dalam sebuah ikatan yg sah!


Berkahwin juga sebagai mengikut satu jalan (sunnah) daripada jalan-jalan yg dianjurkan oleh Rasul-Nya sebagaimana sabda Baginda bermaksud : "Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda Nabi s.a.w bahawa perkahwinan adalah sunnahku. Sesiapa yg membenci sunnahku, maka dia bukan daripada golonganku."

Apabila peraturan ini difahami sebaiknya, maka seorang wanita yg bahagia akan menjadi isteri yg membahagiakan suami dan anak-anaknya. Begitu juga seorang lelaki yg bahagia akan melebarkan kebahagiaan itu kepada isteri dan cahaya hatinya.


Keluarga yg bahagia melahirkan masyarakat yg bahagia. Masyarakat yg bahagia mewujudkan sebuah negara yg bahagia.

Bahagia bernaungkan rahmat dan berkat daripada Tuhan Yg Maha Esa. Ketenangan dan kebahagiaan yg diperoleh adalah hasil daripada ingatan yg berterusan kepada Allah al-Rahman. Alangkah besar kesan yg lahir daripada individu yg bahagia dengan dirinya! Subhanallah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...