Tuesday, January 18, 2011

TAKSUB PADA BOMOH

Masih ramai di kalangan kita yang taksub kepada bomoh. Sakit je sikit bomoh lah yang dituju. Belum kira jumpa bomoh untuk mencari barang yang hilang lagi. Institusi kebomohan ini telah wujud sejak berzaman dan popularitinya kian meningkat bila di tambah islam, yaitu pengamal perubatan islam. Hakikatnya doktor juga bomoh sebenarnya tetapi fokus kita kepada pengamal perubatan tradisional di mana banyak kes menyimpang telah dilaporkan. Tok Bomoh menurut Kamus Dewan ialah tabib kampung yang mengubati orang sakit dengan menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi yang tertentu dan sebagainya. Termasuk juga dalam istilah ini ialah Tok Pawang dan dukun.



Tok Bomoh dalam masyarakat Melayu secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada beberapa pecahan dan bidang mengikut kepakaran masing-masing. Antara yang terkenal ialah :-


  • Tok Bomoh Kayap
Tok Bomoh Kayap biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti daun sireh, kapur makan, pinang dan sebagainya.


  • Tok Bomoh Santau
Tok Bomoh Santau biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti tanah liat, bawang merah, sireh pinang dan sebagainya.

  • Tok Bomoh Barah
Tok Bomoh Barah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti telur ayam, akar lalang, sireh pinang dan sebagainya.

  • Tok Bomoh Patah
Tok Bomoh Patah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti minyak, daun mengkuang, air telaga dan sebagainya.

  • Tok Bomoh Ekor
Tok Bomoh Ekor biasanya menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu dan jampi serapah menyeru Jin dalam usaha untuk menghadirkan nombor ekor yang diingininya. Manakala peralatan yang sering digunakan ialah seperti telur ular tedung, cawat besi, keris atau senjata lama dan sebagainya.

  • Tok Bomoh Harta Karun/Tarik Duit.
Tok Bomoh Harta Karun/Tarik Duit menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu dalam usaha mereka menarik duit atau mencari harta karun yang tersembunyi di mana-mana. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti stareka cap kepala ayam, talam tembaga, batu delima merah, lesong batu berlubang, keris samar kucing dan sebagainya.

  • Tok Bomoh Urat/urut
Tok Bomoh Urat dan urut mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti minyak angin, air telaga dan sebagainya.

  • Tok Bomoh Budak, Tok Bomoh kecil dan sebagainya
Tok Bomoh budak, Tok Bomoh kecil yang boleh berubat berbagai-bagai jenis penyakit yang pelik-pelik tanpa belajar dari mana-mana, walaupun beliau masih kecil dan belum akhil baligh.



Senarai di atas adalah merupakan sebahagian daripada pecahan-pecahan Tok Bomoh dalam istilah masyarakat Melayu. Walaupun begitu masih banyak lagi pecahan Tok Bomoh yang tak dapat di terangkan dan dimasukan dalam tulisan ini kerana terlalu banyaknya pecahan tersebut.



Tidak dinafikan memang ada pengamal perubatan islam. Al-quran itu mengandungi mukjizat jika didalami. Cuma sesetengahnya menggunakan islam tetapi mentera yang di baca sukar di fahami. Terpulanglah pada individu yang mana satu jalan perubatan yang hendak di pilih. Kalau zaman 80-an, kebanyakkan bayi dipakai kalung. Khas untuk mengawal cacing. Sekarang alhamdullillah dan pupus kepercayaan sebegitu.


Ironinya, jika berjumpa bomoh cacing, memang terkena cacing lah bomoh tu kan bagitau walhal kita sakit perut sebab makanan. Kalau orang yang sakit perut tadi pergi berjumpa bomoh lain, mungkin di cop terkena sihir kerana itulah kepakaran nya semasa bertapa di gua.
Tetapi kenapa bomoh juga menjadi pilihan? 




Di akhbar bukan sedikit yang mendedahkan masyarakat kita di raba, di rogol malah wang ringgit melayang berpuluh-puluh ribu kepada bomoh yang mengambil kesempatan. Sudahnya, mangsa terlewat mendapat rawatan di hospital telah maut. Dah la nasi menjadi bubur tetapi basi pulak bubur tu. Berikut sedikit faktor kenapa bomoh menjadi pilihan :

  • Faktor percaya - kita di ajar untuk mempercayai kaedah perubatan yang di berikan bomoh. Tak percaya memang tak menjadi lah.
  • Kos yang murah - Kos rawatan kanser di hospital mencecah ribuan ringgit tetapi di bomoh hanya puluhan ringgit je.
  • Masa menunggu yang singkat - alahai, hospital kena buat temujanji dulu malah beberapa kali tangguh di sebabkan kesibukkan para doktor ataupun kerap di rujuk ke jabatan lain. So, tok bomoh ni sekejap je !!
  • Menolak hakikat - ramai di kalangan pesakit tidak dapat menerima kenyataan bila mendapat penyakit kritikal. Berbeza dengan bomoh yang tidak memberikan spesific penyakit dan ini melegakan psikologi pesakit tersebut.
  • Fobia kepada wad - bomoh mana ada sediakan wad untuk pesakit kan ?
Ketahui lah, tiada bukti yang kukuh di mana rawatan sebegini boleh menyembuhkan penyakit kritikal seperti kegagalan buah pinggang. Kebanyakkan pesakit yang di rujuk ke hospital gagal di selamatkan kerana penyakit telah berada pada tahap kritikal. Ingatlah, hanya Allah s.w.t yang berkuasa. Yang penting, usahalah pada jalan yang betul.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...