Tuesday, January 4, 2011

DANA KECEMASAN !!

Hidup ini seperti sekotak coklat. Anda tidak akan tahu apa yg anda akan dapat! Kehidupan setiap orang mempunyai turun naiknya, hari cerah dan hari hujan. Apabila anda menyimpan untuk detik kecemasan, anda melindungi diri dan juga keluarga anda.


Dana kecemasan perlu diwujudkan bagi membayar perbelanjaan di luar jangkaan. Oleh kerana tiada siapa yg tahu masa hadapan, semua orang memerlukan dana kecemasan ini. Namun anda sahaja yg boleh mengubah keadaan ini. Begini caranya:



1. Bayar diri anda sendiri terlebih dahulu. Caranya, simpan untuk diri sendiri dahulu, kemudian baru tolak semua hutang atau bayaran. Biar sedikit asalkan ada.
2. Cipta satu "akaun simpanan automatik"  membolehkan anda mengeluarkannya ketika saat kecemasan.
3. Turunkan perbelajaan anda dengan menguruskan kehidupan secara bijaksana.
4. Tetapkan beberapa syarat untuk menggunakan duit, iaitu syarat-syarat yg benar-benar ketat!
5. Cuba sehingga anda berjaya tetapi jangan cepat berputus asa!

Setiap orang berbeza kemahuan dan keperluannya. Kenali kehendak dan keperluan anda. Dengan cara begini anda boleh seiring dengan pendapatan. Sebenarnya, dalam diri kita perlu ada kepertanggungjawaban sebagai ''menteri kewangan'' terhadap diri sendiri dan ahli keluarga.

1 comment:

Anonymous said...

woo....duit banyak.. pinjam sikit bole?? hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...