Tuesday, January 11, 2011

SEKSI atau SEKSA?

Awas!! Pastikan kaki anda selesa ketika menggayakan kasut bertumit tinggi jika anda kurang biasa mengenakannya. Sememangnya, kaki yg langsing dan cantik pastinya lebih terserlah kecantikannya apabila dipadankan dengan kasut tumit tinggi..iye kan?


Walaubagaimanapun, bagi anda yg jarang menggayakannya, anda akan berisiko tinggi mengalami kecederaan berbanding mereka yg sudah biasa mengenakannya. Hasil sebuah kajian menunjukkan bahawa wanita yg suka menggunakan kasut tumit tinggi lebih berisiko mengalami kecederaan.


Hal ini dibuktikan dengan ribuan kes cedera di kalangan wanita disebabkan oleh kasut tumit tinggi mereka. Biasanya kecederaan seperti terseliuh di pergelangan kaki atau tendon terkoyak sering berlaku. Ada juga yg jatuh tersembam dengan wajah menghadap ke lantai disebabkan tidak seimbang ketika mengenakan kasut tumit tinggi, menyebabkan gigi atau pergelangan tangan pun patah. 


Melalui kajian terhadap 3000 wanita berusia antara 18-65 tahun, didapati terdapat kes patah pergelangan kaki dan lutut. Walaupun ramai wanita cedera akibat kasut tumit tinggi, sebanyak 6 daripada 10 wanita mengaku mereka akan tetap mengenakan kasut tumit tinggi.
  

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...