Kita bincangkan dulu pasal punca penyebabnya. Punca sebenar sememangnya tidak dapat dipastikan. Tetapi ia berkaitan dengan 5F. Mungkin juga ada kaitannya dengan hormon. Jadi, apa itu 5F?
- Female - jika anda seorang wanita, mungkin anda berisiko tinggi mengalami masalah ini.
- Fair - jika anda seorang wanita yg berkulit cerah juga berisiko tinggi.
- Fourty - jika anda seorang wanita yg berusia 40 tahun dan ke atas.
- Fertile - jika anda seorang wanita yg sangat produktif dari segi penambahan zuriat (a.k.a anak ramai)
- Fat - jika anda mempunyai berat badan berlebihan (adakah anda pasti pengiraan BMI anda?)
Tetapi jika disertai dengan demam dan jaundice (kulit dan mata kekuningan) serta warna air kencing seperti air teh atau tinja berwarna tanah liat, anda perlu dapatkan rawatan segera. Kalau sakit sudah semestinya kita pun ada sense of urgency kan?
Rawatan yg diberi bergantung kepada keadaan kita. Ada sesetengah gejala demam dan sakit hilang selepas diberi antibiotik dan analgesik (ubat tahan sakit). Ini sekiranya batu di dalam pundi hempedu sangat kecil atau pundi hempedu mengalami masalah keradangan sahaja. Jika terlalu besar, batu pundi hempedu tersebut perlu dikeluarkan secara pembedahan.
MT : Kata orang, pengambilan makanan perlu seimbang. Elakkan makanan terlalu berlemak dan berminyak.